Saturday, 16 November 2019

7 Mitos Mengenai Kacang Soya

Kali ini, SisYat kongsikan tentang 7 Mitos Vs Fakta mengenai kacang soya yang patut anda tahu.

Bukan semua kacang soya mempunyai kesan yang tidak baik. Yang penting sebagai pengguna, anda harus pandai memilih produk kacang soya yang terbaik.



1. Mitos Atau Fakta : Kacang Soya Membantu Meningkatkan Kesuburan Wanita?


Betul, kacang soya membantu meningkatkan penurunan kadar hormon estrogen wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen.

2. Mitos Atau Fakta : Kacang Soya Mampu Kurangkan Kadar Peluang Kanser Payudara?

Betul. Selain daripada mengatur reproduksi, kandungan isoflavons dalam kacang soya meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

3. Mitos Atau Fakta : Kacang Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi "Perempuan"?

Kurang tepat. kacang soya tidak memberi kesan terhadap level estrogen dalam badan lelaki.

Baca juga:

4. Mitos Atau Fakta : Kadar Kalsium Susu Soya Lebih Tinggi Daripada Susu Lembu?


Kurang tepat. Kandungan kalsium dalam susu lembu (143g) lebih tinggi daripada kandungan kalsium dalam susu kacang soya (50g).

5. Mitos Atau Fakta : Kacang Soya Boleh Sebabkan Sembelit?

Kurang tepat. Kandungan serat dalam kacang soya sanagt tinggi dan membantu melancarkan proses pelawasan perut anda.

6. Mitos Atau Fakta : Kebanyakan Orang Alergic Kepada Kacang Soya?

Kurang tepat. Sebenarnya, tidak ramai yang alergi terhadap kacang soya seperti yang disangkakan,

7. Mitos Atau Fakta : Fermented Soya Lebih Bagus Daripada Unfermented Soya?
Kurang tepat. Sebenarnya, kedua-dua jenis samada Fermented Soy atau Unfermented Soy sangat mudah dihadam kerana kacang soya itu sendiri mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Baca juga:
Adakah anda sudah jelas?

Semoga tiada lagi kekeliruan atau ketakutan untuk mengambil sebarang produk berasaskan kacang soya. Jangan risau.

Yang penting, anda tahu macamana untuk mendapatkan kacang soya yang betul-betul berkualiti.

Produk berasaskan kacang soya daripada Shaklee yang menjadi pilihan para pengguna selama ini ialah Energizing Soy Protein (ESP). Sangat berkhasiat dan mempunyai banyak kelebihan.

Baca juga:

9 comments:

  1. thanks for sharing.Banyak juga salah faham ye.

    ReplyDelete
  2. Ummi suka makan tempe dan air kacang soya.. hehe..tapi dgr orang ckp untuk lelaki xsesuai minum bnyk kacan soya..betul ke idak ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ye ummi? sbb ada yang cakap juga lelaki minum soya byk boleh jadi lembut.. hihi

      tapi tak juga..cuma kena berpada2 dlaam mengambil sesuatu :-)

      Delete
  3. Waa lepas Ni mama.nak lebihkan.minum pr soya laa bahu byk kalsium

    ReplyDelete
  4. Kak feni amik protein untuk kulit cantik.

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.