Wednesday, 28 November 2018

Kurus Cepat Dengan Intermittent Fasting

Intermittent Fasting (IF) semakin kerap didengari sejak kebelakangan ini. Namun masih ada yang tercari-cari maklumat berkenaan IF.

IF dalam bahasa mudahnya ialah berpuasa dalam waktu tertentu.

Berpuasa sebenarnya telah menjadi kajian kepada non-muslim dan menakjubkan berpuasa memberi kesan yang positif kepada badan.

IF merupakan berpuasa tetapi bukan berpuasa seperti muslim kerana IF membenarkan individu berkenaan mengambil air kosong semasa tempoh berpuasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan Intermittent Fasting (IF)

IF bermaksud berpuasa dalam tempoh tertentu dan diet ini membenarkan pengamalnya mengambil minuman seperti air kosong dan minuman tanpa gula (teh hijau, kopi kosong dll)


Kaedah untuk melaksanakan IF

Terdapat beberapa kaedah untuk mengamalkan diet IF seperti kajian yang telah dilaksanakan. Tetapi kaedah yang paling popular ialah:-

1. Kaedah 16:8

Kaedah 16:8 merupakan pembahagian masa untuk berpuasa dan makan. 16 jam adalah waktu untuk berpuasa dengan mengambilkira waktu tidur pada waktu malam dan 8 jam adalah waktu untuk makan.

Contoh:

Untuk memudahkan 'beginers' melakukan IF ini digalakan berpuasa pada waktu malam iaitu berhenti makan pada waktu tertentu.

Jika anda berhenti makan pada jam 8.00 malam, anda akan berbuka puasa selepas 16 jam iaitu pada pukul 12.00 tengahari keesokan harinya. Begitulah seterusnya.

Kepada yang baru berjinak-jinak untuk memulakan IF, disarankan untuk mencuba berpuasa 12 jam terlebih dahulu. Sekiranya badan anda boleh menerima kaedah ini, anda boleh meneruskan dengan 14 jam berpuasa dan seterusnya 16 jam berpuasa.

2. Kaedah Puasa-Makan-Puasa (Eat-Stop-Eat)

Kaedah ini nampak macam mudah tetapi untuk melaksanakan agar sukar lebih-lebih lagi kepada yang baru mencuba IF

Eat-Stop-Eat memerlukan anda berpuasa selama 24jam dua kali seminggu.

Contoh:

Berpuasa pada 8.00 malam pada hari Sabtu sehingga 8.00 malam pada hari Ahad keesokan harinya. Pada masa berpuasa anda hanya boleh mengambil air kosong atau minuman tanpa gula sahaja.

Selepas berpuasa, anda dibenarkan untuk mengambil makanan seperti biasa dengan kiraan pengambilan kalori ialah 2000 kalori untuk wanita dan 2500 kalori untuk lelaki.

Untuk kaedah ini, anda tidak digalakan untuk melakukan dua hari secara berturut-turut.

Buat permulaan, jika tubuh tidak mampu melakukan IF 24 jam, anda disarankan untuk melaksanakan secara berperingkat.

3. Kaedah Diet 5:2

Kaedah ini merupakan kaedah dengan mengurangi jumlah pengambilan makanan sebanyak 25% daripada pengambilan biasa.

Contoh, anda hanya disarankan mengambil 25 peratus daripada rutin pengambilan harian dalam tempoh dua hari seminggu.

Ini bermakna, wanita hanya disarankan mengambil 500 kalori sahaja dalam tempoh 2 hari seminggu dan baki hari yang selebihnya boleh mengambil pemakanan seperti biasa. Begitu juga dengan lelaki, 25 peratus daripada 2500 rutin kalori harian adalah sebanyak 625 kalori sahaja.

Tip untuk berjaya melaksanakan Intermittent Fasting (IF)

1. Sentiasa setkan di minda, puasa untuk sihat dengan memberikan tubuh masa untuk berehat daripada aktiviti pencernaan BUKAN untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata.

2. Disarankan untuk memulakan puasa pada waktu malam dengan berpuasa ketika tidur.

3. Menjaga pengambilan air kosong ketika berpuasa bagi mencegah dehidrasi ketika berpuasa.

4. Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.

 

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment