Monday, 22 October 2018

Vitamin Yang Diperlukan Untuk Kulit Sihat


Kulit sihat adalah dambaan setiap orang samada lelaki atau wanita.

Apa yang dimaksudkan dengan kulit sihat sebenarnya?

Kulit sihat merupakan kulit yang tidak mempunyai masalah atau alahan dengan sesuatu makanan atau cara hidup.

Untuk mendapatkan kulit sihat, kita seharusnya menjalani kehidupan yang yang sihat, pola pemakanan dan diet yang seimbang.

Tapi, gaya hidup masa kini yang kita lalui menjadi punca kepada kekangan untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bagi yang bekerjaya, seawal subuh hari telah meninggalkan rumah demi kelangsungan hidup.

Menempuh kesesakan jalan raya pergi dan balik kerja.

Berada didalam suasana pejabat tanpa cahaya matahari semulajadi. Berkurung bersama penghawa dingin sepanjang hari sekurang-kurangnya 8 jam.

Cara hidup begini menjadi penyumbang utama kepada kenapa kulit memerlukan vitamin untuk lebih sihat.

Untuk membantu mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, supplemen atau vitamin yang mencukupi kepada kuliy merupakan satu alternatif yang paling praktikal.

Berikut merupakan vitamin yang disarankan untuk kulit sihat dan cantik.

1. Vitamin A

Vitamin A lebih sinonim untuk kesihatan mata. Namun vitamin A juga berperanan sebagai antioksidan yang mampu membunuh radikal bebas.

Vitamin A dapat mencegah proses penuaan yang terjadi kepada sel kulit.

2. Vitamin B

Vitamin B memiliki peranan dalam metabolisme sel tubuh. Selain itu, vitamin B juga berperanan sebagai vitamin anti-stress. Stress juga menjadi punca kepada ketidaksihatan kulit dengan mempercepatkan proses penuaan.

Jika vitamin B, maka peredaran darah tidak dapat berjalan lancar sehingga mempengaruhi kulit seperti munculnya jerawat dan kulit kering.

3. Vitamin C

Vitamin C diperlukan tubuh untuk menjaga dan membina struktur kolagen di dalam tubuh.

Selain itu,vitamin C juga berperanan sebagai antioksidan yang dapat membunuh radikal bebas di dalam tubuh. Apabila tubuh kekurangan Vitamin C, daya tahan tubuh akan menurun dan boleh menyebabkan badan kerap sakit.

4. Vitamin E

Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang dapat menlambatkan penuaan pada kulit. Kesihatan kulit akan terganggu ketika badan kekurangan vitamin E.

Untuk keseimbangan dan kesihatan tubuh, akan lebih baik apabila badan mengambil suplemen yang mengandung beberapa jenis vitamin, dibandingkan suplemen dengan satu jenis vitamin saja lebih-lebih lagi vitamin E

5. Zinc

Zink merupakan mineral yang diperlukan di dalam tubuh untuk membantu menjaga kesihatan kulit, rambut, kuku dan lain-lain. Bila tubuh kekurangan zink, maka ianya menjadi penyebab kulit menjadi kasar dan menjadi tidak sihat.

Tubuh badan tidak akan kekurangan zink apabila anda memiliki pola makan yang sihat dan seimbang. Anda akan kekurangan zink jika pola pemakanan yang diamalkan adalah tidak sihat, melakukan diet yang ekstrim tanpa panduan dari doktor atau ahli nutrisi, serta suka minum minuman beralkohol.

6. Asid Lemak

Tubuh manusia memiliki keterbatasan dalam menghasilkan asid lemak esensial, padahal zat ini diperlukan untuk melancarkan metabolisme di dalam tubuh. Asid lemak esensial ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh anda.

Asid lemak esensial ini terbagi menjadi 2 bahagian, iaitu Asid Lemak Omega 3 dan Asid Lemak Omega 6. Sumber penting asid lemak omega 3 adalah ikan laut, terutama pada minyak ikan. Selain itu, juga dapat diperoleh dari sayuran atau haiwan. Sedangkan untuk asam lemak omega 6, bisa Anda dapatkan dari minyak sayuran dan lemak tepu haiwan.

Jika tubuh anda kekurangan asidlemak esensial ini, maka sel-sel di dalam tubuh tidak mampu bekerja secara optimum sehingga kulit menjadi kasar dan tidak sihat..

7. Isoflavanoid Soya

Isoflavon yang terdapat dari kacang soya boleh melindungi tubuh dari zat beracun. Dengan struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen, isoflavon berfungsi menciptakan asid dan hyaluronic yang dapat menjaga kekenyalan dan elastisitas kulit.

Walaupun struktur kimia dari isoflavon mirip dengan estrogen, isoflavon ini lebih mudah dicerna di dalam tubuh sebagai nutrisi. Jadi, untuk kesihatan kulit tubuh anda, adalah lebih baik apabila mengambil makanan atau minuman yang mengandung isoflavon dibandingkan dengan estrogen.

Sekiranya anda ingin memiliki kulit sihat dan cantik, anda disarankan untuk melengkapkan keperluan vitamin-vitamin berkenaan secara konsisten di dalam diet harian anda.

0 comments:

Post a Comment