Friday, 28 March 2014

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya ~ Part I

Alhamdulillah, kandungan kedua yat telah menghampiri Trimester Kedua. Minggu ni baru masuk 11 minggu. Pagi tadi ada bincang dengan hubby pasal penyusuan.

Kalau boleh ktorang nak bagi baby penyusuan secara ekslusif. Tak nak campur-campur dengan Formula milk lagi macam Dasuki dulu. In Sha Allah, semoga di permudahkan niat papa and mama ni. Amin.

So, hari ni, yat nak berkongsi dengan anda, kawan-kawan yat yang berkerjaya tentang tips dan panduan penyusuan. Maklum laaa, kita ni kan bekerja. 8pagi masuk, pukul 5 petang baru nak beransur balik rumah. Itu kalau boss tak suruh OT. Kalau kena OT????? haaaa... fikir-fikirkan laaa ye..
 

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya

1. Timba ilmu sepanjang masa

Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.

Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan 
 
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja. SUMBER
 
*******************************************
 
Actually, yat ni dikira sebagai pengalaman pertama untuk menyusu secara ekslusif ni. Anak pertama hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja disebabkan kekangan PJJ (perkahwinan jarak jauh) dan kerja di negeri berbeza.
 
Hope anak yang kedua ni, yat dapat fokus lebih pada penyusuan susu ibu...hehehe
 
So, yat pun sama juga dalam keadaan nak belajar. Alhamdulillah, point pertama sehingga ke empat masih dalam pembelajaran. Persediaan dari segi mental tu, alhamdulillah. Dah ada sejak hari pertama tahu pregnant kali kedua.
 
Yang lain-lain nati, yat kongsi lagi ye. Owhhh, lagi satu...untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif ni, yat telah mulakan pengambilan vitamin sejak dari sekarang ni. Percayalah, vitamin / makanan tambahan juga penting untuk menjayakan penyusuan.

Nak tahu yat amalkan ape??? Meh tengok SINI... alhamdulillah, setakat ni HB cantik..doktor yang cakap tau...hehehe

Anda berminat untuk menjayakan kehamilan serta penyusuan anda bersama Shaklee, jangan segan-segan hubungi yat ye. In sha allah yat akan cadangkan kepada anda mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda.

Sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kesihatan yang lebih baik. Amin.

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Monday, 24 March 2014

Ya Wahhab ~ Zikir Yang Hebat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah memberi perkongsian rohani kepada anak-anak / rakan niaga Shaklee.Walaupun hubungan kami pada mulanya kerana perniagaan online, tapi kami dieratkan lagi oleh hubungan kerohanian yang kukuh.

Kawan-kawan semua pernah amalkan zikir ya Wahhab secara serius tak? Zikir yang very..very..amazing..

Alhamdulillah.. yat amalkan secara serius dan niat kerana ALLAH, kesannya sungguh mengujakan. Sangat-sangat mengujakan.. Sama seperti maksud zikir ini..

"AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi."
Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.


3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).


4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.


7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. 
*****************************************

Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita. Lagi satu tips yang yat amalkan adalah mulakan zikir ni seawal kita turun kerja. Start je enjin kereta, mulakan dengan sedekahkan Alfatihah kepada kedua ibu bapa kita, suami kita, anak-anak kita.... then teruskan perjalanan dengan membaca zikir ini sehingga sampai ke destinasi dituju.

Radio, CD, DVD... OFF terus.. in sha allah..sepanjang perjalanan itu pun Allah dah mudahkan kita. Contohnya, lampu isyarat menyala hijau je sepanjang perjalanana. Jika berhenti untuk lampu merah pun, hanya sekejap sahaja menunggunya.

Ini adalah pengalaman yat sendiri. Anda juga patut mengalaminya.. Jom zikir Ya Wahhab 1000x sehari..

Continue Reading

Saturday, 22 March 2014

Tips Hamil dari Dr. Hamid Arshat

Assalam semua.,..

Semoga sihat hendaknya ye kawan-kawan semua. Entry ni yat nak kongsi dengan readers tips kehamilan dari Dr. Hamid Arshat. Seorang Doktor tau..heheh

Yat sebenarnya kenal beliau (secara tak langsung) daripada kawan sekerja yat yang menjalankan operation untuk membetulkan masalah 'rahim terbalik' atau bahasa antarabangsanya ialah Retroverted Uterus. Alhamdulillah, selepas enam bulan pembedahan, kawan yat disahkan hamil selepas 4 tahun perkahwinan. Sykur padaMU ya ALLAH. Dan sekarang, simanja kawan yat tu telah pun berumur setahun lebih.

