Saturday, 20 June 2015

Semangat Seorang Mama

Assalamualaikum semua :-)

Entry ini lebih kepada perasaan seorang mama ye.. hehe

Sejak yat mempunyai seorang baby berumur 8 bulan ni, perasaan eksaited tu lebih tau. Eksaited untuk memasak makanan baby tau.

Walaupun yat dah ada dua putera, tapi seriously yat cakap yat tak ada experience dalam bab-bab cam gini untuk anak pertama.

Sebab anak pertama yat, Dasuki Hafiy tinggal dengan nenek di kampung sehingga umur 9 bulan. So, dah biasa makan resepi nenek. Apalagi... nestum a.k.a cerelec laa.. :'(

Tapi dengan baby Awish ni, mama memang particular bab solid food ni. So, jadi laa kerja tambahan yang menyeronokkan untuk mama dia ni. Masak puri :-)

Puri pertama yang yat bagi Awish try is puree carrot. Itupun masa umur dia dah 6 bulan lebih. Lagi 2 minggu nak masuk umur 7 bulan. Sedap sangat tau carrot yang dah di blend halus tu. Yat ni jakun sesangat tau sebab tak pernah minum pun carrot susu. Adik kata lebh kurang gitu la rasa carrot tu :-)

Puri kedua is "potato puree". Masa baru-baru blend, memang rasa sedap. Likat tapi cair dalam mulut. Nak kata sama denan mashed potato tu ada laaa, tapi still masih bole rasa bezanya.

Gambar-gambar nanti yat 'upload' kt next  entry  ye.
                                      
Untuk kedua-dua resepi ni yat try selama 4-5 hari berturut-turut. Yat memang follow "4 days rule".

Kenapa kena follow "4 days rule"??
4 days rule tu bermaksud 4 hari berturut-turut dengan makanam yang sama. Ini adalah untuk mengenalpasti samada baby serasi or tidak dengan makanan tersebut. Ada alahan ke? Ada masalah sembelit ke? Ada kembung ke selepas makan makanan tu?
Tempoh 4hari itu boleh memberikan baby ruang untuk badan dia terima makanan-makanan berkenaan untuk pertama kali. 
So, mommies... jom la kita bersemangat untuk simanja kita. Seronok tau!!!!!!
Tips untuk sediakan makanan pertama baby ialah seperti berikut...
  
HAPPY COOKING mommiesssss!!!
Continue Reading

Friday, 19 June 2015

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi nafas untuk bertemu lagi Ramadhan 1436H ini.

Bulan yang penuh kesyukuran. Bulan ibadat. Bulan yang mengeratkan silaturrahim sesama umat.

Alhamdulillah...

Tahun pertama berpuasa sebagai ibu menyusu. :-)

Tahun pertama juga berpuasa bersama dua anak-anak syurga, Dasuki Hafiy dan Darwish Hakeem.

Keduanya tak banyak ragam, cuma mama susah sikit nak bangun masak untuk sahur. Sebabnya 'manja' mama, Awish memang tidur bawah ketiak mama.

So, if mama dia bangkit nak sahur, dia pun akan join sama. Dapatla kawan masa tengah sediakan sahur tu. hehe

Anyway, selamat berpuasa semua kepada pembaca-pembaca blog mamadasuki ini. Yat doakan agar kita sama-sama mendapat berkat bulan yang mulia ini. Ameen :-)



Continue Reading

Thursday, 11 June 2015

Masker Vitamin E dan Blackhead

Nak share dengan anda ye!!

Kepada yang belum tahu apa lagi fungsi Vitamin E Shaklee selain telan pada waktu malam sebelum tidur, sini yat nak bagitau.

Vitamin E itu juga boleh dijadikan sebagai MASKER Vitamin E. Yat pernah kongsi tentang masker tu di Entry ini.

Malam tadi yat buat lagi, walaupun selalu sangat dah buat. Hehe

Seriouslyyyyyy, kulit terasa lembab je bila bangun pagi walaupun selepas dah basuh. Masa pakai malam tadi, yat sental kaw-kaw whitehead and blackhead di sekitar Zone T tu.

Walaupun yat kurang ada BH and WH tu, tapi kalau gosok-gosok dengan tangan kat area situ, macam ada sesuatu. Tak smooth. Means memang ada laa kan sesuatu yang menghalang. Samada WH atau BH atau kulit yang dah mati.



So, kalau anda ada masalah ini yat sarankan anda mencuba dan mengamalkan secara konsisten Vitamin E Shaklee ini. Anda tak akan rugi dan TAK akan MENYESAL.

Yat bagitau ini sebab yat sendiri dah rasa, dah ada pengalaman bersama Vitamin E Shaklee ini dan dah berjaya pun selepas amalkan secara konsisten.

Ini lagi testimoni pengguna Vitamin E. Teruja tengok kulit muka adik cantik ni hasil berShaklee dengan Vitamin E.



Teruja untuk dapatkan Vitamin E pada harga PROMOSI??? Jom hubungi yat ye.

Yat Hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Wednesday, 10 June 2015

Testimoni Vitamin E ~ Hebatnya Penangan Vitamin E Shaklee

Hai semua..

Semalam yat ada kongsikan tentang hebatnya kesan Vitamin C Shaklee.

Entry kali ni nak kongsi kehebatan Vitamin E Shaklee pula. Vitamin E ini banyak kelebihannya. Antaranya ialah:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit Sangat bagus untuk memudarkan parut

"Assalam…saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Hampir sebulan saya mengamalkan pengambilan VITAMIN E COMPLEX, lubang parut jerawat di muka saya semakin kurang. Saya fikir jika menambah vitamin c, vitamin b kompleks, esp….tentu kesannya akan lebih menggembirakan. Tq Shaklee.”
Nak tengok lagi tak hasil penanngan Vitamin E ni. Betapa flawless nya kulit yang berlubang dek jerawat. Akhirnya berani bergambar sehingga tak payah pakai Apps 360 pun. Kulit muka dah cantik kan?? hehe
So, tak ada apa yang nak disorokkan. Nak kongsi dengan anda diluar sana ada laaaa.

Yat pasti anda teruja kan tengok kesan vitamin kecantikan kulit Shaklee ni kepada pengamalnya. Kalau konsisten dan rajin amalkan, anda juga akan rasai kesan macam ini.

Yat banyak kongsi infi Vitamin E Shaklee ni di entry SINI.

Yang nak cantik, gebu, flawless masa raya nanti inilah peluangnya. Amalkan dari sekarang pengambilan vitamin E Shaklee dan juga Sustained Release Vitamin C, dan yat pasti hasilnya pasti memberansangkan.

Rebut peluang harga promosi bulan Jun ini dengan segera ye, demi menjimatkan poket anda. Hehe


Your Trusted SID
yat | 019 397 9157
Shaklee Klang & Shah Alam (C.O.D)


Continue Reading

Tuesday, 9 June 2015

Kesan Amalkan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum semua..

Semoga sihat-sihat hendaknya ye. Hari ni yat nak share tentang kesan ber"vitamin C" ni. Sebab bulan ni bulan vitamin kecantikan kan?!


Nak cantik macam empunya testimoni itu tak?

Nampak kan kelainana kulit muka beliau. Hanya dengan Sustained Release Vitamin C Shaklee sahaja. Jadi yat nak kongsi dengan anda semua tentang kebaikan Vitamin C ini.



Kepada yang belum mencuba Sustained Release Vitamin C Shaklee ini mungkin tertanya-tanya bagaimana rupa Vitamin kegilaan ramai ini kan? Sini yat belanja anda rupa bentuk vitamin kesayangan yat ni.



Taraaaa.... ini lah dia rupa vitamin C :-)

Satu tablet Sustained Release Vitamin C Shaklee menyamai tujuh biji setengah buah oren. Agak-agaknya la kan, mampukah kita mengambil tujuh biji buah oren setiap hari untuk lengkapkan keperluan vitamin C??



Vitamin C ini bagus dan dihasilkan daripada ekstrak jagung yang mana merupakan sumber utama.


Yat suka Vitamin C ini sebab ianya agen antioksidan yang kuat selain Vitamin A dan Vitamin E.

Pengambilan Vitamin C secara konsisten dan berterusan memberikan kesan yang membantu mencerahkan kulit dan menghaluskan.

Ini kerana Vitamin C sebenarnya membantu badan manusia menghasilkam kolagen.

Kandungan kolagen yang mencukupi memberikan kulit anda lebih cerah, tegang dan gebu.


Untuk lebih "jatuh cinta" dengan Vitamin C Shaklee ini, anda boleh klik di SINI. Yat pernah share di situ dulu tau.

Sekarang ini yat masih mengamalkan Vitamin C ini sejak jatuh cinta pada tahun 2012. Nak tengok testimoni yat sendiri boleh klik SINI. Gambar 'close up' lagi tau. :-)

So, nak dapatkan Vitamin C yang sedang hangat promosi ni, boleh segera hubungi yat ye.



