Sunday, 6 October 2019

Pengalaman Sediakan Murtabak Maggi 2 Bahan

Hari ni mama ada kelas produk Shaklee di Headquaters (HQ) bersama team Maestro.


Jadi, anak-anak bertiga haruslah di hantar ke rumah mama pengasuh di sebelah rumah ni.


Disebabkan hari ini adalah hari minggu, mama sediakan sarapan kegemaran mereka untuk di hantar bersama iaitu Murtabak Maggi 2 Bahan.

Kenapa 2 bahan? Sebab mama cuma guna Maggi Kari dan telur sahaja. Anak-anak mama ada yang tak makan sayur walaupun hanya carrot.

Murtabak Maggi 2 Bahan.

Bahan-Bahan.

1. Maggi Kari - 3 bungkus
2. Telur - 5 biji

Cara-cara sediakan.

1. Maggi kari dipatahkan dan di celur dengan air panas. Sekejap sahaja tau. Untuk lembutkan sahaja.

2.  Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan 1 perencah maggi kari.


3.  Gaulkan maggi kari yang telah dicelur dengan perencah kari. Ini untuk membuatkan maggi kari lebih 'berasa' perencah kari tersebut.


4. Tuangkan telur yang telah dicampur bersama perencah kari ke dalam mangkuk maggi yang telah digaul kari tadi.


5. Panaskan minyak secukupnya dan masukan maggi yang bersama telur tadi. Goreng dengan api perlahan sehingga maggi dan telur tersebut masak secukupnya.


Taraaa, dah siap Murtabak Maggi 2 Bahan mama untuk anak-anak tersayang.  Lagi sedap jika dimakan bersama sos cili dan mayonis.

2 biji murtabak untuk di bawa dan makan bersama anak-anak mama pengasuh.

Kalau kawan-kawan nak masukkan bahan-bahan lain seperti hotdog, ayam, udang atau sotong bersama sayur-sayuran pun boleh. Lagi sedap dan berkhasiat kan.

Selamat mencuba tau. Ni menu lebih kepada menu bahan apa saja yang ada di dapur. Hehe

24 comments:

  1. TEringin pulak. dah lama tak buat murtabak maggi ni. Simple je

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Layan tekak pagi2 sebab mudah disediakn..😊

      Delete
  3. Adik bongsu suka makan Martabak Maggie ni..suka gak makan...

    ReplyDelete
  4. Kalau saya suka letak banyak sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..letak.hotdog bagai kann...tp anak kte xsuka sayur..paling x letak carrot pun ok kan..hehe

      Delete
  5. sedap, dana selalu suka tambah sayur2 , cendawan dan bawang... kalau ada cheese lagi best tau...
    dah lama lak tak buat murtabak megi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii sedap kan kalo boleh tambah2 mcm tu..tp tekak budak kecik ni mmg tak nak langsung tambahan bahan2..huhu

      Delete
  6. Wah! menariknya simple je dan nampak sedap.
    Boleh cuba nih!

    ReplyDelete
  7. Dulu selalu buat kalau lapar sebab senang dan pantas.

    ReplyDelete

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.