Sunday, 30 September 2018

Friday, 21 September 2018

Shaklee Meraikan Hari Malaysia

Pengumuman..pengumuman..

Berita baik untuk anda pengguna Shaklee dan juga bakal pengguna Shaklee

Shaklee akan meraikan Hari Malaysia dengan mengadakan Hari Karnival. Penuh dengan aktiviti yang menyeronokan seperti Lucky Draw dan juga Promosi Vivix.

Ada juga Free Gift bagi yang berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Bila tu??


Satu hari sahaja.


22 September 2018 jam 10.00pagi hingga 7.00 malam di HQ Shaklee dan semua Branch Shaklee


Jom cekyat kongsi lebih terperinci dengan anda ye.

1. PERCUMA PAYUNG YOUTH EKSLUSIF


Bagi setiap pembelian 200uv dalam satu resit, anda telah automatik bergelar Ahli Shaklee dan layak mendapat Payung YOUTH Ekslusif dengan PERCUMA.

Di samping itu, anda juga layak untuk mendapat cabutan bertuah


2. CABUTAN BERTUAH / LUCKY DRAW


Dengan setiap pembelian minimum 200uv dalam satu resit, anda layak mendapat cabutan bertuah.


Antara hadiah yang bakal dimenangi dalam cabutan bertuah ialah:-

  • Vivix
  • Lecithin
  • Sustained Release Vitamin C
  • Youth
  • Youth Exclusive Wrislet
  • Shaklee Salad Container

3. PROMOSI VIVIX


Beli 6 Vivix - Percuma 1

Beli 2 Vivix - Dapat 5% Diskaun



Cekyat kongsi juga poster penuh untuk makluman anda ye. Untuk mendapatkan Shaklee pada harga promosi esok, boleh hubungi cekyat.


Cekyat Shaklee 
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012 
019.397.9157 
COD Kapar.Klang.Shah Alam 
Pengeposan Seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, 19 September 2018

Teknik Mermet Atau Perah Susu Dengan Tangan Sangat Susah?

Haa.. entry ni cekyat nak kongsi berkaitan Teknik Mermet memandangkan cekyat sekrang ini sedang melalui proses ini. 

Sebenarnya, teknik ini sangat penting bagi ibu-ibu yang berhasrat untuk menyediakan stok susu badan kepada so comel. Teknik ini sangat berguna kepada ibu-ibu bila berada dalam situasi:- 

1. Pam susu elektrik ibu-ibu rosak secara tiba-tiba (Inilah situasi cekyat sekarang ini) 

2. Untuk mengosongkan payudara dengen lebih efektif. 

3. Salah satu cara untuk mengosongkan payudara dengan sempurna. 

Kenapa cekyat tekankan perkataan “mengosongkan” payudara? Ini kerana kegagalan ibu-ibu untuk mengosongkan payudara disaat susu sudah penuh boleh menyumbang kepada punca susu berkurangan pada masa hadapan. 

Jadi ibu-ibu perlu lebih waspada dalam bab ini ye. 

Apakah Teknik Mermet? 


Teknik mermet merupakan salah satu teknik “old school” yang telah lama wujud sebelum adanya pam susu moden.Teknik mermet adalah cara alternative ibu-ibu untuk memerah susu menggunakan tangan anda tanpa bantuan pam susu moden. 

Tips sebelum melakukan Teknik Mermet. 


1. Duduk dalam postur yang selesa. Lebih baik ibu-ibu bersandar di dinding. 

2. Lapangkan fikiran . Atau cuba fikirkan kaletah simanja 

3. Ransang /gentel puting dengan lembut 

4. Bila terasa putting mengeras dan air susu ingin keluar, maka cepat-cepatlah laksanakan Teknik Mermet. 

Langkah-langkah melaksanakan Teknik Mermet dengan mudah. 


1. Pastikan tangan ibu-ibu berada dalam keadaan bersih. Duduk dalam keadaan postur tubuh yang selesa 

2. Letakan ibu jari diatas payudara (sekitar aerola) dan jari-jari yang lain dibahagian bawah untuk mengampu payudara. Bentukan seperti huruf 'C' ye.

3. Tekan payudara dengan ibu jari dan jari-jari yang lain ke belakang iaitu ke arah dada 

4. Mulakan memerah dengan menekan ibu jari dan 2-3 jari yang lain serentak. Lepaskan dan ulang semula beberpa kali sehingga susu keluar 

Ulang beberapa kali mengikut bulatan di sekeliling areola sehingga semua bahagian payudara telah dikosongkan, iaitu aliran keluar susu telah berhenti. 

Ulangi langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi. 

Ibu juga boleh mengulangi kaedah ini bergilir-gilir antara kedua-dua belah payudara sekiranya perlu. 

Gambar diatas menujukan teknik mermet yang BETUL. Gambar dibawah menunjukan teknik yang SALAH

Pantang larang Teknik Mermet yang perlu ibu-ibu tahu. 

  • Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam 
  • Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara 
  • Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet 

Teknik Mermet ni hanya memerlukan 20-30 minit sahaja. Perah setiap sebelah payudara selama 7-10 minit dan rehat sekejap.Ulang lagi teknik ini sehingga payudara betul betul kosong. 

Tips untuk memperbanyakan susu ketika Teknik Mermet ini dilakukan ialah ‘rehat sekejap’ Ketika mode ‘rehat sekejap’ ini ibu-ibu boleh lakukan rutin urutan payudara dari atas kebawah. (menuju aerola) 

Teknik Mermet ini tidak lah payah atau susah sangat. Masa mula-mula cekyat buat Teknik Mermet ini cekyat terus dapat 6oz dalam masa setengah jam. Terasa macam telah mencapai satu kejayaan yang besar. Hehe 

Jangan stress dan jangan paksa susu keluar. 

Jika kali pertama anda melaksanakan Teknik Mermet ini hasilnya kurang memberangsangkan, itu adalah perkara normal. 

Bila dah selalu praktis, in sha Allah ianya menjadi mudah dan senang sahaja untuk mendapatkan hasil yang penuh botol. 

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, 8 September 2018

Produk Shaklee Selamat Atau Tidak?

Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah Shaklee bermula sekitar 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi #1 di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.


ADAKAH PRODUK SHAKLEE SELAMAT?

Shaklee dikenali sebagai satu syarikat yang menjalankan pelbagai kajian dan ujian bagi memastikan produk yang dihasilkan Sentiasa Selamat.

Antaranya ialah:-
  • Lebih USD 250 juta telah Shaklee laburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Setiap tahun, Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk, serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan.
  • Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
  • Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk pesaing.
  • Shaklee bekerjasama dengan Ahli Toksikologi untuk mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee sentiasa mengemaskini senarai ini untuk memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk.

TANPA Bahan Tiruan:

TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans

TANPA Bahan Kimia:
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida


ADAKAH PRODUK SHAKLEE MEMPUNYAI KAJIAN?

Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

PERTAMA: LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KAJIAN SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.


KEDUA: KAJIAN TELOMERE
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa suplemen.


KETIGA: PATEN SHAKLEE
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..


KEEMPAT: SISTEM PELEPASAN BERPATEN
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.


Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 Saintis yang berpusat di perbandaran Pleasanton.

"Inovasi dan sains adalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat." - ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation.


ADAKAH PRODUK SHAKLEE BERKESAN


Landmark Study: Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee

Satu Kajian Penanda Aras

Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee adalah kajian perintis tentang penggunaan suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa: mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil makanan tambahan sama sekali.

Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee (Shaklee Dietary Supplement Study) adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. Sila klik 

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini.

  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi pemakanan seharian dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

... dan keputusannya amat mengagumkan!

  • Tahap Nutrien Darah yang Baik
  • Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung yang Baik
  • Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
  • Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi

PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI:

  • Risiko Penyakit Jantung Lebih Rendah
  • 11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
  • 33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
  • Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung Lebih Rendah
  • 36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
  • Risiko Penyakit Jantung, Kanser, Kencing Manis Lebih Rendah
  • 59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih Rendah
  • 39% Risiko Peningkatan Tekanan Darah Lebih Rendah
  • 73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah

kredit sumber: SINI
Continue Reading

Monday, 3 September 2018

Promo September 2018


Bulan ini bulan paling best yang Shaklee tawarkan. Empat (4) item sekaligus menjadi item promosi.

1. Promosi Ostematrix Shaklee

Shaklee tawarkan promosi untuk item kesukaan ramai ini dengan 5% diskaun bagi setiap 3 botol pembelian.

Anda mendapat penjimatan harga runcit sebanyak RM174.56.



Untuk lebih penjimatan, anda boleh mendaftar sebagai Ahli Shaklee

2. Promosi Skincare Youth Shaklee

Shaklee dengan baik hati dan murah hati melanjutkan promo untuk skincare terbaik masa kini, iaitu skincare Youth Shaklee yang telah menjalani 8 tahun kajian sebelum di keluarkan kepada umum.

Setiap pembelian Youth Shaklee semasa promosi sedang berlangsung ini layak untuk memiliki 1 unit Facial Clean Devise For FREE.






Facial Cleanse Device yang banyak fungsinya selain menanggalkan makeup di muka. Malah ia sesuai untuk digunakan untuk mengurut dan menanggalkan kulit mati pada badan.

3. Promosi Set Shaklee Baby

Okay, ini lagi satu (1) item hot Shaklee pada tahun ini. Jadi, Shaklee melanjutkan promosi set Shaklee Baby dengan BELI 1 PERCUMA 1 pada harga cuma RM360.00 sahaja.


Best kan??

4. Promosi Set Prenatal

Promosi terakhir yang sangat laku keras ialah Set Prenatal Shaklee. Set ini sangat membantu ibu dan ayah yang ingin mendapatkan zuriat. 


Selain itu, set ini dapat membantu perjalanan kehamilan dan penyusuan juga.
Continue Reading