Wednesday, 20 November 2019

Pengalaman Masuk Kelas Meroti

Tidak pernah terfikir sekalipun di hati untuk join kelas meroti. Apatah lagi untuk buat roti sendiri.

Selama ini selalu berfikir, "Apa ada hal. Beli je la roti kat kedai tu. Berlambak kan. Sebut je nak makan yang brand apa."

Tak salah sebenarnya nak berfikiran macam tu. Tapi bila tengok anak-anak makan roti dari air tangan mama mereka sendiri, nikmat itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Join Kelas Meroti 1.0

Idea join kelas meroti ini sebenarnya daripada jiran satu taman. Setakat suka-suka dan untuk menambahkan skil memasak ibu-ibu.

Kelas Meroti 1.0 di kendalikan oleh pasangan suami isteri iaitu Mama Roha dan suaminya, Ayah Nazri.

Yuran pendaftaran hanya RM50.00 sahaja untuk 4 jenis roti iaitu Wholemeal Bread, Roti Kacang Merah, Roti Sosej dan Roti Butterscotch.

Roti Sosej

Wholemeal Bread

Roti Kacang Merah

Yang paling istimewa ialah kami mendapat resepi Nasi Beriani Johor secara percuma. Bonus la kan?!

Seramai 10 orang yang menyertai kelas tersebut pada 17 November lepas dan rata-rata adalah ibu-ibu yang dah familiar dengan meroti.

Cuma SisYat je yang masih merangkak. Nak buat teknik 'rounding' pun terkial-kial lagi tau. Hehe

Tapi tak apa, perancangan selanjutnya ialah daftar untuk Kelas Meroti 2.0 pula. Kena asah laki bakat terpendam ni.

Semua orang pandai buat sesuatu itu, cuma perlu asah bakat yang Tuhan dah berikan tu. Itu saja. Just keep on learning okay.

Ready, 1 2 go! Posing sebelum mula kelas

Roti penuh 1 kotak. Kelas dah selesai
Bila kelas dah selesai, masing-masing teringin nak memiliki Bread Maker (BM) sendiri. Macam Kelas Meroti ni, tenaga pengajar menggunakan BM daripada Noxxa.

Tapi SisYat macam berkira-kira lagi untuk beli jenama ini atau tidak. Sebabnya, banyak jenama lain diluar sana yang setanding dengan jenama ini kan?

If anda boleh sarankan untuk SisYat brand apa yang paling best untuk diguna, boleh juga. Just drop your comment below ye :-)

Thanks in advance kesayangan semua!

19 comments:

  1. sedap ny kak yatt.. roti buatan sendiri lebih terjamin..hehe... kalau ade breadmaker lagi senang.. sy slalu tgk org guna jenama pensonic..xtau kalau ade jenama lain..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp sagat sebab buat sendiri...hihi
      mmg tengak riki bread maker skrg ni tp xtahu jenama apa yang murah tp berbaloi beli.. :D

      Delete
  2. hasil tangan ibu/isteri pasti sedap utk seisi keluarga..tahniah!

    ReplyDelete
  3. bestnya kak Yatt. atul teringin nak masuk kelas meroti, tapi x sempat lagi nak join. cuma baru survey2 kelas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laa atul..akak ni sebab dekat dengan rumah & kena dengan hari minggu..mmg semangat laa join nye..hehe

      Delete
  4. Lagi seronok buat sendiri kan sis Yat. Bilalah Fiza berpeluang nak belajar meroti. Jeles pulak tengok sis yat and the geng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza.. air tangan sendiri kan..hehe
      bila pergi kelas baru tahu senang je rupanya nak buat roti, cuma kena asah skill 'rounding' tu..haha
      sisyat masih failed tau..

      Delete
  5. bestnya meroti, saya sgt berminat baking2 ni tapi lebih puas buat kek
    saya guna bread maker jenama morgan rega rm300 je, so far so good.

    ReplyDelete
  6. sy masih fail kalau bab roti ni..
    kalau ada kelas dekat2 nak jgk join

    ReplyDelete
  7. Bestnya masuk kelas meroti ramai² lagu tu. Meriahhh. Dari tak pandai, dah pandai dah lepas ni, yeayy!

    Anak² lagi suka kalau dapat air tangan mak depa.💜

    Syokk dapat free lagi bonus resepi nasi beriani 😋

    Ruby pun banyak gak survey kelas² untuk memasak. Tapi belum kesempatan nak pergi.

    ReplyDelete
  8. Bagi Ruby,murah sangat caj kelas tu. Dapat belaja 4 jenis roti.

    Ruby tak tahu bab² bread mixer ni.
    Ruby tahu nk makan roti, tunjuk kat kedai ja. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat belajar meroti. Cantik betul kejadian roti tu. Tahniah

    ReplyDelete
  10. menarik, gebus betul nampak roti wholemel tuh kak, BM noxxa besar siap dapat oven lagi... cuma harganya agak mahal tapi berpadanan lah sebab dapat 2 barang kan, BM dan oven...

    ReplyDelete
  11. wahhh mana sis tahu ada kelas ni..nnti ada lagi tak kelas ni?aaaaww nak joinnn

    ReplyDelete
  12. wahhhh... hebat tu, bila nak membakar lagi...

    ReplyDelete
  13. Cantik kejadian rotinya. Mesti sedap 😊

    ReplyDelete
  14. Seronok but roti sendiri ye. Hehe. Semoga sukses dan gembira selalu. Amin.

    ReplyDelete
  15. Bestnya masuk kelas baking. Roti udang tu camne bentuk dia lepas dah siap?

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.