Wednesday, 19 September 2018

Teknik Mermet Atau Perah Susu Dengan Tangan Sangat Susah?

Haa.. entry ni cekyat nak kongsi berkaitan Teknik Mermet memandangkan cekyat sekrang ini sedang melalui proses ini. 

Sebenarnya, teknik ini sangat penting bagi ibu-ibu yang berhasrat untuk menyediakan stok susu badan kepada so comel. Teknik ini sangat berguna kepada ibu-ibu bila berada dalam situasi:- 

1. Pam susu elektrik ibu-ibu rosak secara tiba-tiba (Inilah situasi cekyat sekarang ini) 

2. Untuk mengosongkan payudara dengen lebih efektif. 

3. Salah satu cara untuk mengosongkan payudara dengan sempurna. 

Kenapa cekyat tekankan perkataan “mengosongkan” payudara? Ini kerana kegagalan ibu-ibu untuk mengosongkan payudara disaat susu sudah penuh boleh menyumbang kepada punca susu berkurangan pada masa hadapan. 

Jadi ibu-ibu perlu lebih waspada dalam bab ini ye. 

Apakah Teknik Mermet? 


Teknik mermet merupakan salah satu teknik “old school” yang telah lama wujud sebelum adanya pam susu moden.Teknik mermet adalah cara alternative ibu-ibu untuk memerah susu menggunakan tangan anda tanpa bantuan pam susu moden. 

Tips sebelum melakukan Teknik Mermet. 


1. Duduk dalam postur yang selesa. Lebih baik ibu-ibu bersandar di dinding. 

2. Lapangkan fikiran . Atau cuba fikirkan kaletah simanja 

3. Ransang /gentel puting dengan lembut 

4. Bila terasa putting mengeras dan air susu ingin keluar, maka cepat-cepatlah laksanakan Teknik Mermet. 

Langkah-langkah melaksanakan Teknik Mermet dengan mudah. 


1. Pastikan tangan ibu-ibu berada dalam keadaan bersih. Duduk dalam keadaan postur tubuh yang selesa 

2. Letakan ibu jari diatas payudara (sekitar aerola) dan jari-jari yang lain dibahagian bawah untuk mengampu payudara. Bentukan seperti huruf 'C' ye.

3. Tekan payudara dengan ibu jari dan jari-jari yang lain ke belakang iaitu ke arah dada 

4. Mulakan memerah dengan menekan ibu jari dan 2-3 jari yang lain serentak. Lepaskan dan ulang semula beberpa kali sehingga susu keluar 

Ulang beberapa kali mengikut bulatan di sekeliling areola sehingga semua bahagian payudara telah dikosongkan, iaitu aliran keluar susu telah berhenti. 

Ulangi langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi. 

Ibu juga boleh mengulangi kaedah ini bergilir-gilir antara kedua-dua belah payudara sekiranya perlu. 

Gambar diatas menujukan teknik mermet yang BETUL. Gambar dibawah menunjukan teknik yang SALAH

Pantang larang Teknik Mermet yang perlu ibu-ibu tahu. 

  • Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam 
  • Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara 
  • Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet 

Teknik Mermet ni hanya memerlukan 20-30 minit sahaja. Perah setiap sebelah payudara selama 7-10 minit dan rehat sekejap.Ulang lagi teknik ini sehingga payudara betul betul kosong. 

Tips untuk memperbanyakan susu ketika Teknik Mermet ini dilakukan ialah ‘rehat sekejap’ Ketika mode ‘rehat sekejap’ ini ibu-ibu boleh lakukan rutin urutan payudara dari atas kebawah. (menuju aerola) 

Teknik Mermet ini tidak lah payah atau susah sangat. Masa mula-mula cekyat buat Teknik Mermet ini cekyat terus dapat 6oz dalam masa setengah jam. Terasa macam telah mencapai satu kejayaan yang besar. Hehe 

Jangan stress dan jangan paksa susu keluar. 

Jika kali pertama anda melaksanakan Teknik Mermet ini hasilnya kurang memberangsangkan, itu adalah perkara normal. 

Bila dah selalu praktis, in sha Allah ianya menjadi mudah dan senang sahaja untuk mendapatkan hasil yang penuh botol. 

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment