Wednesday, 22 November 2017

Petua Hilangkan Batuk Berkahak dan Selsema Bayi

Hai mommies..

Bila ada anak kecil ni, terasa macam baru semalam jadi mama walaupun anak dah 3 kan. Begitulah dengan cekyat sekarang ni. Sejak ada princess Auji ni, terasa ilmu parenting tu macam tak cukup. Perlu belajar lagi.

Lebih-lebih lagi bila princess Auji terkena serangan batuk dan selsema. Pakej terus. Asalnya, papa yang kena, kemudian merebak kepada Abam dan Abg Awish. Last sekali yang kena ialah mama, for sure la Auji akan berjangkit dengan mama kan. 

Jadi, mama dengan sedaya upaya menambah ilmu melalui en.google ni. Mencari petua untuk hilangkan batuk berkahak bayi. 

Banyak yang cekyat jumpa hasil perkongsian mami-mami semua. Terima kasih sangat-sangat ye mami.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak dan Selsema Bayi


Petua atau cara pertama yang cekyat cuba untuk Auji ialah kunyit hidup. 

Bila tengok batuk dia semakin teruk, ditambah pula dengan hidung tersumbat cekyat minta tolong en.suami ambilkan kunyit hidup yang dia tanam di hadapan rumah. Almaklum la, rumah baru kan. Dapatlah berbudi pada tanah.

Kunyit hidup tu ditumbuk halus dan disapu di zon T auji. Zon T tu maksudnya di dahi dan batang hidung. Lebih afdal kalau ada olive oil atau minyak kayu putih.

Selepas dengan kunyit hidup, kami cuba pula buat teknik steam & percussion untuk hilangkan kahak si kecil tu. 

Caranya, letak bawang putih dengan minyak berangin (olive oil / kayu putih / yuyi / vicks) dalam air panas yang berwap dan halakan wap tersebut ke muka bayi. Pastikan jarak selamat diantara bekas air panas berwap dengan bayi anda ye.

Untuk Auji, en.suami yang pegangkan dia dan wapkan muka sambil selubung dengan kain lampin. Cekyat buat tepukan percussion tu perlahan-lahan dibelakang dia. Lagi dia menangis meraung, lagi bagus. Wap tu masuk kedalam ronggan hidung dia. Dan ada la hasilnya keluar meleleh di hidung kecil dia tu. Dapatlah dia tidur lena sekejap.
Selain itu juga, kami usahakan dengan menyedut mukus dari hidung kecil Auji tu manually tau. Bukan dengan alat, tapi dengan mulut. Sudah tentu la papa dia yang buat teknik sedutan ni. Cekyat memang tak pandai. hehe

Dan ikhtiar yang terakhir sebelum berjumpa doktor memandangkan batuk dia makin teruk ialah daun sireh dan vicks.

Caranya, layurkan daun sireh atas api sekejap dan dapat panas yang ala-ala je. Kemudian, sapu vicks di atas daun sireh berkenaan. Tampal di dada dan belakang badan. Alhamdulillah, Auji menjadi dengan petua ini.

Kahak dia keluar melalui batuk dan alhamdulillah juga, dia pandai keluarkan dari mulut dia dengan melelehkan air liur. Nampak laa kahak berlendir keluar.

Owhh, sireh tu memang agak susah nak jumpa dirumah-rumah orang walaupun cekyat pun beli rumah di akwasan kampung. Jadi, cekyat beli je di kedai bunga Auntie India ni. Dapat laa satu plastik kecil. Banyak juga.

Alhamdulillah, Auji makin hilang batuknya. Cekyat pun tak perasan bila hilang cuma yang cekyat sedar dia dah dapat tidur nyenyak dan lama sampai cekyat bengkak susu tau.

Untuk cekyat pula, cekyat optimumkan pengambilan Vitamin C Shaklee dan Garlic Shaklee untuk batuk Auji. Cekyat makan supplemen, Auji pun dapat melalui air susu.

Cekyat Shaklee
Pengedar Sah Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia
Continue Reading

Kembali Bertugas

Haii sahabat..

Cekyat kembali bertugas hari ini setelah habis cuti berpantang selama 3 bulan sempena kelahiran puteri tersayang.

Sepatutnya cekyat kembali bertugas pada Isnin lepas, tetapi memandangkan princess dalam proses sihat, maka cuti dilanjutkan lagi selama 2 hari.

Okayy, tamat sudah diary suri rumah 90 hari. Bermula sudah tugas seorang pekerja kepada 3 orang anak yang memikul tanggungjawab kepada majikan.

Perkara pertama yang cekyat buat bila masuk pejabat ialah memohon pertukaran waktu anjal (waktu kerja) kepada WP2. Demi keluarga kecil cekyat. Suami dan anak anak.

Continue Reading