Wednesday, 23 September 2015

Puasa Arafah

Hai semua... Bersiaran dari dalam kereta :)

Alhamdulillah, hari ini dah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, Kelantan untuk meraikan Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

Hari ini juga, 9 Zulhijah adalah hari kemuncak dalam menunaikan haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melaksanakan ibadat puasa Arafah.

Niat puasa Arafah ~ "Sahaja aku berpuasa sunat Arafah lillahitaala.
Terima kasih Allah kerana memberi peringatan awal untuk rebut peluang terbaik ini, berpuasa dan memohon doa pada waktu mustajab ini. Alhamdulillah.

Banyak manfaatnya berpuasa pada hari ini. Berpuasa sehari je setahun sekali, tapi dapat menghapuskan dosa dua tahun. Setahun yang lepas dan setahun akan datang.


Disebabkan atas jalan dalam perjalanan pulang, yat cuma sempat sahur dengan roti dan 1 tin air milo. In 9shaa Allah, tahan kot sampai waktu berbuka petang nanti.
Continue Reading

Tuesday, 22 September 2015

Boleh ke wanita bekerjaya menyusu anak selama 2 tahun?

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk kawan-kawan supermak. Seorang surirumah tetapi menggalas tanggungjawab di tempat kerja. Yat salute anda, kerana kita adalah sama.

Yat juga seorang mama yang bekerjaya di bidang yang didominasi lelaki. Tetapi itu tidak menghalang niat untuk menyusu baby Darwish sehingga usia 2 tahun atau lebih. Yang penting, dah ada niat dulu. So, segalanya akan dipermudahkan Allah. In Shaa Allah.

Jom kawan-kawan, yat share sedikit ilmu yang yat 'compile' kan disini hasil dari pembacaan dan juga pengalaman sendiri. Yat juga 1st time menyusu baby walaupun dah punya anak dua orang. Kenapa?? Boleh baca SINI

Persediaan ke arah penyusuan 2 tahun atau lebih.


1) Ilmu Penyusuan

Dalam menjayakan penyusuan, ibu-ibu perlu terlebih dahulu mendedahkan diri tentang ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan boleh didapati melalui kelas penyusuan, pembacaan di blog-blog berkaitan, buku-buku dan kajian di internet.

Bila dah tahu serba sedikit ilmu penyusuan, then mudah untuk lakukan persediaan. Sepanjang 9 bulan yat mengandungkan Darwish, setiap hari Yat akan google tentang ilmu penyusuan. Dan juga banyak bertanya kepada kawan-kawan yang dah berjaya.


2) Beli Pam Susu

Pam susu adalah 'mesin' yang paling penting dalam menjayakan penyusuan selain daripada niat dan ilmu. Terdapat pelbagai jenis jenama pam susu yang di jual di pasaran samada yang menggunakan bateri ataupun elektrik. Terpulang kepada kemampuan dan bajet ibu-ibu.

Yat sendiri menggunakan pam susu elektrik jenama Eve Love. Yang ni Yat beli preloved dari seorang kawan yang tak sempat menggunakannya disebabkan masalah-masalah tertentu. Pam baru, tapi dah dapat harga separuh daripada harga asal.

Inilah yang dikatakan rezeki Darwish. :-)

Sekiranya anda menggunakan pam susu elektrik atau bateri, anda boleh menggunakan teknik tandem untuk mengepam susu. Teknik ni dimana ibu boleh menyusu bayi disebelah payudara dan mengepam disebelah lagi.

Anda pasti teruja dengan hasilnya nanti.


3) Buat Stok EBM

Buat stok semasa dalam pantang adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam penyusuan. Kena rajin pam tau.

Yat buat stok selepas sebulan berpantang. Cuti bersalin 90hari, memang banyak la masa yang ada. Tapi mula-mula tu agak terganggu sebab belum biasa. hehe

Setiap kali pam yat akan dapat 8-10oz susu Darwish. Sangat-sangat banyak. Dan yat pam secara berjadual dan konsisten. This is the key tau.


4) Pam Waktu Malam


Waktu pam susu ketika dalam pantang Yat ialah bermula jam 12mlm dan berulang setiap 3jam sehingga pukul 8pagi. Masa ini adalah waktu yang sangat bagus sebab hormon prolaktin iaitu hormon gembira tengah aktif dan ini merangsang penghasilan susu.


5) Latih bayi minum EBM


Latih baby minum EBM secara berperingkat dan jangan mengejut. Yat mula bagi Darwish minum EBM masa umur dia sebulan. Tapi bukan secara mengejut la.

Untuk permulaan, Yat bagi 1 oz. Niat pertama, nak biasakan dia minum dengan botol. Mungkin bagi sesetengah orang tidak bersetuju dengan cara ini, tapi bagi yat baby Darwish perlu dilatih. In Sha Allah, baby tidak akan keliru dengan nipple ori :-)

Yang betul-betul serius yat 'bottle feed' Darwish adalah 2 minggu sebelum masuk kerja. Dengan bantuan mak juga, sebab Darwish dah kenal 'nipple' ori dan palsu. If ada bau mama, die akan reject botol. :-)

Kesimpulannya, perlu latih baby dengan sabar untuk 'bottle feed'.


6) Konsisten Pam Ketika Waktu Bekerja

Yang ini perlu istiqamah dan konsisten. Ibu-ibu perlu kuat semangat untuk mengikut jadual mengepam secara berterusan tanpa alasan.

Ini kerana, susu ibu adalah bergantung kepada konsep 'demand vs supply' yang mana ketika berada dipejabat (tanpa bayi), mengepam adalah cara untuk memenuhi konsep tersebut.

Teknik mengepam juga memainkan peranan. Yat memilih teknik 'power pumping' dalam menghasilkan stok EBM Darwish.


7) Jaga Pemakanan

Tips yang paling penting adalah penjagaan pemakanan seorang ibu jika ingin menjayakan proses penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Elakkan mengambil makanan yang tidak berkahsiat dan mengambil minuman berkafein. Kawal atur jadual pemakanan ibu.

Yang penting, dapatkan bantuan pemakanan dengan mengambil supplemen. Ibu yang bekerjaya dan menyusu memerlukan khasiat dan nutirisi berganda.

Yat mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sepanjang 11bulan penyusuan Darwish disamping menjaga pemakanan. Dan, hasilnya sangat-sangat mengujakan. 7 - 8 oz setiap sesi mengepam. Alhamdulillah.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Ini adalah sebahagian daripada pengalaman Yat sendiri sebagai mama yang kali pertama ingin menyusukan anakanda tersayang sehingga umur 2 tahun atau lebih. Dan sehingga kini, umur Baby Darwish sudah mencapai 11 bulan 12hari, susu dia masih meriah.

Muhammad Darwish Hakeem, 11 month 12 days fully breastfeed son

Alhamdulillah, dengan rezeki dan anugerah yang Allah dah berikan kepada kami. Sesungguhnya, yat sangat-sangat teruja untuk menjayakan proses penyusuan ini.

Semoga mama ibu mami diluar sana juga dipermudahkan urusan penyusuan anda. Amin.


love breastfeeding..

''breastfeeding c.u.m carrier mama"














Continue Reading

Monday, 21 September 2015

Basic H pencuci botol susu organik demi simanja

Assalamualaikum.. Entry ni yat nak kongsi aktiviti hujung minggu bersama Basic H dan juga botol EBM.


Ini antara sebahagian botol EBM Darwish yang yat hantar kerumah pengasuh setiap hari. Apa yang anda nampak daripada botol tu? Nampak plastik botol tu masih cerah kan? Macam baru walaupun dah 11 bulan usianya.

Bukan tak nak tukar tau, tapi Basic H ni menjaga botol-botol ni dengan baik. Jadi, buat apa perlu membazir kan.

Setiap hari yat akan basuh botol-botol EBM dan botol susu Darwish dan abang Dasuki dengan Basic H. Dan setiap hujung minggu pula, yat akan rendam botol-botol diorang dengan air panas dan dititik dengan Basic H. Rendam selama 15minit, kemudian berus dan bilas.

Apa kesannya??
  1. Yang yat perasan ialah warna botol kekal putih dan tidak kekuningan walaupun telah lama pakai.
  2. Puting susu tidak cepat berkerak dan tidak kekuningan.
  3. Tidak lekat bau susu. Tiada bau hamis
  4. Mudah bersih walaupun hanya rendam dalam air panas. Tiada kesan lemak susu.
  5. Bau pencuci Basic H tidak melekat pada botol sepertimana pencuci yang lain. 
 
