Saturday, 19 August 2017

Lahirnya Puteri Yang di Nanti

Assalamualaikum semua..

Bersiaran semula selepas cuti sehari dua daripada menulis di sini. Bukan dah pentat berkongsi pengalaman dan Shaklee disini, tapi sebenarnya cekyat baru sahaja melahirkan seorang lagi khalifah Allah.

Cekyat selamat melahirkan seorang pueri pada 18 Ogos 2017 jam 9.40 pagi di Hospital Shah Alam, Selangor.

Kelahiran yang prosesnya amat mudah bagi cekyat. Dan amat menyenangkan misi misi HSAS. Katanya diorang.

Pengalaman melahirkan nanti cekyat kongsikan dalam entry khas yang lain ye. ;-)

Siapa lahir taikh yang sama dengan puteri cekyat? Jom komen ;-)
 
Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Berdaftar Shaklee sejak 2012
COD Kapar  & Klang & Shah Alam
Continue Reading

Wednesday, 16 August 2017

Testimoni Set Skincare Shaklee: Nutriwhite dan Enfuselle Shaklee

Walaupun Set Skincare Shaklee akan ditamatkan pengeluaran secara global, cekyat tidak dapat halang pengguna yang dah merasa keberkesanan Set Nutriwhite dan Set Enfuselle Shaklee berkongsi rasa mereka terhadap set ini.

Sebelum ini cekyat memang pengguna Gentle Deep Foaming Nutriwhite. Seriously, memang tahan lama sangat satu tiub tu. Hampir setahun seingat cekyat. Cekyat bukan pakai seorang saja, tapi cekyat berkongsi pencuci muka itu dengan en.suami.

Tapi sekarang, cekyat telah tukar kepada Hydrating Lotion Enfuselle disebabkan oleh masalah kulit kering. Alhamdulillah juga, satu botol pencuci muka itu bertahan lama. Mula pakai pada 10.05.2017 dan hari ini masih ada separuh botol lagi.

Betul-betul jimat. Apa orang kata, alah membeli, menang memakai.





Sementara stok masih ada dalam sistem Shaklee, anda yang telah menggunakan Set Nutriwhite atau Set Enfuselle cepat-cepat la rebut peluang menyimpan stok Skincare Shaklee ini. Jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Ingat tau, Set Skincare Shaklee ini bakal ditamatkan pengeluaran secara GLOBAL.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Hadiah Percuma Sempena Birthday

Assalamualaikum.. Good morning.. Selamat pagi..

Alhamdulillah, hari ini cekyat turns angka 33. Tak perlu sembunyikan umur kan? Umur is just angka sahaja. Betul tak?

Yang penting jiwa sentiasa muda dan sentiasa inginkan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. (abadikan hari lahir di blog.. hehe)

 

Sempena hari lahir cekyat ni, cekyat nak bagi hadiah untuk anda yang sudi COMMENT dan FOLLOW blog cekyat ni.

Syarat-syarat:-

1. Cuma COMMENT di entry ini dan  FOLLOW blog sahaja.

2. Tinggalkan LINK entry anda untuk cekyat FOLLOW anda semula.

Hadiah yang cekyat nak bagi ialah TOPUP percuma bernilai seperti dibawah :-)

  • 3 x topup RM10.00
  • 1 x topup RM30.00

Pemenang yang dipilih adalah daripada kalangan pengCOMMENT dan juga FOLLOWER berdasarkan angka tarikh lahir cekyat.. hehe

Jom laa rebut hadiah sempena hari lahir cekyat ni. hehe

Owhh.. tarikh tamat penyertaan untuk Hadiah Percuma Sempena Birthday cekyat ni ialah pada 23 Ogos 2017 @ 11.59pm sementara menunggu kehadiran baby baru.

Pssttt.. kalau anda pakai bil, its OK.. boleh je join contest ni. Kalau rezeki anda jadi pemenang, anda boleh je sedekahkan TOPUP percuma tu kepada yang memerlukan. Betul tak?? :-)

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, 15 August 2017

Manfaat Vitamin B Untuk Kecantikan

Seringkali vitamin B kompleks dikaitkan dengan kecantikan melalui frasa "B for Beauty". Betul tak? Cekyat pun sering dengar frasa berkenaan.

Bagus la kan?

Tapi tahukah anda apa itu vitamin B Kompleks? B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B dalam 1 tablet iaitu seperti yang tertera didalam label dibawah.


  • B1 Thiamin
  • B2 Riboflavin
  • B3 Niacin
  • B5 Panthothenic acid
  • B6 Pyridoxine
  • B7 Biotin
  • B9 Folic acid
  • B12 Cyanocobalamin


Apa manfaat vitamin B Complex ini kepada kecantikan?


Vitamin B1 (Thiamin)

Vitamin B1 atau thiamin berperanan sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan peredaran darah. Peredaran darah yang lancar akan membawa oksigen dan nutrisi ke sel-sel tubuh, termasuk sel-sel kulit. Hasilnya, sel-sel kulit akan terus bertenaga dan membuat kulit kelihatan lebih muda dan sihat. Tidak hanya itu, peredaran darah yang baik di area kepala juga membantu proses pertumbuhan rambut dengan supply oksigen ke folikel-folikel rambut.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Riboflavin merupakan sejenis vitamin yang membantu menjaga kesihatan kulit dan mencegah kulit daripada berjerawat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan punca jerawat. Riboflavin juga mempunyai peranan dalam sekresi mukus pada jaringan kulit yang membuat kulit tetap lembut. Vitamin ini juga boleh mencegah keadaan kulit seperti dermatitis.

Vitamin B3 (Niacin)

Niacin membantu memperbaiki lapisan teratas kulit, iaitu lapisan epidermis, dalam menahan kelembapan. Sementara itu, nicotinamide saat pemakaian topikal membuat kulit menjadi lebih halus dan lembut, diikuti dengan pengurangan kedutan dan kekeringan pada kulit. Selain itu, vitamin B3 juga menghalang pigmentasi  sel-sel kulit sehingga pembentukan jeragat. Tidak hanya berguna bagi kecantikan kulit, niacin juga membantu stimulasi peredaran darah ke kepala, yang membantu pertumbuhan rambut.

Vitamin B5 (Pantothenic acid)

Vitamin B5 atau asid pantotenat terbukti mampu mengurangi pembentukan minyak dan mengurangi pembentukan jerawat. Vitamin jenis ini terkenal pada industri rawatan kulit dan kecantikan kerana kemampuannya dalam membantu menahan kelembaban kulit. Vitamin B5 membantu menghidrasi kulit sehingga menjadikan kulit terasa lebih anjal, sihat, dan memudarkan tanda-tanda penuaan.

Vitamin B6 (Pyridoxine)

Pyridoxine mempunyai peranan dalam regulasi hormon di dalam tubuh. Pada wanita, level estrogen yang rendah dapat menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan keguguran rambut. Level estrogen yang rendah ini berpunca oleh kurangnya kandungan vitamin B6 dalam tubuh. Selain itu, vitamin B6 terbukti membantu mengurangi pembentukan Dihydotestosterone, iaitu hormon yang menyebabkan kebotakan pada lelaki dan wanita.

Vitamin B7 (Biotin)

Biotin merupakan salah satu vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk merawat kulit, rambut, hingga kuku menjadi lebih sihat. Berdasarkan penelitian di Swiss tahun 1993, biotin juga dapat digunakan sebagai suplemen tambahan bagi orang-orang yang mempunyai kuku yang rapuh. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa orang yang mengambil suplemen biotin mengalami peningkatan ketebalan kuku.

Vitamin B9 (Folic Acid)

Vitamin B9 atau asid folik membantu menjaga keindahan rambut dengan cara mencegah tumbuhnya uban, membuat rambut menjadi lebih lebat, membuat rambut menjadi lebih berkilau serta mencegah keguguran rambut.

Vitamin B12 (Cobalamin)

Vitamin B12 atau mecobalamin merupakan vitamin yang membentuk struktur rambut. Menurut Lisa Dayer, penulis buku The Beauty of Diet, vitamin B12 dapat membantu pertumbuhan rambut yang sihat dengan cara membentuk sel darah marah.

Sel darah merah ini berguna untuk membawa oksigen ke kulit kepala yang menyebabkan pertumbuhan rambut yang optimal. Selain itu, biotin juga membantu pengeluaran protein di kulit kepala.

Menurut Ted Daly, seorang professor dermatologi di Nassau University, pesakit yang mengalami keguguran rambut, kebanyakan adalah wanita berpunca daripada kekurangan vitamin B12 (defisiensi vitamin B12). Oleh karena itu, menjaga pengambilan B12 ke dalam tubuh dapat membantu meningkatkan kesihatan rambut.


Bagaimana jika kita kekurangan salah satu dari vitamin B tersebut?

  • Kekurangan vitamin B1, B2, B3, dan B5 dapat menyebabkan rambut menjadi kusam
  • Kekurangan vitamin B9 atau asid folik menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi lambat
  • Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan keguguran rambut, alis, bulu mata, serta tumbuhnya uban
Sumber: SINI 

Dah tahu kan apa fungsi Vitamin B untuk kecantikan kita? So, jom la lengkapkan Vitamin B dalam diet harian anda. Boleh hubungi cekyat ye kalau nak dapatkan VitaminB Complex Shaklee ye:-)

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, 14 August 2017

7 Fakta ESP Yang Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum semua.

Entry hari ini cekyat nak kongsi dengan anda semua 7 fakta berkenaan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang wajib anda tahu. Yang wajib anda dapat info berkaitan serbuk minuman yang sering pengguna Shaklee memberikan 'feedback' yang positif.

Jom kita berkongsi fakta wajib tahu ni bersama-sama.

Fakta 1

Setiap hidangan ESP mengandungi 14gram protein, 8 gram karbohidrat, 500mg kalsium.

Fakta 2

ESP mengandungi 9 jenis asid amino yang penting untuk fungsi badan.

Fakta 3

ESP dihasilkan dari protein soya yang tinggi kualiti bagi membantu membekalkan tenaga, kecergasan dan stamina

Fakta 4

1 Canister ESP (850gram) dihasilkan dari 30kg kacang soya

Fakta 5

ESP diproses menggunakan air, bukannya alkohol bagi memelihara kandungan isoflavone.

Fakta 6

ESP dihasilkan dari kacang soya Non GMO. Maksudnya, kacang soya untuk penghasilan ESP adalah tidak diubah secara genetik.


Fakta 7

ESP diproses pada kadar suhu renda bagi menjaga kualiti protein kacang soya





Jadi, anda masih lagi ragu-ragu dengan ESP Shaklee? Masih lagi tidak percaya kenapa ramai #shakleelovers yang memberi respond positif terhadap serbuk soya Shaklee ini.

Fakta ini lah yang menyumbang kepada respond positif daripada pengguna ESP Shaklee selama ini. Asbab untuk kesihatan dan kecantikan dalaman.

Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, 13 August 2017

Sulaman Comel Merdeka Contest

Give away lagi..
Yang ni Give away kedua cekyat join. Kalau ada rezeki, ada laa kan. Hadiah pun best juga tau.

Hadiah yang bakal di berikan adalah Tuala Sulaman Pakej Family untuk 3 ORANG BLOGGER yang bertuah! Set Pakej Family ni best tau sebabnya terdapat 3 helai tuala.

  • 1 helai tuala Mommy
  • 1 helai tuala Daddy
  • 1 helai tuala Si Comel

Contest ni akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 01 OGOS - 31 OGOS 2017.

Tujuan utama cekyat join GA ni bukan apa, just nak tambah kenalan di kalangan blogger sahaja.

Bertambah laa kawan cekyat nanti.

