Saturday, 14 November 2015

Kursus Turapan Jalan Day 1

Assalamualaikum... selamat berhujung minggu semua.

Minggu ni kat tiada hujung minggu. Sedihhh tau. Hehe. Demi tuntutan kerja hakiki, segala masa bersama keluarga yat korbankan. Tapi, bukan selalu pun kan? Hari ni je..

Hari ni, yat dan dua orang ofismate lagi menghadiri kursus turapan jalan yang mana telah diwajibkan kepada semua staf JKR oleh Dato' Pengarah JKR Selangor. So, nak tak nak..suka tak suka.. memang WAJIB la kami pergi bila nama dah naik kan? Hehe

Yat suka kerja yat sekarang (memang dari kecik lagi nak jadi Ingenurs kan!!), so yat suka bila kena pergi kursus yang melibatkan penambahan ilmu dalam bidang kerja. Best hokayyy!

Kursus turapan jalan yang yat pergi ni lebih kepada macamana nak memantapkan lagi cara kerja dan menjaga kualiti jalan-jalan di Malaysia ni.

Seronok tau. Kita akan lebih mengenali jalan-jalan dan mengetahui apa punca masalah kerosakan jalan. Kenapa? Mengapa? Semua tu pasti akan terjawab kalau kita penuhkan ilmu di dada dengan ilmu turapan ni.

Okehhh..tak mau cerita dulu pasal tu. Dah habis kursus baru yat kongsi ye.

Hari ni bangun macam hari bekerja biasa laa. Sikecik ni, macam tahu je mama tak cuti hari ni so dia pun melekat je. Hihi

Bangun pagi masak breakfast, bihun goreng dan masak nasi dengan sayur lemak bayam untuk Awish, Abang Dasuki dan sepupu @ penjaga diorang hari ni.

Jom layan gambar je laa ye..Panjang pula kalau nak tulis dari pagi sampai petang. Haha (padahal mood ke laut sebab penat..hihi)


Awal pagi dah keluar. Semangat punya pasal. haha


Makan bihun goreng pun dalam kereta. Satu mangkuk dua orang. Romantik laa sangat. hihi   


My milk booster & energy booster


Tekun tak????  


Pembukaan @ warm up dari Pengarah JKR Selangor, Dato' Ir. Hamizan B. Inzan

Penceramah kursus, Ir. Hizam. One of my bosses in JKR HQ

Office mate yang kusyuk.. 
Day 1 memang best. Seronok sangat sebab rupanya selama ni banyak tindakan yang dibuat hanyalah berdasarkan amalan turun temurun. Tak sesuai langsung dengan spesifikasi tau.

Tak pe..esok sambung tambah ilmu lagi. hehe

Nak rehat dulu. Nak zzz awal. haha


Continue Reading

Friday, 13 November 2015

Peluang Jana Pendapatan Paling Mudah

Assalamualaikum semua..

Entry ni khusus untuk anda yang sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan sebagai 'side income' keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berdaftar sebagai Keluarga Shaklee.

Sangat mudah.


Kenapa??

1) Anda sudah berdaftar dan sebelah kaki sudah berada dalam dunia perniagaan suplemen. Cuma perlu mulakan sahaja.

2) Anda adalah testimoni kerana anda sendiri pengguna produk Shaklee. Lagi mudah untuk berkongsi dengan yang lain.

3) "Pejabat" anda hanyalah telefon pintar sahaja. Kerana hanya dengan telefon sahaja anda boleh berhubung dengan pelanggan dan rakan niaga anda. Pergi kelas bisnes pun dalam talian je tau.

4) Tidak perlu simpan stok. Tidak perlu ke pejabat pos untuk membuat penghantaran. Semua ni Shaklee akan uruskan. Anda cuma perlu klik..klik..and klik maklumat pembelian dengan terperinci. Then...taraaaa..Shaklee hantar terus ke depan pintu ye...

5) Based bisnes ini lebih kepada ONLINE. Jadi, siapa pun anda..suri rumah, pelajar universiti, pekerja swasta / kerajaan, anda layak untuk rebut peluang ini. Bisnes Shaklee adalah untuk semua. Suami & isteri. Kakak & adik.
Material untuk mulakan bisnes bila dah berdaftar sebagai ahli.
6) Produk yang telah dikenali dan telah lama didunia dan menjadi pilihan setiap rakyat Malaysia. NO worries hokayyy! ☺

So, jangan risau ye kawan-kawan. Bisnes Shaklee bisnes yang modalnya kecil tapi hasilnya besar. Dan yang paling best, bisnes sepanjang zaman. Hehe

Jom mula sekarang. Boleh topup "kebocoran" sana sini bajet bulanan kan? Hehe..