 
Ini lah dia Basic H kegemaran yat.  Pencici organik dari ekstrak kelapa dan jagung. Selamat la kan sebab bahan-bahan pun dari tumbuhan semulajadi. Nak lebih lagi tentang Basic H, boleh tengok SINI.

Dah tiga tahun yat pakai pencuci ni. Sangat-sangat membantu yat selama ini dan yat rasa lebih selamat untuk botol-botol kecil si manja. No KIMIA, No KLORIN.
 
Bagi pendapat yat, setiap mama WAJIB pilih dan ada pencuci ini di dapur atau sinki anda. Demi kesihatan serta keselamatan anda dan keluarga.

Hubungi yat untuk mendapatkanya ye.
Continue Reading

Friday, 18 September 2015

Apam susu di Hari Malaysia

Entry ni delay 2 hari. hehe

Selamat Hari Malaysia semua. Sepatutnya, entry ni pada 16hb lepas, tapi faham-faham je la kalau hari cuti, tuntutan tugas seorang mama lebih dari segalanya.


Sejak abang Dasuki kembali mengambil Mealshake sebagai minuman tambahan / add on dalam susu dia, selera makan dia menjadi-jadi. Lepas makan nasi atau makanan berat lain, dia akan tanya soalan yang sama tiap-tiap hari.

"Mama, ada makanan apa-apa x? Abang lapar la"

Memang skrip ni sentiasa berulang-ulangm sehinggalah mama bangun dan buat sesuatu didapur.

So, hari Malaysia ni mama decide nak buat Apam Susu untuk abg dan adik.

Resepi senang je tau.

Resepi:-
  • 4biji telur - gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalet
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan gandum (kalau boleh, kurangkan suku cawan ye)
  • 1 cawan gula (halus atau kastor)
  • Pewarna - yat guna pewarna hijau, biru, pink and coklat.
Cara buat:-

Masukkan telur, esen vanila, ovalet dan gula kedalam satu bekas dan pukul. Boleh pakai mixer bagi yang ada. Tapi yat guna whisk je :-)
** Nak pakai blender pun boleh, tapi pastikan la blender tu tak ada bau bawang or rasa cili ye. hehe

Pukul kesemua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna putih. Kemudian masukan susu pekat manis sambil kacau lagi sehingga sebati.

Bila semua dah sebati, masukkan tepung gandum dan kacaudengan kaedah kaup balik. Kemudian, yat bahagikan kepada 5 bahagian untuk warna pink, biru, coklat, hijau dan original.

Susun layer by layer or ikut kreativiti mama laa ye dalam loyang tu . hehe

Masih dalam kukusan. Baru masak  
Taraaaa... OK laa kan. hihi
Walaupun rupa tak dok, tapi rasa masih ada. And, of course laa dua hero kecil tu dah menunggu. Yang sorang tu, tak nyempat pakai baju. Nak makan terus... :-)
 
Darwish yang tak menyempat nak makan :-)
"haa adik, kn dah kena. abg ckp panas tu, tak dengar ye. tunggu la mama 'koyakkan'"
 
Dialog anak-anak syurga mama. Abg tu, lepas mkn apam susu wajib minum susu mealshake dia. Tercekik katanya.. hehe
Continue Reading

Kenapa ESP Shaklee menyusahkan saya?

Sudah pertengahan bulan September 2015, bermakna sudah setengah bulan juga la promosi ESP sedang berlangsung.

Yat juga merupakan peminum tegar ESP sejak 2012. Serius yat bagitau, sangat-sangat mengujakan especially bab penyusuan dan kecantikan kulit.

Sebab tu bila bulan ini ada promosi ESP, yat antara yang teruja dengan berita ini.


Kepada yang tidak pernah merasai ESP Shaklee lagi, bersediakah anda dengan kesan yang menyusahkan ini? hihi

  • ESP buat kulit rasa halus, licin dan gebu
  • ESP buat berat badan mantain
  • ESP sentiasa buat perut rasa kenyang walaupun tidak ambil heavy breakfast
  • ESP memeriahkan susu badan
Bukankah keadaan ini menyusahkan anda? Anda 'terpaksa' jadi cantik dan 'terpaksa' beli deep freezer sebab susu simanja makin meriah. Betul x?