Jom kawan-kawan yang baca entry GA ni, kalau nak join KLIK je banner kat bawah tu ye.

https://sulamancomelkaknoor.blogspot.my/2017/07/sulaman-comel-merdeka-contest.html
Continue Reading

Wednesday, 9 August 2017

Jerawat Hilang Dengan Vitamin C Shaklee

Dua hari lepas semasa sedang memasak untuk makan malam, tiba-tiba dapat Whats App daripada seorang 'downline' berkongsi kegembiraan perubahan kakak beliau.


Cekyat masih ingat, 31 Mei lepas beliau ada order Vitamin C Shaklee untuk membantu masalah kakak kesayangan yang menghadapi masalah kulit berjerawat.

Mulanya beliau bertanyakan tentang Set Kecantikan Kulit Shaklee, tapi memandangkan ada kekangan bajet cekyat sarankan cuba Vitamin C Shaklee dulu sebagai permulaan.

Dan, Alhamdulillah setelah hampir dua bulan mengamil Vitamin C Shaklee dengan konsisten jerawat merah-merah sudah tiada. Yang masih tinggal adalah parut sahaja. Dan in sha Allah, sekiranya konsisten bersama Vitamin C Shaklee parut itu akan pudar sedikit demi sedikit.


In sha Allah, dengan izin DIA. Vitamin C Shaklee cuma asbab sahaja.

Lagi best kan, bulan ini ada tawaran hebat berkait dengan Vitamin C Shaklee tau. Cekyat ada berkongsi tawaran hebat itu di SINI. Dah konsisten vitamin C tu nanti, in sha Allah cun macam akak testimoni cekyat ni. merawat masalah jerawat anda semua.

Kalau anda seorang jelitawan yang ingin cantik dari dalam dengan selamat macam cekyat dan ingin mencuba supplemen Shaklee serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, 8 August 2017

Planner Giveaway by Eeca Shyaa

Giveaway pertama cekyat di tahun 2017. Tak salah mencuba kan? Niat asal bukan untuk jadi pemenang tapi cuma untuk manambah kawab blogger.

Tapi kalau dapat planner tu pun best juga kan? Kenang kenangan dari blogger Eeca.. hehe.. Apa-apa pun, bergantung kepada rezeki Allah S.W.T nak bagi.

Bagaimana nak dapatkan planner giveaway by Eeca Shayaa tu?





Tengok syarat-syarat ni ye. Mudah je :-

1. Follow blog Eeca Shyaa.
2. Follow Instagram Eeca Shyaa.
3. Follow Facebook page Xechalogy.
4. Komen mana-mana dua entri yang ada dalam blog ini.
5. Copy banner dan buat satu entri bertajuk "Planner Giveaway by Eeca Shyaa". (please backlink)
6. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen disini.

Semua syarat wajib dibuat. Mudah je kan? Tak buat pening kepala pun. Hehe. 
Giveaway ini akan berlangsung dari 05/08/2017 hingga 31/08/2017. 
Pemenang hanya seorang sahaja dan akan dipilih melalui Random.org. Result akan diumum pada minggu pertama bulan September jika tidak ada apa-apa halangan. Giveaway ini hanya valid untuk yang tinggal di Malaysia sahaja
***************
So, anda yang baca entry cekyat ni boleh laa ke blog Eeca Shyaa untuk join GA ni ye..
Wish me luck :-) 
Continue Reading

Monday, 7 August 2017

Tips Mudahkan Proses Bersalin

Minggu ini merupakan minggu ke 37 kandunan cekyat. In Sha Allah, jika seperti abang-abangnya, baby akan keluar pada minggu ke 40 seperti jangkaan EDD. Cuma mungkin tarikh tak sama.

Its OK laa kan, daripada overdue. Cekyat OK juga sehingga ke hari ini. Cuma terlebih penat itu biasa la kan sebab sudah lebih 36 minggu.

Sambil-sambil menanti kelahiran baby, cekyat cuba tambah ilmu dengan tips mudahkan proses bersalin. Setiap ibu pasti ingin melalui proses kelahiran yang normal kan melainkan sekiranya ada komplikasi yang tidak dapat dielakan.

jadi, entry kali ini cekyat nak berkongsi dengan ibu-ibu berkenaan tips mudahkan proses bersalin. In Sha Allah, semoga semuanya dipermudahkan untuk ibu-ibu dan juga cekyat dalam proses kelahiran khalifah Allah ini. Ameen.


