Tuesday, 27 October 2015

EBM Darwish MENCAIR

Lama tak meluahkan rasa kat sini dek kerana kekangan kerja hakiki.

Hari ni sedih sangat. Bangun subuh hari, check deep freezer seperti biasa.

Allahuakhbar..luruh jantung..sedih sangat.

4 drawer deep freezer yang yat simpan susu Darwish, habisss!! EBM manja yat semuanya cair.

Apa yang anda nak buat kalau anda jadi yat??? Terduduk.... Call suami yang bekerja shift malam, mengadu dengan air mata.

Lama yat usaha simpan EBM hanya untuk lengkapkan 2tahun penyusuan Darwish hanya dengan susu ibu. Tapi yat tetap bersemangat. Walaupun hancur luluh tangok setiap 'plastic storage' yang mengandungi 8oz EBM tu semuanya cair.

Dalam pada bersedih, yat berfikir yang yat kena pasrah. "Allah tak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan." Dan ujian ini hanyalah sedikit sahaja.

Jadi, yat fikir disebalik EBM ini mencair pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi. Mesti ada janji Allah yang terindah.

Terima kasih Allah di atas sedikit 'jentikan' ini. In Sha Allah, hambaMu ini pasti akan lebih menghargai 'rezeki' yang Engkau berikan ini. Ameen.

**Nota - tak sempat nak snap picture dek kerana terlalu sedih.
Continue Reading

Saturday, 10 October 2015

Tips turunkan kolestrol

Hai semua..

Hari ni yat masak menu yang low kolestrol sangat-sanagt. Harap-harap la :-)

Cuma satu sudu setengah minyak masak je. hehe

Untuk lunch hari ni yat masak ikan siakap kukus halia. Tak sempat nak snap picture tau sebab perut dah tak sabar nak masuk makanan. Maklum la malam tadi tak ambil makanan berat. Cuma 1 tumbler ESP Milo sejuk je.

Kurus laa mama nanti..haha

Meh sini nak share resepi sikit. Simple je cara masaknya. Yat ambil resepi ni dari blog sifu masakan ni, Azie Kitchen. Tapi ada resepi yang yat 'derhaka' sikit. Bukan apa, xdok dalam gerobok mak nak oiii..hihi

IKAN SIAKAP STEAM HALIA (Chinese Style)

Bahan-bahan:-

1. Sekor ikan siakap (RM10.00 yat beli hari ni. Kat kedai jawa kat bawah blok)

2. Halia

3. 3 ulas bawang putih (suami yat suka makan bawang putih, so yat lebihkan sikit)

4. Daun bawang (3 tangkai. rembat je masa g beli barang tadi)

5. Daun ketumbar (1 tangkai yang dah kedai tu siap ikat)

6. Satu sudu setengah minyak masak.


Bahan Sos:-

5 sudu besar kicap (yat guna kicap cap kipas udang. Kicap cair xdok dalam gerobok..hehe)

Setengah kiub stok ayam knorr

1 sudu sos tiram (xdok juga sos ikan dalam simpanan)

Sedikit lada hitam

Garam secukup rasa.




Cara membuatnya.

Panaskan kukusan.

Bersihkan ikan sebersih-bersihnya dan kelar. Tumbuk garam halus dengan lada hitam dan lumur ke seluruh ikan, luar dan dalam. Biarkan sebentar, kasi garam meresap kedalam isi ikan.

Sambil-sambil tu, boleh hiris halia, bawang putih, daun bawang dan ketumbar.

Sediakan sos dengan campur ke semua bahan-bahan sos kedalam satu mangkuk dan kacau rata.

Bila air dah mendidih dan kukusan dah sedia, masukan ikan yang dah dilumur tadi bersama halia dan bawang putih yang dah dihiris. Kukus selama 8 - 10 minit.

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas dan curahkan keatas ikan didalam kukusan. Tutup penutup kukusan seketikan.

Setelah ikan masak, curahkan sos tadi bersama daun bawang dan daun ketumbar dan biarkan seketika. Kemudian, tutup api.

SIAP!!! Sekejap je.... :-)

Sangat sesuai untuk yang sedang berdiet macam yat. Jom laa cuba. Guna apa je yang ada di dapur. Rasa pun sedap hokayyyy :-)





Continue Reading

Selamat hari lahir Darwish

Hai semua..

Hari ni setahun yang lepas, lahir lagi seorang khalifah kecil dalam keluarga kecil kami.

Nama di beri Muhammad Darwish Hakeem. Lahir dengan berat 3.63 kg pada jam6.15 pagi. Alhamdulillah. ☺

Nikmat kesakitan yang Allah bagi cuma sekejap saja dan yat anggap itu juga adalah rezeki Allah pada kami. Maklumlaa.. bersalin jauh daripada keluarga.

Hanya suami seorang saja yang ada.

Apa-apa pun, yat dan suami bersyukur bila segalanya dipermudahkan Allah.

HAPPY BORN DAY DARWISH HAKEEM.

Mama doakan "adik" jadi seoarang hamba ALLAh yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Menjadi anak yang soleh kepada mama dan papa. Adik yang baik kepada abang Dasuki dan abg yang baik juga kepada adik-adik. Dan menjadi seorang sahabat baik kepada semua adik beradik.

Ameen. Terima kasih Allah atas kurniaan yang sangat berharga ini.
Continue Reading

Friday, 9 October 2015

Testimoni ~ Kolestrol dan Omega Guard

Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?

Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.

Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

In sha Allah, yat akan buat entry khusus untuk 'kolestrol' ni ye. Sini yat nak kongsi testimoni bagaimana makanan tambahan, minyak ikan dapat membantu individu yang menghadapi masalah kolestrol tinggi.

Jom baca testimoni yang dah terbukti dengan mereka ini.





Continue Reading

Ohh My Kolestrol


Assalamualaikum..

Hari ni sedikit bizi dengan Proram Hari Bertemu Pelanggan di Daerah Klang. Super duper bizi tau. 8.30pagi dah kena sampai ke lokasi. Nasib baik semua part yang yat commit dah selesai sehari sebelum. :-)

Macam-macam booth yang ada tau, tapi entry ni yat nk cerita tentang result kolestro yat je. Sedih tau..,.. :'(

Entry khas pasal hari bertemu pelanggan ni yat akan update kemudian.

Hari ni saje-saje pergi buat body check-up termasuk berat badan, ketinggian, BMI, paras gula dan kolestrol dalam badan. Check for free kan, why not kita buat je.

Alhamdulillah, BMI masih paras normal dengan berat 60kg dan tinggi 169cm. BMI dapat 23. Normal laa kn?? :-)

Bila check tekanan darah, alhamdulillah. Sister tu kata cantik. Bacaan pada paras normal 113/69. Masih lagi mood 'suka' laa kan.hehe



Bila pergi ke kaunter "Gula & Kolestrol" terus tak de rasa 'suka' tu. Bacaan gula pun cun lagi dengan 5.8mmol/L, tapi bila check untuk bacaan kolestrol terus 'down'. Sister cakap yat perlu berjaga-jaga dengan bacaan ni, 6.30 mmol/L.

Huaaaa..sedih tau..:-)

Bacaan yang yat ambil tu adalah selepas makan pagi.

Nak tahu tak bacaan kolestrol yang sebenarnya untuk seseorang itu?? Meh sini yat share:-


Memang tak tahu pun bacaan kolestrol & gula dalam darah yat macam tu. Kena diet laa nampak gayanya. Jaga pemakanan dan cara makan. Dan wajib ON semula supplement Shaklee especially Omega Guard dan Phytocol secara konsisten.

Nasib baik bulan Oktober ni ada promosi Omega Guard. Wajib beli ni.. :-)

Lebih baik berjaga-jaga dan mencegah sebelum parah.
Continue Reading

Wednesday, 7 October 2015

Kelebihan membaca Surah Yaasin di waktu pagi

Terasa nak kongsi entry islamic sikit. Just untuk perkongsian sesama kita :-)

Siapa pernah amalkan membaca surah Yaasin di setiap awal pagi? Alhamdulillah, yat mendapat 'petunjuk' dari DIA untuk mengamalkan 'jantung Al-Quran' ini. Dan sejak istiqamah melaksanakan dengan ikhlas, yat merasai perubahan dalam rutin harian.

 
Yang paling yat dapat rasa ialah Allah permudahkan urusan perjalanan yat ke tempat kerja, walaupun dah lewat keluar rumah. Alhamdulillah, masih sempat sampai pejabat walaupun dah lambat sangat keluar.

Contoh la kan, jarak rumah ke pejabat ambil masa dalam 30minit dengan tujuh lampu isyarat dengan syarat, yat jumpa semua lampu isyarat tu bewarna hijau laa.. hehe

Tapi, walaupun lambat keluar rumah, yat masih boleh sampai pejabat dalam tempoh waktu yang sepatutnya. Allah permudahkan yat dengan lampu hijau sahaja. Kalaupun lampu isyarat merah, yat hanya perlu tunggu beberapa saat sahaja.
 
Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan." – Hadith Riwayat Darimi
 
Yat ingin kongsikan antara kelebihan baca yasin yang dapat daripada sumber rujukan lain:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu :-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .

5. Jika terpenjara akan dibebaskan .

6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya .

9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.  
 








Pernah juga yat 'kesempitan kewangan' semasa nak balik kampung, tapi Allah kirimkan reseki melalui seoraang hambaNya dengan sedikit kewangan yang mampu menampung perbelanjaan kami sepanjang pergi dan balik.
 
Rezeki itu juga dapat berkongsi dengan adik beradik yang memerlukan. Terima kasih Allah.
 
Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.
 
PERCAYA LAH!!!!
Continue Reading

Monday, 5 October 2015

Vitamin E juga untuk lelaki

Kecoh sudahhh sejak Shaklee buat clearance sale Vitamin E ni. Ramai yang tanya, suami saya boleh ke ambil? hehe

Kepada lelaki-lelaki ini, jawapannya ialah YA, ANDA BOLEH AMBIL VITAMIN E Shaklee :-)

Satu kajian telah dilakukan pada tahun 1922 menunjukkan bahawa tikus yang diberi diet TANPA Vitamin E menjadi tidak subur dan tidak dapat membiak. Namun, sebaik sahaja mereka telah diberikan minyak gandum (kaya dengan vitamin E) sebagai sebahagian daripada diet mereka, masalah kesuburan tikus tersebut dapat dipulihkan.

Hari ini, kajian menunjukkan vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.

Satu kajian telah dijalankan di sebuah ‘Infertlity Centre’ di Iran oleh Mohammad K Moslemi dan juga kajian oleh Samaneh Tavanbakhsh dari Jabatan Urologi, Fakulti Perubatan di Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran yang pada tahun 2011 melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. 
Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki. 


Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.
Kredit SINI
Vitamin E Shaklee mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

kredit

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
  • 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
  • Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

Jangan lupa hubungi yat ye jika nak cuba Vitamin E ini pada harga CLEARANCE SALE :-)

Continue Reading

Clearance Sale Shaklee

Sape tak suka clearance sale??? Ce komen kat bawah. hehe

yat rasa semua orang suka clearance sale kan. Termasuk laa yat ni.

Siapa yang nak kulit cantik flawless, bulan ni Shaklee buat clearance sale untuk Vitamin E Complex.

Rugi tak dapatkan bulan ni. Kenapa??

Beli pada satu harga iaitu RM157.94 tetapi dapat dua botol. Lebih tepat lagi beli satu, percuma satu la.

Sapa nak bagi kan??

Nak lagi JIMAT lagi, boleh kongsi dengan adik beradik, saudara mara atau dengan SUAMI.



Satu botol mempunyai 120biji Vitamin E yang tahan sehingga 120 hari (4 bulan +-). Dapat 2 botol,dapat tahan sehingga 8 bulan dengan pengunaan 1 biji sehari.

Tapi, expired date ialah JANUARI 2016. So, macamana???

Its OK.. Kongsi la makan dengan suami, dengan adik beradik yang lain. Pada masa yang sama, cuba buat MASKER VITAMIN E. Masker secara konsister memberi kelembapan optimum pada kulit wajah.

Tak percaya?? Cuba lah dulu. :-)

Berminat nak cuba Vitamin E ini? Jangan lupa hubungi yat ye

Continue Reading

Friday, 2 October 2015

Giveaway by mamaD: Darwish is ONE!

Assalamualaikum readers,

Selamat datang Oktober. Bulan Oktober ni bulan istimewa pada yat. Salah satunya adalah bulan yang menggenapkan 17tahun perkenalan dengan en.cinta halal.

Dan yang kedua, bulan kelahiran cahaya mata kedua. 10 Oktober 2015 genap setahun umur khalifah kecil kami, Muhammad Darwish Hakeem.


Fresh from oven. 10.10.2014

Sekejap je rasanya masa berlalu, dah besar dah bujang kedua mama ni. Agaknya, dia nak mengejar masa nak main dengan abang Dasuki kot. hehe


Kena buli dengan mama. Selit bunga kat telinga.hehe

Dan yang paling penting, because of him yat dapat merasa pengalaman 12 bulan menyusu secara ekslusif, tanpa campur dengan susu tepung. Setelah hanya berpeluang menyusu abang Dasuki cuma 2bulan setengah, Allah beri lagi peluang kedua untuk anak kedua.

Ya Allah, sungguh besar dan tidak ternilai nikmat yang KAU berikan kepada hambaMU ini.

Yat bersyukur sangat-sangat. Dan kerana itulah, yat nak buat GIVEAWAY untuk anda sempena ulangtahun pertama Darwish dan juga ulang tahun pertama penyusuan yat :-)


Suka tak?? Suka tak?? Mana tahu, anda akan jadi pemenangnya kan? So, why not anda mencuba dulu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu kan? :-)

Hadiahnya ialah sehelai wide shawl seperti yang yat pakai ni. Wide shawl ni boleh di adjust untuk keselesaan pemakai, tapi part yang paling best ialah labuh sehingga boleh cover Darwish menyusu. Hehe



Tempoh giveaway adalah dari 2 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Pemenang akan diumumkan pada 2 November 2015. In Sha Allah.

Syarat-syaratnya ialah:-

1. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by mamaD: Darwish is ONE!". Dalam entry tersebut, letak banner giveaway di bawah dan link ke entry ini. Jangan lupa tuliskan juga tempoh giveaway berlangsung.


2. Follow blog https://mamadasuki.blogspot.com


3. Bila dah selesai 2 perkara di atas, tinggalkan URL entry anda di kotak komen entry ini :)


DONE!!
Mudah je kan??? hehe

3 pemenang akan dipilih secara random dari random.org

Senarai peserta yat akan update ye di SINI.

Terima kasih yee kerana memeriahkan giveaway pertama yat ni.

Continue Reading

Thursday, 1 October 2015

Promo Oktober 2015: Promosi Kuasa Tiga

Hai semua..

Just short entry. Bulan ini Shaklee beri lagi anda promosi ganda tiga dengan produk-produk yang HOT especially kalau ada yang berangan untuk dapatkan kulit yang flawless dan gebu.

Semua item promosi bulan ini adalah item yang terkenal dengan kecantikan kulit.

Jom layanzzz apa item hebat tu.


Vitamin E Complex merupakan vitamin feveret semua jelitawan kerana terbukti berkesan memberikan kulit yang halus dan lembab jika mengamalkan secara konsisten.

Sini yat nak share tentang kebaikan Vitamin E Complex ini, bukan sahaja kepada isteri/jelitawan, tetapi bagus juga untuk suami/handsome guy.

  • Yang ada masalah kulit kering, Vitamin E membantu membaiki masalah tersebut.
  •  Pernah ada kesan parut, Vitamin E mantu pudarkan kesan parut.
  • Antara vitamin yang disarankan untuk tingkatkan kesuburan suami isteri
  • Untuk kesihatan jantung
  • Membantu tingkatkan reproduktif sperma lelaki
  • Mantu tingkatkan keinginan seksual



GLA (asid gamma linolenik) sering menjadi pilihan wanita untuk membantu mengekalkan kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. GLA ialah asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang berperanan untuk mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh. Selain minyak biji bunga matahari sebagai sumber asid lemak Omega-6, produk ini juga diperkaya dengan vitamin E bagi menyokong dan menguatkan sistem imun serta mengekalkan keutuhan sel.

Ya, GLA Complex banyak membantu masalah berikut:-
  • Pulihkan kitaran haid yang tak menentu
  • Mengandungi Vitamin E yg baik untuk kulit
  • Membantu masalah kesuburan wanita
  • Menghalang pertambahan berat badan
  • Baiki masalah rambut kering & rambut gugur
  • Kurangkan kegatalan pada kulit



Omega Guard merupakan asid lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

Selain itu, antara manfaat lain Omegaguard ialah
  • Mengurangkan paras kolesterol
  • Membakar lemak, untuk turunkan berat badan
  • Kekalkan tekanan darah
  • Kurangkan risiko penyakit jantung
  • Tingkatkan sistem imun
  • Kuatkan paru-paru
  • Mengandungi Omega-3, DHA & EPA yang baik untuk perkembangan otak bayi dan kanak-kanak.

Anda yang berminat untuk mendapatkan item promosi kuasa tiga ini, boleh hubungi yat ye. Sentiasa available 24/7 untuk anda.

Continue Reading

Kenapa susu ibu bewarna kuning selepas ambil B Complex Shaklee?

Assalamualaikum,

Siapa pengguna Set Menyusu Shaklee yang tegar? Anda mesti perasan dan tahu kan tentang perkara yang yat nak kongsi ni.

Yat sendiri mengalami situasi macam ni. Setiap kali pam susu, mesti teruja untuk tengok warna susu samada kekuningan dan pekat ataupun warna cair macam air basuhan beras.

Apa yang yat perasan, tahap kepekatan susu ibu adalah dipengaruhi oleh gaya kehidupan ibu itu sendiri seperti pemakanan. Penjagaan pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat memberi kesan kepada susu ibu dan juga kepada bayi.

Selain itu, faktor cuaca, emosi, persekitaran dan keperluan anak juga turut mempengaruhi. 

Pengalaman yat, pam susu selepas breakfast (heavy breakfast) dan kemudian mengambil Set Menyusu Shaklee memang memberi kesan yang sangat-sangat mengujakan. Pertama sekali, dari segi kuantiti dan keduanya warna susu.

Rutin yat selama 11bulan menjadi ibu menyusu ialah dengan memulakan hari yat dengan 250ml ESP Milo. Kemudian, yat akan mengambil heavy breakfast seperti bihun goreng Singapore atau mee goreng / kari atau nasi kerabu.

Selepas makan, sudah semestinya yat akan ambil 3 serangkai iaitu B Complex, Vitamin C dan Vita-Lea serta Alfafa Complex. Barulah yat akan memulakan sesi pertama mengepam sekitar 9.30-10.00 pagi.

Ketika ini lah susu yang yat pam akan kelihatan warna kekuningan dan pekat.

Kenapa??

Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengambilan B Complex Shaklee. Kalau anda semua nak tahu, susu ibu ini unik dan 'personalized' :-)

Susu ibu yang mengandungi B Complex Shaklee adalah lengkap dengan 8 Vitamin B termasuklah Riboflavin atau lebih dikenali dengan B2 dan agak pekat berbanding dengan mereka yang mengambil Asid Folik sahaja.

Riboflavin merupakan vitamin larut air yang mana akan memberikan kesan warna kekuningan kepada susu ibu dan juga urin. Anda tentu perasan kan?? Jangan risau ye.. Sebab Vitamin B adalah merupakan vitamin larut air.

Ini juga bermakna jika diambil berlebihan ia tidak akan disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan.

Sooo... jangan risau ye ibu-ibu. Ini normal okeyyy!!!

Continue Reading