Jangan lupa hubumhi yat ye!!

9
Continue Reading

Wednesday, 11 November 2015

Kek Coklat Karamel Kukus Yang Simple dan Mudah

Yeayyyy!!!

Super duper excited sebenarnya bila pertama kali yat buat resepi ni terus menjadi. Dan yang paling best bila anak bujang kesayangan suka sangat makan kek ni.


Ya Allah..nikmat sungguh perasaan tu bila tengok dia dok punggah kek coklat karamel tu dari dalam peti ais.

Sedap bila makan sejuk-sejuk.

Dah lama nak buat, tapi asyik tertangguh je. Lagi satu risau takut tak menjadi dan tak sedap. hehe

Tak sangka pula, first time buat terus menjadi. Terima kasih tuan resepi ni. :-)
Credit for her hokayyyy..

Jom kongsi resepi :-)


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful


BAHAN KARAMEL
STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
Masa ni sila jangan dikacau dengan anak-anak ye. Haha.. Nanti gulanya terlebih hangus dan akan ada rasa pahit manis karamel tu nanti. Yat dah terkena. Sambil meng'karamel' gula, sambil pujuk Darwsh menangis nak susu. haha
Sudahnya, pahit manis laa jadinya karamel tu. Tapi sedap tau rasa macamtu. :-)


STEP 3:
Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )


STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.


STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.


Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend (yat blend je, lagi senang dan cepat)


CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Yat masukkan dalam bekas lain. Mula-mula letak bahan A, then Bahan B. Gaul-gaulkan dan masukkan Bahan C. Gaul lagi bagi sebati. Ulang-ulang la sehingga bahan A,B, C tu habis ye.

Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!

Sedap weeeeiii... Tak caya, cuba laa buat. So simpleee okayyy!! (^____*)






Continue Reading

Tuesday, 10 November 2015

Petua Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum mommies jelitawan...
 
Hari ni yat nak kongsi tentang tips / petua untuk memperbanyakkan susu ibu secara alami. Tips ni yat terima melalui email daripada Mother First Choice (kredit untuk beliau), jadi yat nak kongsi dengan anda pula.

Sebelum ni, yat pernah 'up' entry berkaitan petua banyaakan susu ibu di SINI.
 
Air susu ibu yang banyak mesti menjadi keinginan semua ibu yang mempunyai bayi. Jadi inilah cara banyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

1) Daun bunga melur dan daun pucuk manis

  • Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
2) Kacang tanah
  • Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
3) Longan kering
  • Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
4) Daun Sirih
  • Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
5) Halba dan jintan hitam
  • Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
6) Susu
  • Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
7) Lobak putih
  • Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
8) Nasi panas, halia muda dan air asam
  • Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
9) Daun betik muda
  • Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.
Tapi tak semua petua kat atas ni serasi dengan badan ibu-ibu, jadi perlu 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika anda hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tanpa amalkan konsep 'supply dan demand' sepenuhmya, maka air susu tak akan memancut-mancut keluar dengan meriahnya.

Ingat ye...

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat, jika anda 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. 
 
Dan jika ibu-ibu rasa 'renyah' nk amalkan tips alami tu, boleh cuba ambil suplemen yang mudah. Yang terbukti berkesan, selamat dan juga mesra alam. Yat sendiri telah alami kesannya dengan Set Menyusu Shaklee.
 
Alhamdulillah, Darwish dah berumur 1 tahun 1bulan dan yat masih dapat 8-10 oz setiap sesi mengepam.
 
Ibu-ibu juga boleh. Yang penting, apply konsep 'DEMAND vs SUPPLY' dan 'POWER PUMPING'
Continue Reading

Monday, 9 November 2015

Vitamin C Shaklee Murah dan Jimat

Assalamualaikum..

Sini yat nak kongsi dengan anda semua ni. Tak nak laa simpan sorang-sorang kan kalau bab jimat dan murah ni. Kena share..lagi-lagi kalau kita ni sama-sama mengamalkan Shaklee.

Apa yang jimat dengan Vitamin C ni? Apa yang murah??

Credit BLOG ini

1) Harga Berpatutan dan Berbaloi.

1 Botol RM92.50 - Non Members

1 Botol RM78.44 - Members

Yang tak berdaftar sebagai 'Members' jangan la pula nak minta harga RM78.44 tu ye. Kalau nak juga, boleh segera 'sign up' dengan yat. Klik SINI untuk lebih lanjut.


2) Kuantiti yang Banyak

1 botol Vitamin C Shaklee mengandungi 180biji tablet. Banyak tuuuuu!!!


3) Tahan Lama

1 botol yang mengandungi 180 biji tablet akan tahan sehingga 180 hari. Kalau kita katakan 1 bulan (30 hari), sudah pasti 1 botol akan tahan sehingga 180 hari ataupun 6 bulan. Ini yat ambilkira anda hanya amalkan 1 biji setiap hari.

If ambil lebih dari 1 biji, maka singkatlah masanya kan??

Lama kan?? Paling tak pun, kita dah boleh menabung untuk beli 1 botol yang baru dalam tempoh 6 bulan tu. hehe


4) Hanya RM0.50 sebiji

Harga 1 botol adalah RM92.50. Harga sebiji yang anda belanjakan untuk kulit cantik dan kesihatan menyeluruh cuma RM0.50 sahaja sehari.

Ini kalau anda tidak berdaftar?? Jika anda berdaftar dan ahli Shaklee seumur hidup, harga 1 biji cumalah RM0.44 sahaja. 
 

5) Kesan seawal 1botol jika konsisten
 
Jika anda konsisten dan amakan tanpa 'cilok' anda akan rasai kesannya selepas 1 botol, In Sha Allah, sebab yat dah amalkan begitu. Dan hasilnya memang superbbbb!!
Nak tengok shaklee effect yat?? Klik SINI ye.

Continue Reading

Sunday, 8 November 2015

Jom Konvo Lagi

Inilah yang paling best bila ada anak buah yang lebih kurang ja umurnya.. haha

Walaupun daku sebenarnya tak de laa 'berumur' sangat kan? Baru awal '3 series'. Sempat laa lagi nak join beberapa majlis konvokesyen anak buah kan? :-)

Hari ni kami meraikan budak 'kicik' ni. Tak sangka dah besar rupanya anak buah yat sorang ni. Kecik-kecik dulu kita yang dok mandikan dia..dok bawa dia main petang-petang. Tup tup hari ni, dah masuk majlis graduasi. huhu

How time flies.. ** tearssss!! (cepat nya masa berlalu..means kita ni dah semakin berumur. so, kena cepat-cepat sedor diri)

Graduate dalam kursus "Occupational Safety and Health" daripada Cyberjaya Universiti College of Medical Science (CUCMS), hari ini kami meraikan dalam majlis yang serba sederhana.

Ini penilaian berdasarkan majlis graduasi diri sendiri, suami, dan anak buah yang sulung daripada IPTA. Bagi yat graduasi IPTA lebih meriah dan lebih 'proper' berbanding yang kami attend hari ni. Ini pendapat peribadi ye. :-)
Mungkin para graduannya kerana tak ramai seperti kami. Dan kenapa tak proper?? Kurang mesra 'warga emas' maksud yat. Maklum laaa, kami bawa mak ayah yang dah '6series'. Perlukan tempat duduk yang selesa walaupun diluar dewan.

Okeh, tak mau terlalu meluah pendapat peribadi terhadap majlis orang.. hehe.

Jom layan beberapa gambar suasana majlis graduasi ini.
Continue Reading

Masker Vitamin C Shaklee

Bila harga murah (promosi laa katakan), boleh laa grab lebih botol kan? hehe

Vitamin C Shaklee ni bukan sahaja boleh dimakan untuk masalah kesihatan kulit dan kesihatan keseluruhanya, tetapi boleh juga dibuat masker.

Haa..siapa yang pernah buat?? Jom komen. Kongsi laaa :-)

Yang tak pernah buat, jom yat share cara-caranya ye...

Credit BLOG ini

Jom laa buat. Kalau rajin, boleh buat 2kali seminggu.

Kalau tak rajin macam yat ni, buat laa 1x seminggu. At least, kita buat kan?? hehe 
Nak cantik, kena usaha. Nak kulit cun, kena laa rajin.

Tapi, yang penting kena dapatkan laa dulu masa harag promo ni. Baru boleh buat masker sokmo. :-)



Credit BLOG ini

Bagaimana nak dapatkan??? Boleh terus hubungi yat ye.


Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Friday, 6 November 2015

Tahukah Anda Uniknya Vitamin C Shaklee

Bulan November 2015 sekarang ni promosi Vitamin C Shaklee lai tau. Sungguh rugi jika tak re-stock tika harga murah ni.
 
Anda tahu tak Vitamin C Shaklee ni sangat unik??

Satu tablet Vitamin C yang anda ambik setiap pagi selepas sarapan pagi itu sebenarnya menyamai 7 biji setengah buah oren.

Agaknya laa kan, larat tak perut kita nak menerima 7 biji setengah buah oren setiap pagi?? Paling tak pun, 'cery bery' laa kan? hehe

Vitamin C Shaklee juga dikenali sebagai Sustained Release Vita-C. 
 
Apa itu sustained release?
 
Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. 
 
Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang mengambil Vitamin C Shaklee dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

 
Kandungan Vitamin C Shaklee juga mengandungi  penambahan 120mg Bioflavanoids Kompleks yang membantu dalam penyerapan Vitamin C secara optimum dan mencegah proses oksidasi Vitamin C.

Rugi sangat-sangat tau kalau tidak ambil Vitamin C ni secara konsisten. Kan ada agen penyerapan optimum tu. Konsisten je, pasti hasilnya mengujakan.



 Dah tahu kan 'sebahagian' daripada keunikan Vitamin C  Shaklee. Rugi laa kan kalau tetap tak nak amalkan juga.

Jom tengok apa fungsi Vitamin C ni kepada anda. Apa kesannya kalau anda konsisten?!



Nak kulit halus mulus macam ni??? Meh laa amalkan Vitamin C Shaklee. Makan oren 7biji setengah sehari kalau masih tak nak cuba Vitamin C Shaklee tetapi nak kulit mulus macam ni.


Jom try and place order today!!

Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com



Continue Reading

Wednesday, 4 November 2015

Little D Demam

Semalam mama pengasuh Whats App di hujung-hujung waktu pejabat.

"Yat, badan Awish panas sangat ni"
Allah..memang dari pagi lagi badan dia dah dedar, tapi yat tetap hantar rumah pengasuh sebab cuti tahunan berbaki sehari je lagi..

Elok kemas-kemas nak balik, JD (jurutera daerah) Whats App nk jumpa untuk perbincangan program audit ujian ketebalan turapan jalan yang akan diadakan hari ni.

Sudahnya, muka 😒😞 bila perbincangan lambat habis. Sebab fikiran dah ingat kat si kecik je.

6pm habis perbincangan, terus bergegas kerumah pengasuh. Sampai je sana, Awish terus terkam.

"Ma..ma..ma.." sambil cium mama. Lepas rindu kat anak kecil.. ☺

Driving sambil berzikir untuk dia sepanjang balik kerumah. Lelap juga dia sepanjang jalan. Mungkin badan tak selesa sangat.

Dan hari ni, mama terpaksa pakai baki cuti sehari tu demi anak syurga.

Menjaga dia di rumah sendiri adalah lebih puas hati daripada serahkan dia kepada pengasuh disaat dia demam. Tak kisah lah satu hari ni, yat kena dokong dia sambil masak, menangis sepanjang masa, merengek tak kena tempat. Redha je la sebab Allah uji sikit je ni. Sepanjang dia "datang" dah 13bulan, ini kali kedua dia demam panas camni.

Mama doakan kamu cepat sihat sayang. Cepat baik.. abang Dasuki dah tak sabar nak main lari-lari dengan adik.

Get well soon SON πŸ‘ΆπŸ‘¦
Continue Reading

Tuesday, 3 November 2015

PROMO Shaklee November 2015

Bulan lepas Shaklee dah bagi promo untuk item Set Cantik Kulit, Vitamin E Complex dan juga GLA Complex. Laju semua orang order kan?

Bulan November ni pula, lagi satu hot item Shaklee jadikan sebagai item promosi iaitu Vitamin C Sustained Release dan Vitalea for Kids.

BELI 6 PERCUMA 1 ATAU DISKAUN 5% DENGAN PEMBELIAN 2 BOTOL

Beli 1 botol RM92.50
Beli 2 botol, RM175.75 --->> Penjimatan 5%
BELI 3 PERCUMA 1


1 botol RM111.00
Beli 3 botol, RM83.25 --->> BELI 3 PERCUMA 1
Nak lagi harga murah, harga jimat. Jadilah Ahli seumur hidup shaklee dengan KLIK SINI
Anda kurang jelas?? Hubungi yat, 019-397 9157 untuk sebarang pertanyaan. yat sedia berkhidmat untuk anda. 
Continue Reading

Giveaway by mamaD: Tahniah pemenang

Assalamualaikum semua

Seperti yang di janjikan, hari ni yat nak umumkan pemenang Giveaway by mamaD. Minta maaf ye delay satu hari.. hehe

Pertama sekali, yat nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi join giveaway pertama blog ni. Walaupun tak ramai, tapi yat bersyukur sebab masih ada sambutan.

Blogger yang baru macam yat ni dah cukup teruja tau.

Okeh.. jom kita pilih who is number 1? walaupun yang pastinya, ketiga-tiga nya pasti sudah menjadi pemenang.

Pemenangnya adalah:-




 
So, yat minta nama-nama di atas tinggalkan alamat di ruangan komen ye..untuk yat poskan 'wide shawl' kepada anda yang bertuah.

Terima kasih kawa-kawan.
Continue Reading