Your Trusted SID
yat | 019 397 9157
Shaklee Klang & Shah Alam (C.O.D)
Continue Reading

Thursday, 4 June 2015

Majlis Perpisahan Jurutera Daerah: Part 2

Haiiii all... Assalam..

Hari ni bersambung lagi majlis meraikan dan diraikan. ;-)

Tapi hari ni kami pula yang diraikan. hehe

Tuan Jurutera Daerah meraikan kami tau.

Belanja kami makan pagi untuk satu pejabat. Menu best daripada katering Kg Jawa. Alaaa..lupa nak snap alamat & nama caterer tu.

Nanti panggil lagi, yat share ye..
Continue Reading

Tuesday, 2 June 2015

Promo Jun 2015 : Vitamin E dan Vitamin C

Assalamualaikum..

Nah yat kasi kepada semua yang ternanti-nanti update dari mamadasuki.blospot.com tentang promo item bulan ini.

Taraaaaa... ini dia.

Vitamin Kecantikan Kulit kegemaran yat. Vitamin ini lah yang pertama yat ambil ketika mula-mula serius ber'Shaklee'. :-)

Beli dua botol vitamin ini (mana satu) dan layak dapat 5% diskaun. So, pilihlah yang mana berkenan di hati. Vitamin E ATAU Vitamin C???




Jika nak lagi banyak penjimatan, boleh beli yang promosi BELI 6 PERCUMA 1. Kongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik.

Lagi satu berita baik, BELI 6 PERCUMA 1 VITAMIN E COMPLEX layak mendapatkan BONUS atau Cash Back pada pertengahan Julai nanti.

Lagi BEST bila anda juga layak mendapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA seumur hidup. So, setiap item Shaklee selepas ini, anda layak mendapat HARGA AHLI yang less sehingga 30% berbanding harga runcit.



So, pilihan di tangan anda. Yang mana satu berkenan dihati. :-)

Kalau yat, yat nak kedua-duanya demi nk kulit yang cantik dan glowing gitu. Anda pilih yang mama satu???
Continue Reading

Monday, 1 June 2015

Diet Atkins Untuk Ibu Menyusu

Assalamuaikum..

Hari ini topik hangat di Group Whats App kawan-kawan Alumni yat ialah tentang nak kurus. Nak kurangkan berat badan.

Termasuklah yat ni. Nak kurus, nak hilangkan berat yang dah berkilo-kilo naik ni. -_-

Salah seorang kawan alumni yat dah berjaya dengan diet atkins dia. So, memang menjadi 'idola' la kat kawan-kawan yang lain.

10kg tu turun, tapi lupa dah nak tanya dalam masa berapa bulan. Tapi, dia cakap dalam tempoh 2 minggu pertama (tempoh Induction), dia berjaya turun 5kg. (kalau tak cheating laa..hehe)

So, yat pun teringin la nak turun berat macam tu jugak. Siapa tak nak oiiii??? hehe

Misi menggali ilmu tentang Diet Atkins pun bermula, tapi untuk ibu menyusu punya tau. Sebab sebelum ni yat memang dah tahu pasal diet ni dan pernah mencuba. Tapi banyak cheating. haha

Mana tahan ooo nak diet macam tu. (^_*)

Tapi kali ni, memang bersemangat nak cuba. Mana taknya, lepas bersalinkan Awish berat badan naik mencanak. Dengan menyusu lagi. Memang makan berselera sekali.

Terasa baju-baju semua makin mengecil. (hihi..tak nak mengaku badan dah besaq)

Hasil bantuan En.Google, banyak info yang yat dapat DA ini kurang sesuai untuk ibu menyusu lebih-lebih lagi yang Fasa Pertama (Induction Phase).

Kat SINI pun mengatakan begitu. Tapi yat ada terjumpa satu blog yang menunjukkan Atkin untuk ibu-ibu. Yat ada minta beliau emailkan ebook tersebut untuk rujukan yat. Once dah dapat, yat review ye. :-)

Meh sini nak belanja gambar semasa sedang membesar dengan jayanya. Masa ni tengah pregnant 7 bulan hokeyyyy!!!


Kalau nak lagi selamat (sebab, tak boleh nak Atkins sangat kan!!?), cubalah amalkan Set Menyusu Bajet Shaklee dengan pemakanan cara atkiners yang dah Fasa 3 dan Fasa 4. Bukan apa, sebab kita sebagai ibu menyusu masih perlukan karbohidrat dan protein dan khasiat yang lain untuk penghasilan susu yang berkhasiat kan?

Kalau tak sayangkan"BABY", silakan lah berATKINS kaw-kaw!!!

Continue Reading