Tips Mudahkan Proses Bersalin


Tips #1: Urutan Perineum

Urutan dilakukan adalah untuk memudah proses kelahiran. Ia juga untuk mengelakkan risiko koyak dengan banyak ketika dalam proses meneran. Urutan boleh dilakukan ketika kandungan dalam 34 minggu sehingga waktu nak bersalin. 

Urutan ini dimulakan dari bahagian dubur dan fajar dengan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Jangan guna minyak sembarangan. Sebelum melakukan urutan dapatkan juga nasihat dari pakar. 

Cara-cara urutan perineum:
  •  pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan denagn sabun dan bilas hingga bersih.
  •  gunakan minyak kelapa dara (VCO) @ minyak zaitun.
  •  letakkan beberapa titis minyak VCO @ zaitun di atas ibu jari.
  •  duduk dalam keadaan mencangkung @ posisi yang selesa.
  •  masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.
  •  tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
  • lakukan setiap hari @ boleh juga selang sehari, insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

Tips #2: Senaman 


Kalau ikutkan hati, memang rasa malas nak buat senaman, apatah lagi ketika sudah sarat kan? Tapi senaman adalah salah satu tips memudahkan untuk bersalin. Senaman yang dilakukan adalah untuk menjadikan otot vagina lebih anjal dan fleksibel ketika bersalin nanti. 

Kalau agak malas untuk bersenam, ibu cubalah salah satu exercise yang cekyat kongsikan diatas. Paling mudah adalah "tailor sitting". Sambil tengok televisyen pun boleh buat kan? Dan yang paling mudah adalah senaman dengan kerap berjalan dari banyak duduk dihujung trimester terakhir.


Tips #3: Pernafasan

Teknik pernafasan yang betul adalah sangat-sangat penting sewaktu nak bersalin. Sewaktu kehamilan ibu-ibu digalakkan pelajari teknik pernafasan yang betul supaya membantu ketika proses nak meneran dan menahan sakit. 
Teknik pernafasan selalunya diajar didalam kelas artenatal yang sebaiknya dihadiri oleh suami dan isteri. Cekyat tidak pernah pergi kelas artenatal tapi hasil perkongsian BLOG ini, cekyat dapat sedikit ilmu berkaitan teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi proses bersalin.
  •  BERNAFAS PERLAHAN-LAHAN
Sekiranya ibu sudah merasai rasa kesakitan ingin bersalin, ibu digalakkan bernafas secara perlahan-lahan. Jangan panik! Untuk mengelak juga risiko panik, pastikan semua barang untuk dibawa ke hospital telah disediakan. Panik ibu akan bertambah sekiranya ketika itu juga baru ibu nak berkemas.

Pastikan ibu menarik nafas menggunakan hidung dan bukannya mulut. Tutup mulut anda ketika menarik nafas. Tarik nafas secara perlahan-lahan. Cuba buat kiraan sendiri. Sekiranya menarik nafas dengan kiraan lima, pastikan ibu menghembus nafas lebih perlahan dari tersebut. Mungkin dengan kiraan 8-10, baru selesai menghembus nafas. Hembus nafas pula melalui mulut.

  • PANTING KEPADA BERNAFAS BIASA
Sekiranya sakit bersalin atau kontraksi semakin kuat (masa ini mesti terfikir, taubat dah tak nak bersalin), hembus nafas dahulu sebelum menarik nafas kembali.

Semakin kuat kontraksi tersebut, ibu boleh menukar teknik pernafasan kepada tercungap-cungap. Ini yang aksi kita selalu tontot dalam drama. Dengan muncung mulut, ibu akan bernafas secara tercungap-cungap atau istilah lain panting. Nafas akan keluar dengan fuh, fuh, fuh. Cuba buat.

