Tuesday, 3 December 2019

Pengalaman Dan Tips Menyediakan Barang Keperluan Sekolah

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua.

Parents dah buat persediaan barang sekolah anak-anak ke?

Alhamdulillah, Sisyat dah selesaikan keperluan anak sekolah rendah dan PASTI. Lega sudah rasa hati. Kalau tak, asyik teringat benda yang sama sahaja kan.


Pengalaman Memilih Lokasi Belian Kelengkapan Sekolah

Memandangkan Sisyat cuma mempunyai seorang sahaja anak yang berada di alam persekolahan nyata iaitu Dasuki Hafiy, Sisyat cuma memiliki 2 tahun pengalaman membeli pakaian sekolah. Tahun pertama ialah pada 2018 (Darjah 1) dan tahun 2019 (Darjah 2).

Pengalaman 2017 : Lokasi - Tesco Setia Alam

Kami memilih untuk membeli semua kelengkapan sekolah di satu tempat sahaja. Daripada pakaian sekolah sehingga lah kepada kelengkapan alat tulis.

Pakaian seragam sekolah kami pilih jenama Canggih. Cukup yakin dengan perasaan hanya sekadar melihat iklan di televisyen.

Selepas hampir setahun, hati Sisyat sangat kecewa dengan kualiti kain yang digunakan oleh jenama tersebut. Pakaian sekolah kebangsaan dan agama telah bertukar kepada kekuningan walaupun telah di celup dengan Ujala.

Pada masa ini kami membelanjakan hampir RM500.00 untuk kelengkapan sekolah sahaja. Ketika itu dah rasa murah la kan, sebab belum tahu lagi cara dan teknik yang betul.

Pengalaman 2018 : Lokasi - Pusat Pakaian Hari-Hari Shah Alam

Tahun 2018, Sisyat dah makin pandai menjadi mama yang mempunyai anak bersekolah rendah.

Sebelum memulakan misi beli belah pakaian sekolah, Sisyat akan meluangkan masa satu hari membuat perbandingan harga di antara TESCO dan Pusat Pakaian HARI-HARI.

Kali ini kami memilih untuk mencuba pakaian sekolah jenama Jony & Jeny (J&J) daripada Pusat Pakaian Hari-Hari. Jenis kain baju sekolah dan baju melayu (sekolah agama) bewarna putih kebiruan dan kualiti kain sangat cantik.

Alhamdulillah, barang yang sama walaupun jenama berbeza banyak menjimatkan kami. Dan yang paling penting, kualiti barang-barang adalah di tahap yang terbaik (Sisyat puas hati)

Penjimatan yang dapat Sisyat buat tahun 2018 ialah lebih kurang RM100.00 (plus minus) untuk kelengkapan sekolah Dasuki Hafiy.

Yang paling penting, sehingga habis sesi persekolahan 2019 pakaian sekolah jenama J&J masih lagi mengekalkan warna putih kebiruan. Serius, mama sangat berpuas hati.

Tips & Bagaimana Membuat Perbandingan Harga Barang Keperluan Sekolah.

Setiap hujung tahun Sisyat akan senaraikan kelengkapan sekolah yang diperlukan Dasuki. Apa yang perlu dibeli baru dan apa yang masih boleh disambung pakai pada sesi persekolahan akan datang.

#1 Sediakan Senarai Yang Perlu Dibeli Baru

Antara senarai wajib dibeli baru yang Sisyat senaraikan ialah:
  1. Baju Sekolah (Kebangsaan)
  2. Seluar Sekolah (Kebangsaan)
  3. Kasut Hitam (Kebangsaan)
  4. Beg (Kebangsaan)
  5. Baju Melayu (Sekolah Agama)
  6. Seluar (Sekolah Agama)
  7. Sampin Maroon (Sekolah Agama)
  8. Kasut Hitam (Sekolah Agama)
  9. Beg (Sekolah Agama)
  10. Songkok
  11. Kasut (PASTI)
  12. Beg (PASTI)
#2 Buat Perbandingan Harga
Perbandingan harga secara kasar di antara 3 gedung pakaian.

Sisyat sentiasa buat perbandingan harga di antara 3 buah gedung pakaian ini iaitu:
  • Tesco
  • Hari-Hari
  • Giant
Setiap harga yang Sisyat buat adalah berdasarkan setiap satu (1 pasang atau 1 unit) keperluan kelengkapan dengan hanya merujuk harga di website gedung pakaian berkenaan.

Antara faktor yang perlu diambil kira semasa buat perbandingan harga ialah:
  • Bajet yang diperuntukan (poket parents..hehe)
  • Saiz (paling penting) - harga berdasarkan saiz
  • Jenama - pilih yang bersesuaian dengan bajet
Tahun ini kami masih lagi memilih Hari-Hari sebagai lokasi beli belah kelengkapan sekolah. Selain daripada harga yang murah (dalam bajet kami), Pusat Pakaian Hari-Hari merupakan one stop center yang mempunyai semua keperluan yang diperlukan.

#3 Buat Pilihan Di Lokasi (Walk In)

Kami memilih untuk walk in sahaja memandang En,Suami adalah seorang yang sangat teliti dalam pemilihan pakaian. Kali ini kami datang pada waktu malam kerana pengalaman kami yang datang pada siang hari pada tahun sebelum ini amat memenatkan.

Terlalu ramai pelanggan dan anak-anak yang terlalu aktif makin memenatkan.

Senarai yang Sisyat sediakan dan resit belian.

Nasib baik bajet tidak 'bocor' banyak kerana perkiraan Sisyat adalah berdasarkan 1 helai atau 1 pasang sahaja.

Tetapi, ada keperluan yang En.Suami belikan lebih seperti baju sekolah agama dan sampin. Dan ada juga wishlist daripada bujang sendiri yang tiada dalam senarai mama (huaa..hehe)

RM328.00 untuk 100% kelengkapan sekolah melebihi 1 pasang di Hari-Hari berbanding RM292.00  untuk 1 pasang sahaja di TESCO. 

Bagi Sisyat, ianya satu penjimatan yang sangat besar.

Sekiranya anda ingin berbelanja kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, ada trick yang nak dapat murah lagi daripada Sisyat dapat (based on pengalaman ni tau..hehe)

Satu, anda buat belian secara ONLINE. Harga berbeza berbanding beli secara walk in.


Ini perbandingan belian Walk In dan Online yang telah Sisyat buat. (Klik gambar untuk lebih jelas)

Dua, jika anda mempunyai akaun CIMB, sila buat bayaran secara online / debit card. Potongan 15% menanti anda. Lagi jimat kan :-)

Tapi Sisyat kurang pasti sekiranya buat belian Online dan bayar menggunakan akaun CIMB masih layak atau tidak untuk diskaun 15% tu. (maaf sangat ye. Lupa tanya ituhari)

Dengan perkongsian Sisyat ni, moga banyak membantu parents lain untuk buat persediaan membeli kelengkapan sekolah. 

Dan, jika ada lagi lokasi yang lebih menarik dan murah, kongsilah juga ye dengan Sisyat.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)

12 comments:

  1. Wah! Teruja pulak fiza tengok perbelanjaan barang sekolah anak² sisyat. Fiza pulak tak settle lagi. Nice info... Boleh jadi guide. Thanks sisyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sisyat ni jenis kalo tak setel awal, mmg gelisah..kang duit terobang ke lain..hahah
      tp alhamdulillah laa, dah selesai yang utamanya :-)

      Delete
  2. Wak dah relax.
    Tinggal cucu2 aje yang sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..seronok laa wak..kita ni masih struggle nak sekolahkan depa ni..hehe
      tp xpe..pengalaman kan..nt diorg dah besar, rindu plak nk beli2 baju sekolah..hiihi

      Delete
  3. bagusnya..begitu detail..#2 tu yg payah nak buat, kena ambik masa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no #2 tu memang perlu buat kalo nk selamatkan poket dari bocor banyak..hehe

      Delete
  4. awal akak, dana belum beli lagi baju aiyan, kasut masih elok lagi... kami pun biasa beli kat pasaraya hari-hari dengan giant je, tak beli kat kedai mahal2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik awal belinya dana, tuan badan dah menggeletis nak balik kg esok, ikut ciksu dia.. untung juga prepare awal2 ni..hehe

      Delete
  5. tahun ni nak try kat hari2 juga, selalu beli kat servay hypermarket sebab situ je yg ada jual baju mini dak ava. skg dh makin membesar, senang sikit cari size.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila..sila..selalunya hari-hari tak mengecewakan :-)

      Delete
  6. Wah...bagusnya siap ada excel lagi utk buat perbandingan. Beg PASTI tu beli beg yang memang dijual PASTI ke sis? Tapi syukur jugaklah PASTI selalu buat pendaftaran awal, so hujung thn fokus kpd abg kakak sekolah rendah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan..beg PASTI tu x dijual di sekolah PASTI..cuma sisyat tulis gitu nak bezakan beg sekolah abang dengan adik je.. adik kena beli yang kecik sikit..hehe

      Delete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.