Anda ibu menyusu? Anda ibu hamil? Anda individu yang ingikan kesihatan dan kecantikan? Rebutlah ESP dengan harga promosi pada kadar segera.
Continue Reading

Thursday, 17 September 2015

Y.E.S Pack ~ Promosi hebat Shaklee

YES Pack dari Shaklee!!! Ramai yang tahu sebut YES Pack ni tapi tak semua yang tahu apa itu YES Pack. So, entry ni yat nak share pasal promosi hebat Shaklee ni.

Apa itu YES Pack Promosi??

Y.E.S Pack ini bermaksud YOUNG ENTREPRENEUR SYSTEM yang di sediakan oleh pihak Shaklee khas untuk para S.I.D yang bersedia untuk berjaya.
 

YES Pack ini bermula daripada Mei 2015 sehingga Oct 2015. Apa yang menariknya program YES Pack ini menawarkan empat (4) pakej Set Wellness yang lebih menjimatkan, disamping produk lain yang diberi harga promo.

Yang paling menarik adalah dengan setiap pembelian set YES Pack, anda layak mendapat 5% diskaun bagi setiap supplement yang ada didalam set berkenaan.

Seronok kan offer Shaklee yang ini. Dan, sekiranya anda mendaftar sebagai ahli sepanjang tempoh promosi YES Pack ini, anda layak mendapat satu botol Vita-Lea Iron Formula, multivitamin yang sudah berumur 100 tahun dengan PERCUMA.
 

4 pakej yang Shaklee tawarkan sempena promosi ini ialah:-
  • YES Healthy Prenatal
  • YES Healthy Postnatal
  • YES Healthy Fitness
  • YES Healthy Young Living
 
Y.E.S HEALTHY PRENATAL & POSTNATAL SET
Set ini adalah khusus untuk kehamilan dan berpantang, tetapi jika anda tidak tergolong sebagai orang hamil dan berpantang juga sesuai untuk mengamalkannya.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Protein merupakan sumber utama badan yang menjadi makanan sel. Fungsi utama protein adalah memelihara dan membaikpulih kerosakan sel. Ia juga membantu pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Antara komposisi utama susu ibu adalah protein. ESP boleh menjadi sumber protein untuk menambah dan memekatkan susu ibu. Susu ibu yang pekat membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada bayi.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protein juga dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberikan tenaga berpanjangan dan memberikan rasa kenyang kepada ibu. Secara tak langsung akan memberi kesan kepada berat badan.
  • Sumber protein soya ini juga memberikan kesan kepada kulit ibu dan bayi. Menjadi lebih halus, cerah, licin dan gebu.
 
Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
  • Kalsium merupakan antara komposisi yang paling banyak didalam susu ibu.
  • Bagi ibu yang hamil dan menyusukan, kalsium merupakan mineral yang tidak boleh dianggap remeh.
  • Kalsium penting untuk bina darah, tulang dan menghasilkan gigi yang kuat. Bagi ibu menyusu yang tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, kalsium untuk menghasilkan susu akan diserap daripada kalsium sediada.
  • Jika ini berlarutan, ibu akan mengalami masalah kekuranan kalsium. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit sendi dan tulang serta urat serta osteoporosis.
  • Pengambilan ostematrix juga membantu ibu-ibu mengatasi masalah susu merudum ketika datang bulan.
  • Sumber magnesium didalam tablet ostematrix juga membantu masalah sembelit yang dihadapi oleh ibu-ibu terutamanya ketika berpantang.

Omega Guard (Minyak Ikan)
  • Mengandungi EPA & DHA yang baik untuk perkembangan otak bayi serta aspek-aspek lain perkembangan janin.
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamanya di bahagian otak.
  • DHA juga merupakan asik lemak utama yang dijumpai dalam retina mata serta organ badan yang lain.
  • Semasa dalam kandungan, bayi memperolehi sumber DHA daripada placenta. Dan bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Jadi, sumber DHA mereka adalah daripada susu ibu yang diminum. Oleh itu, penting untuk ibu mendapatkan bekalan DHA secukupnya.
  • Pakar mencadangkan agar ibu-ibu mengaambil supplement yang kaya dengan Omega 3. Ini adalah untuk menambahkan DHA demi perkembangan fetus dan mengekalkan bekalan DHA ibu sendiri.

Vita-Lea Iron Formula
  • Merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitamin
  • Zat besi yang terkandung didalam Vita-Lea membantu ibu-ibu menambahkan bekalan zat besi kerana ibu menyusu dan ibu hamil kebiasaannya menghadapi masalah kekurangan mineral ini.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu-ibu menghadapi masalah kelesuan dan keletihan, mudah pitam, kurang daya ingatan dan kurang kosentrasi. 

 B Complex
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan meyerikan wajah.
  • B is for beauty
  • B Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Tiada tekanan akan mempengaruhi penghasilan susu yang meriah.

Sustained Release Vit - C
  • Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu menyerikan dan mencantikan kulit ibu dan bayi. Selain itu, vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Vitamin C membantu penyerapan Iron pada tahap paling optimum. Kekurangan vitamin C menyebabkan penyerapan iron terganggu.

Alfafa Complex
  • Merupakan "milk booster" yang paling digemari oleh ibu-ibu.
  • Alfafa juga merupakan agen detox yang berkesan untuk menangani masalah pelawasan dan toksin dalam badan yang dialami oleh wanita yang baru bersalin.
  • Pengambilan Alfafa ketika berpantang adalah bergantung kepada kondisi ibu dan bayi yang tidak mempunyai SLE dan juga bebas daripada jaundice atau demam kuning.

 Y.E.S HEALTHY FITNESS

Yang nak kurus, or slim sangat-sangat sesuai cuba set yang ni tau.

Lecithin
  • Berfungsi sebagai pengemulsi lemak yang membantu memecahkan lemak saiz besar kepada saiz kecil untuk lebih mudah dihadamkan. Bila dah kecil-kecil, lemak ini sukar untuk melekat pada dinding sel didalam badan.

Herb-Lax
  • Merupakan agen detok yang paling POWER untuk melawaskan 'produk' terbuang seperti urin dan tinja. In Shaa Allah, akan sangat-sangat lawas di pagi hari.
 Cinch Shake
  •  Bertindak sebagai pemangkin untuk mencairkan lemak tanpa mengganggu atau memusnahkan otot. Ini bermaksud, ia tidak akan menjadikan anda seorang yang kurus menggeleber.
  • Anda akan slim down dengan cara lebih fit dan cantik kerana pada proses kurus ini, lemak dibakar tetapi otot tetap dibina.

Cinch Tea
  • Selain sebagai agen detox, tea ini membantu meningkatkan metabolisme badan, membekalkan tenaga berpanjangan, melarutkan lemak, dan mempunyai antioksidan tinggi yang membantu melawan penyakit berbahaya seperti kanser.
Continue Reading

Tuesday, 15 September 2015

Audit lagi!!

Hari ni rutin kerja bermula lagi. Sertiap tahun pasti diri sendiri akan jadi auditee. Berkenan betul auditor tu kat ai tau..hehe

Its all about kerja hakiki. Yessss, yat memang ada kerja hakiki tapi Shaklee adalah the other half. Yat suka bisnes. Sebab tu yat sayang dengan Shaklee.

Yat suka kerja hakiki yat sekarang, sebab nya dapat jumpa dengan pelbagai lapisan orang atau masyarakat. Sebab kerja kami adalah 'serves' masyarakat.


Jom layan sikit gambar-gambar sepanjang auditing hari ini. Untuk skop pergi site, terpaksa meng 'excuse' kan diri demi tuntutan seorang mama.








Perlu pam susu untuk baby Awish memandangkan sejak pagi tadi yat belum mengepam. Perlu konsisten pam (walaupun dah skip 1 sesi pagi tadi) untuk hasil yang ohsemmm. Demi Awish dan tugas yang diamanahkan Allah untuk menyusukan dia, mama rela. :-)

Tolak ketepi sekejap urusan kerja demi anak syurga.

 

Alhamdulillah. 10 oz untuk sesi ini. Sekali pam. Masih lagi konsisten dengan Set Menyusu Shaklee dan juga konsisten "power pumping". Sehingga saat ini, hasil pump tidak pernah mengecewakan yat. :-)

Terima kasi set menyusu Shaklee yang menjadi asbab susu baby Awish masih meriah. Terima kasih Allah. Syukur sangat-sangat.


 love breastfeeding..
''breastfeeding c.u.m carrier mama"

Continue Reading

Monday, 14 September 2015

Home made ais krim dari bubur jagung

Dengar tajuk entry pun dah pelik kan? hehe

Abg Dasuki memang suka sangat dengan bubur jagung. Setiap kali hujung minggu mama memang akan beli 3 tongkol jagung dari kedai depan blok ni.

RM3.50 tau 3 tongkol. Tak tau la mahal ke tak?!

So, di tengahari hari Sabtu bermula la proses membuat bubur jagung. Masa tengah bersilat kat dapur tu, dia datang.

"Mama, abg nak ais krim boleh tak?"

Aiyyak, itu satu lagi janji yang mama tak tepati. Tapi, biasa la kan menjadi mama perlu lebih kreatif. Perlu fikir "out of box". Haha

Bubur jagung siap. Disejukkan dan diberi makan kepada hero itu. 3 mangkuk tau berjaya dihabiskan sekali makan. Hurmm..selera dia memang dah dijangka.

Elok dia kenyang and terlelap, operasi bekukan 'ais krim' pun bermula.

Ambil blender, masukkan bubur jagung, ovellete dan blend. Blend sehingga halus tau. Masa dah nak tuang dalam acuan tu, baru terfikir, why not tambahkan Mealshake dalam bancuhan tu. Kan?? :-)

So, dah habis blend sampai halus..taraaa, jadilah ia AISKRIM JAGUNG MEALSHAKE. Mama tambah choc chip di dasar acuan, tengah and top. Nak bagi rasa choc and die boleh kunyah-kunyah sikit kan?

Nak resepi??? Okay... ni dia...

RESEPI ASAL HOMEMADE ICE CREAM

¤ Susu cair - yat guna santan sebab bubur jagung kan? hehe

¤ Ovellate

¤ Perasa (coklat, milo, strawberi, oreo) - yat guna jagung

¤ Telur (x nak guna pun tak pe)

¤
¤
¤

Cara nak buat:-
>> Campur semua bahan di atas dan blend sehingga halus. Banyak kali blend pun tak pe.

>> Sejukkan selama 3 jam (atau sehingga dah hampir beku, then keluarkan untuk blend lagi sekali.

>> Dah 2 kali blend, then masukkan semula dalam acuan. Bekukan dalam freezer sekurang-kurangnya 8jam.

Yat bekukan dalam deep freezer EBM Awish. hehe
So, cepat laa sikit proses bekunya.

Esoknya, abg dasuki dah boleh makan. Seronok dia tauuu.



Korang pun boleh buat tau. Anak-anak pun mesti seronok tau. Lagi-lagi bila ditambah dengan Mealshake, bertambah laa zat & khasiat kan? ;-)

 

Jangan lupa cuba resepi ais cream yat tu ye. Kalau nak tambah Mealshake, nak kasi anak2 lebih terima zat tapi tak ade, boleh call or whats app yat ye.R
Continue Reading

Jaga kesihatan di musim jerebu

Alhamdulillah, dah selamat menjamu nasi untuk lunch. Lapaq sangat, sampai ketaq lutut tau :-)

Tadi keluar makan, nampak sangat jerebu di kawasan Pelabuhan Klang ni makin teruk. Most of kereta buka lampu mereka.

 

Kepada kaum ibu, jaga dan awasi anak-anak kita di musim kabus ni. Jangan biarkan mereka bermain diluar rumah. Banyakkan minum air koson. Kepada bapa-bapa, sila kurangkan merokok dan jangan sesekali merokok ketika bersama anak-anak kecil.


Sekiranya anda seorang yang selalu berada diluar rumah atau perlu kerja diluar, sila pantau kesihatan diri sendiri. Jika menghadapi tanda-tanda berikut, sila la dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Simptom-simptom-gejala-jerebu1
Jika anda menghadapi masalah kesihatan berkenaan, sebagai langkah berjaga-jaga, yat sarankan anda mendapatkan Set Immune Booster dari Shaklee ni.

Supplement yang sangat-sangat mesra alam, selamat dan In Sha Allah berkesan.