Apabila kontraksi hilang, boleh bernafas seperti biasa.

  • PANTING KEPADA HEMBUS
Lazimnya ketika ini, kontraksi semakin kuat namun pangkal rahim belum terbuka sepenuhnya.

Jangan meneran dulu sehingga diberitahu oleh doktor.

Lakukan teknik pernafasan panting-panting-hembus.

  • PERNAFASAN LAMAZE
Sekiranya ada menonton cerita ibu di negara orang putih bersalin, mereka akan bernafas sambil menyebut hee-hee-hoo. 

Tips #4: Pastikan Tidur Dan Rehat Yang Cukup

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, sila dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Biasanya sukar untuk tidur kerana tak selesa dengan kandungan yang semakin membesar betul tak? Mengiring ke kanan tak kena, ke kiri tak kena. 
Tapi tak apa, itu hanya sementara sahaja. Kekalkan fokus ibu-ibu. Amalkan tidur awal dengan posisi tidur dengan baring mengiring samada ke kiri atau ke kanan. Mengikut keselesaan ibu.

Tips #5: Keadaan Selesa Dan Tenang

Pastikan emosi dan mental dalam keadaan yang tenang, jangan tergopoh gapah. Jangan bergaduh manja dengan en.suami dan jangan terlalu emosi dengan anak-anak kecil yang lain. Anggaplah keletah anak anak kecil itu sebagai terapi untuk ibu.
Dah masuk wad nanti, pasti ibu akan rindu dengan keletah dan gaya serta mulut petah anak-anak itu. Keep calm okayy. Jika emosi dan mental dalam keadaan tenang dapat mengelakkan dari mendapat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. 

Tips #6: Teman Memberi Semangat

Dah semestinya isteri nak suami yang ada bersama-sama ketika proses nak bersalin, sebagai pemberi semangat. Tapi kalau suami pun takut darah, ada baiknya jangan jadi peneman. Kalau dia pengsan lagi susahkan doktor pula.. 

Tips #7: Banyakkan Berjalan

Ibu yang menunggu masa nak bersalin dinasihatkan untuk banyakkan berjalan dan kurangkan hanya baring saja dikatil. Ini kerana untuk memastikan bayi “turun” pada saluran peranakan dan ini lagi memudahkan proses nak bersalin. 

Tips #8: Posisi Baring

Dengan posisi baring mengiring ke kiri adalah membantu untuk bukaan serviks. Berbanding daripada baring telentang kerana ia memberi tekanan pada bayi untuk keluar. 
Amalkan sekerap yang mungkin terutamanya ketika waktu tidur.

Tips #9: Makanan Yang Memberi Tenaga

Pastikan dihujung kehamilan dapatkan makan secukupnya. Jika kurang selera dinasihatkan ambillah beberapa biji kurma sebagai pemberi tenaga nanti. Mengambil kurma ketika hampir nak bersalin adalah salah satu tips mudah bersalin normal yang ramai ibu-ibu amalkan.
Paling mudah, ambil makanan yang berasaskan protein untuk membekalkan tenaga kepada ibu-ibu. Macam cekyat, semasa kelahiran Darwish tahun 2014 cekyat sempat bancuh ESP Shaklee sebelum turun ke hospital. 
Makanan tambahan sebagai melengkapkan nutrisi cekyat sepanjang kehamilan dan tetap diamalkan sehingga proses bersalin ialah Set Prenatal Shaklee

Antara lain yang boleh diamalkan sebagai tips mudahkan proses bersalin adalah seperti dibawah.
 
Cekyat harap, perkongsian cekyat ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu atau bakal ibu.

Kalau anda seorang ibu hamil yang macam cekyat, sedang dalam proses menunggu hari tetapi ingin cuba berpantang bersama Healthy Postnatal Set (Set Pantang Shaklee) serta perlukan konsultasi sebelum mendapatkannya, jangan segan-segan hubungi cekyat ye.

Cekyat Shaklee
019.397.9157
Pengedar Shaklee Berdaftar Sejak 2012
COD Kapar & Klang & Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading