Tuesday, 19 November 2019

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee Membekalkan 9 Asi Amino Perlu Kepada Badan

Antara kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ialah membekalkan asid amino perlu kepada badan.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Asid Amino?

Asid amino merupakan kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. 

Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot. 

Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar (air merupakan yang terbesar) dalam struktur otot manusia, sel dan tisu. Selain protein, asid amino penting dalam proses pengangkutan neurotransmitter dan biosintesis.

Ia terdapat dalam sumber makanan seperti daging, susu, sayuran, buah-buahan dan bijirin kekacang.

Fungsi Asid Amino

Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon.

Baca sini:

9 Asid Amino Perlu (Essential Amino Acid) Dalam ESP Shaklee.

Fakta Nutrisi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Histidine - 340mg
  • Penting untuk pembahagian dan replikasi sel terutamanya pada kanak-kanak dan remaja yang sedang pesat membesar.

Lysine - 890mg
  • Bersama-sama dengan 2 lagi asid amino iaitu Leucine dan Valine untuk memperbaiki pemulihan otot selepas aktiviti senaman. 
  • Membentuk hemoglobin dan membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah dan kadar tenaga. Juga terlibat dalam pembentukan pembekuan darah semasa pemulihan luka.

Methionine - 180mg
  • Membantu dalam proses metabolik, memecahkan lemak dan sumber utama sulfur dalam badan. Juga berperanan dalam menyingkirkan logam berat seperti merkuri dan timbal (lead).

Tryptophan - 180mg
  • Penting untuk penghasilan niacin dan serotonin yang penting untuk fungsi otak dan saraf yang normal. 
  • Serotonin penting untuk menggalakkan tidur, menstabilkan emosi, kawalan kesakitan, inflamasi, keradangan, peristalsis pada usus untuk penghadaman yang lancar dan sebagainya.

Leucine - 1,160mg
  • Merangsang pembebasan insulin daripada pankreas, melindungi otot dan meningkatkan penghasilan tenaga. 
  • Menggalakkan pemulihan tisu dan memperbaiki kulit.

Phenylalanine - 720mg
  • Dikaitkan dengan phenylketonuria (PKU). Tubuh menukarkan phenylalanine kepada tyrosine, iaitu sejenis lagi asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein-protein lain, bahan kimia otak, termasuklah L-dopa, epinephrine, norepinephrine dan hormon thyroid.

Valine - 650mg
  • Mempunyai kesan rangsangan dan diperlukan untuk metabolisme otot, pembaikan dan pembentukan tisudan memastikan kadar nitrogen yang mencukupi dalam badan.
9 asid amino perlu ini tidak boleh dibina dengan sendirinya oleh badan. Kerana itu, kita perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi 9 asid amino perlu ini untuk meningkatkan lagi  keperluan kesihatan badan.

Baca sini:

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba produk promosi Shaklee, anda boleh hubungi kami di talian 019-397 9157 untuk maklumat lanjut dan tempahan ataupun klik sahaja button Whats App di bawah sebelah kiri blog.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

3 comments:

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.