Okehhh...sebelum yat makin melalut dengan cerita kawan yat (almaklum laa..tetiba mode happy ON) hehehe.. Meh kita sambung dengan tips dari Doc ye..


Bagi mereka yang masih berusaha mendapatkan zuriat toiba:-

  • Jangan putus asa terus berdoa kepada Allah dan berusaha mendapatkan rawatan.
  • Turunkan berat badan dan kawal sekitar 60kg 
  • Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan.
  • Minum teh hijau dan fresh juice. Jauhkan fizzy / soft drink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buah.
  • Makan lebih sayur-sayur hijau, ulam-ulam, sup sayur, salad, pecal atau rojak.
  • Makan lebih buah-buahan ~ Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan dan diikuti sayur-sayuran
  • Kurangkan nasi, masak lauk lauk; daging, ayam dan ikan yang fresh / segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
  • Jauhkan fast food, dan junk fook dan makanan-makanan yang diproses yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.
  •  Rehat dan relax. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian avulation.
  • Lakukan exercise dengan berjalam kaki, jogging, treadmill atau berenang 30minit sehari.
  • Supplement ~ multivitamin, folic, vita E dan Vita C, logam-logam zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.
  • Berbagai-bagai kaedah rawatan menambah peluang kehamilan ~ x Ray HSG, hydrotubation, D&C, Laparoscopy, IUI, IVF, ICSI dan lain-lain lagi.
  • Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh-sungguh dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.
 ************************************

Cuba rujuk point No 11 yang dinyatakan dalam cadangan daripada Dr. Hamid Arshat tu : supplement. Supplemet atau vitamin juga membantu dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Jadi, jangan risau untuk menjadikan makanan tambahan sebagai salah satu cara kita berusaha.
Supplement yang dinyatakan adalah hampir sama dengan Vitamin Kesuburan daripada Shaklee yang disarankan.


Multivitamin ~ vitamin Shaklee yang sesuai sebagai multivitamin ialah Vita-Lea Iron Formula. Untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Folic ~ B Complex merupakan vitamin yang mengandungi Vitamin Lengkap termasuk asid folic. Asid folik ini membantu di awal-awal kehamilan. Kandungan B Complex Shaklee juga termasuk Vitamin B12 yang  berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vitamin E dan Selenium ~ jangan tidak tahu ye!!! Vitamin E Complex Shaklee adalah lengkap bersama dengan Selenium. Sebab itu laa namanya Natural Vitamin E & Selenium With Grape Seed Extract. Fungsi vitamin E ini membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita.
Vitamin C  ~ Shaklee menyediakan Sustained Release Vita C Plus ye.. 500 mg.. bertindak sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat.

Zinc ~ lagi satu vitamin yang disarankan untuk kesuburan. Vitamin Shaklee ialah Zinc Complex. Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan. 

Fish oil ~ fish oil semestinya laa kan yang sebaiknya adalah yang membekalkan Omega 3. Omega Guard Shaklee merupakan sumber Omega 3 daripada minyak ikan tulin. Salah satu punca tidak subur adalah berpunca daripada struktur sperma yang tidak sempurna. Omega 3 membantu pembentukan Acrosome (struktur melengkung pada hujung kepala sperma) yang lebih kuat dan sempurna, yang mana memainkan peranan penting dalam pergerakan kearah ovum untuk proses persenyawaan.

Bagi wanita (isteri) pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus untuk membolehkan telur yang telah berjaya disenyawakan melekat dengan sempurna.

  ************************************
Haaa.... dah tahu kan serba sedikit???? Kita hanya berusaha..berikhtiar.. Selebihnya kita memohon dan serahkan kepada DIA yang SATU. Yang tu jangan dilupa ye...

Nak lebih details, boleh tengok kat Vitamin Kesuburan juga. yat ada terangkan secara detail satu persatu fungsi vitamin yang berkaitan dengan kesuburan ni. Semoga membantu anda dan bermanfaat untuk kita semua. Amin.

Untuk pertanyaan dan saranan, anda boleh hubungi yat. In Sha Allah yat akan membantu anda memilih vitamin Shaklee yang berkenaan yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda ye.

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Continue Reading

Tuesday, 18 March 2014

Testimoni ~ Pengalaman Mengandung Bersama Shaklee

Assalamualaikum readers...

Sihat-sihat hendaknye ye. Maklumlaa musim sekarang ni dengan jerebu yang teruk kan?? Preggy moms, sila jaga diri ye... Jangan terlalu terdedah kepada udara yang tercemar.

Macam yat kan, kat Klang ni mencatatkan IPU (Index Pencemaran Udara) yang tertinggi last week. Risau jugak laaa kan nak keluar ke mana-mana. Risaukan Dasuki and adik baby kat dalam ni.. heheh

Okeh, hari ni yat nak kongsi laa pengalaman kawan yat ni yang ambil Shaklee sepanjang proses kehamilan kedua ni. Sebenarnya, yat pun sama jugak. Anak pertama, memang tak ada langsung ambil supplements. Masa tu tak ada langsung ilmu pasal Shaklee. Sepanjang 9 bulan tu, yat makan ubat yang KK kasi je.

Dah la ada sejarah HB rendah. Ambil iron KK laa kan, kena plak sembelit.. Sedih tau...

Tapi kali kedua ni, yat memang dah konsisten ambil Shaklee. B complex, Vita C, Vitalea, dan ESP di waktu pagi. Malam hari plak yat ambil Ostematrix sebelum tidur.. Ostematrix ni sumber kalsium tau. Al amklum laaa, yat ni kan bukan peminat susu.. heheeh


Ni laa vitamin yang yat ambil tu. Sebab yat masih trimester pertama, so yat tak ambil dulu Omega Guard. Sebab salah satu fungsi omega guard ialah mencairkan darah. Jadi yat cadangkan anda-anda yang di trimester pertama atau yang selalu mengalami "bleeding", sila jauhkan diri anda dengan omega guard sekejap ye.. Masa ni jeee pun...heheheh :-)

Kalau dah masuk trimester kedua & ketiga, dan tiada apa-apa masalah pada kandungan, anda di sarankan mengambil omega guard sebagai tambahan.

Ni testimoni rakan Shaklee yat ye..


***********************
Sebelum shaklee:
1. Sakit pinggang semasa tdo.
2. Selalu cramp kaki
3. Badan lesu dan letih
4. Selalu sembelit

Selepas berSHAKLEE:
1. Hanya sekali sekala cramp kaki
2.HB ok dan stabil
3. Sembelit tiada lagi

Pernah tak anda mengalami masalah seperti yang di alami oleh Puan Enny ni sepanjang kehamilan??? Jangan 'zalimi' diri sendiri ye. Jangan jadikan pengalaman mengandung tu sebagai kenangan pahit..

Salah satu sebab sakit pinggang, letih dan lesu, cramp kaki & sembelit tu adalah disebabkan kekurangan kalsium dan nutrisi secukupmya.

Kalau nak tahu, Ostematrix juga membantu masalah sembelit tau... Nak tahu lebih lanjut, boleh SMS/Whats App yat ye.. In sha Allah, yat akan bantu anda sebaik-baiknye.

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Continue Reading

Wednesday, 12 March 2014

Kenapa Protein Perlu Ketika Kehamilan?

Assalamualaikum...

Bila berbicara tentang keguguran kandungan, hanya yang pernah mengalami sahaja merasai perasaan sedih itu. Selalunya komen yang diterima "TIADA REZEKI".. sebenarnya salah satu sebab juga adalah kerana KEKURANGAN PROTEIN.

Yat pernah mengalami keguguran ketikan kandungan seawal 1 bulan. Perasaan masa tu terkejut sebab keguguran terjadi hanya selepas 3 hari mengetahui yang I'm pregnant. Tapi begitulah, ayat paling sedap dan sering diguna pakai adalah "tiada rezeki".
Alhamdulillah, selepas sembilan bulan, DIA memberi lagi peluang untuk yat merasai kandungan kali ketiga. I'm pregnant again.
Dan, kerana itu lah yat sangat-sangat concern pada pengambilan protein. Hasil pencarian di googel dan juga perkongsian kawan-kawan alam maya, baru yat tahu yang salah satu punca keguguran adalah sistem imunisasi badan yang lemah dan menyebabkan kekurangan protein.

kredit: www.yourvitaminguru.com


Mengapa Protein Perlu Ketika Hamil?
------------------------------------------------- 
Protein merupakan nutrien yang paling diperlukan oleh bayi anda, asid-asid amino yang membentuk protein merupakan bahan binaan badan.

Protein diperlukan untuk membaikpulih dan penjagaan tisu, begitu juga untuk tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.

Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut, daya tahan tubuh kurang, kerosakan pada hati dan sebagainya.

Kepentingan Protein untuk Wanita Hamil
********************************
@ membantu menyokong penghasilan darah tambahan.
@ membantu menguatkan sistem ketahanan badan yang melindungi dari jangkitan.
@ membantu menambahkan berat badan yang sesuai.
@ Melindungi dari sesetengah komplikasi kehamilan.

Kepentingan Protein Untuk Bayi Dalam Kandungan
***************************************
@ menyokong pembinaan sel darah merah dan tisu otot yang baru.
@ Membina uri yang menyalurkan khasiat dari ibu ke bayi.
@ Menyokong perkembangan sempurna otak bayi, terutama sewaktu trimister ke 3.

Itulah kenapa pentingnya PROTEIN semasa kehamilan ni. Di Shaklee, ada protein yang dihasilkan tanpa mengubah genetik bahannya. Sekarang ni plak ada promosi HARGA MENJUNAM tau..

Apa nama protein tu??? Of coz laa ENERGIZING SOY PROTEIN / ESP
 

Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 
Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Continue Reading

Tuesday, 11 March 2014

My Second Pregnancy: Kali Ini Bersama Shaklee

Assalamualikum semua... Happy working ye..

Bismillah..entry kali ni adalah untuk berkongsi dengan anda tentang kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami. Alhamdulillah. (^__*)

Semalam kami bertiga, Papa Mama dan Abg Dasuki ke klinik di Seksyen 7 Shah Alam. Klinik kesukaan yat semestinya laa Klinik Ajwa. Masa mengandungkan Dasuki 2010 pun yat selalu check up kat sini. Kenapa?? Sebab doktor dan nurse yang bertugas yang mesra alam dan suasana klinik yang santai. Perkhidmatan?? Of coz laa service diorang tip top. Dengan keramahan doktor dan juga nurse yang bertugas.

Selepas buat UTP sendiri pada pertengahan Februari lepas, semalam kitorang decide untuk pergi scan. Sebab nak tahu dah berapa minggu adik Dasuki inside mom's tummy ni..



Alhamdulillah, result pertama. Setelah 3 tahun Dasuki tiada kawan..hehehe.. Terima kasi Ya Allah di atas kurniaan ini.



Abang bersama result scan baby. Dah 9weeks pun baby. Alhamdulillah.. Bila tengok balik pic scan tu teringat telatah Dasuki semalam masa scan.

D: Eee..mama ape tu gerak-gerak?

Dr. :Tu adik abang laaa..gerak-gerak. Suka tak?

D: Ntah. (sambil jungkit bahu)... Ma, tengok laa tv tu..ada baby Cuki dalam tu.

M: Owh anak..alahaiiii..pandai nye kamu.. (tearssss!!!)


Dia memang perhatikan je apa Dr. buat. Dah siap scan, Dr. mula check tekanan darah. Alhamdulillah lagi sekali. HB cantik. yat lupe berapa bacaannya sebab eksaited. Masa dasuki dulu, buku merah tu penuh dengan tulisan kaler merah..Maksudnya HB rendah. Tiap kali check up, wajib misi bekalkan ferum KK yang kaler 'dark brown' tu.. Makan tu, konfem sembelit... Adehhhh..sakit hati je...heheh


Dr. : HB cantik ni. Ada makan ape2 ubat ke? Or supplement?


Me dengan tanpa segan silu dan mahu berahsianya mendedahkan:~


Me : "Saya amalkan Shaklee je Dr. Sejak tahu preggy sampai sekarang"

Dr. : Owh ok. Ada ambil asid folic die tak? Yang kaler kuning tu.

Me dengan muka terperanjat nye..OMG, doc pun tahu pasal Shaklee ni... Ya Allah, sungguh-sungguh fenomena rupenya dikalangan ibu mengandung.


Me : Ada Dr. ...

Dr. : Ok la kalau macam tu, teruskan ambil vits tu ye... saya tak bagi vitamins lain laa ni ye..


Alhamdulillah... pertama kali di puji HB cantik. Dulu selalu kena 'bebel' dengan nurse. Yat bukan nak cakap yat obses sangat dengan Shaklee ye, but kalau ianya membantu yat untuk kekal sihat dan cergas ketika mengandung dan dengan izin Allah juga, adakah yat perlu menyangkal.


Dan kepada anda yang menghadapi masalah yang sama macam yat ketika kehamilan, tidak salah untuk anda cuba mendapatkan supplements yang bersesuaian, sekiranya tak nak pilih Shaklee laa. Jika nak pilih Shaklee, sini yat kongsikan anda vitamins yang yat sendiri amalkan daripada sebelum kehamilan ini sehingga sekarang ye..



Taraaaa..ini laa die vitamin yang yat amalkan tu.. Dan ianya sangat membantu yat setakat ini, samada sebelum hamil atau pada masa sekarang ini. Alhamdulillah.


Anda berminat untuk menjayakan kehamilan anda bersama Shaklee, jangan segan-segan hubungi yat ye. In sha allah yat akan cadangkan kepada anda mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda.


Sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kesihatan yang lebih baik. Amin.


Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Monday, 10 March 2014

Kenapa Anda Perlu Mengambil ESP Shaklee??

Susu soya Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP di kalangan peminat tegar Shaklee. Memang menjadi pilihan walaupun anda adalah baru pertama kali mencuba. Tak menyesal tau..

Rasa yang sedap..boleh disediakan dengan pelbagai variasi.. Nak tahu cara sediakan ESP dengan lebih sedap, boleh tengok SINI ye Shakleelover semua.

Point hari ni yat nak kongsi dengan anda adalah kenapa ESP ni sangat-sangat perlu untuk anda?

Jika anda ibu mengandung, yat rasa mostly kawan-kawan atau famili terdekat mesti cakap "ko nak anak putih, ko minum soya banyak-banyak time ngandung ni".. ye tak???

Yat pasti sangat laaa..sebab yat dulu pun macam tu.. hahahaha

So minum laa kite 'mak-mak' yang nak anak putih melepak ni soya tanpa mengambil kira soya tu GMO atau NON GMO. Yang penting soya kan??? Yat tak kata soya-soya kotak kt luar sana tu tak baik.. Jangan salah paham yeeeee... Sini cuma nak terangkan, faedahnye kalau kita tahu soya yang kite minum tu dari sumber organik atau yang dah diubah genetiknya.



Kalau boleh, of coz laa kite nak pilih yang terbaik kan??? So, selepas yat dah hampir two years menjadi peminum ESP tegar, yat rasa ESP ni much better daripada soya kotak yang biasa tu. Dari segi kandungan dan juga kesannya ye.. Tapi yat tak kata soya kat pasaran tu kurang bagus yeeee... INGAT tu!!!!

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) ni diperbuat daripada NON-GMO soya tau..soya yang tak di ubah secara genetik..

Diproses pula pada kadar suhu yang redah..lagi laa terjamin khasiatnya.

1 tong ESP tu (850g) diperbuat daripada 30KG soya NON GMO tu tau..30KG boleh 850g je???? ye laaa... itu yang special nya.. ESP ni memberikan sumber tenaga segera dan boleh tahan berjam-jam.

Lagi yang special nye!!!!!

  • 1 hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 x ganda daging, 4 x ganda telur, 12 x ganda susu, rendah lemak, TIADA kolestrol, TIADA asid uric dan yang paling penting MUDAH DISERAP oleh tubuh.
 

  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.
 *****************************************

Dah tahu kan keistimewaan ESP ni??? Sebab tu laa yat kata "PERLU" ambil ESP ni.. yat rasa anda pasti berpuas hati.

Ingin memiliki ESP?? Boleh hubungi yat jugak tau.. Bulan ni ada special offer tau..Dan, kalau anda shakleelovers yat, sesuatu istimewa menanti anda tau..Haaaaa, jangan tunggu lama2 tau nak rebut ESP PROMO ni ye... heheh

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Thursday, 6 March 2014

Promosi ESP yang Gempak Datang Lagi, Dengan Tawaran Lagi Hebat!!!!!

Assalamualaikum semua.. semoga sihat-sihat hendaknye ye...

Entry kali ni yat nak kongsi berkaitan item promosi bulan Mac ni. Dengan sukacitanya Shaklee telah mengumumkan bahawa Energizing Soy Protein (ESP) adalah item promosi pada bulan ini.

Haaa..apa lagi..Malaysian semua yang mencintai Shaklee memang bersorak habis laa...hehehe


Seronok pulak tengok hampir 90% news feed kat FB dok berkongsi tentang ESP ni.. Masing-masing cuba berkongsi dengan public tentang kebaikan ESP ni.. Bila ada promosi macam ni, ramai laa yang borong sakan. Sampaikan seorang beli 2 canister pun ada.

Selain harga yang jauh lebih murah, sebenarnya promosi BELI 6 PERCUMA 1: ESP ini juga turut menawarkan:-

  • PERCUMA 1 canister ESP ~ JIMAT RM 150.00
  • PERCUMA KEAHLIAN ~ JIMAT RM 65.00
  • PERCUMA 'DUIT' ~ juga dapat CASH BACK RM xx.00 di pertengahan APRIL'14 nanti

Ni laa antara tawaran menarik yang Shaklee sediakan untuk anda. Malah, sekiranya anda mempunyai niat ingin membantu suami atau diri sendiri menjana pendapatan, anda sebenarnya sudah boleh memulakan empire Shaklee anda dengan RM 0.00 atau TANPA MODAL semasa promo ESP ini.

Cuma selebihnya, anda perlu mencari mentor yang boleh membimbing anda. Sekiranya anda berminat untuk menyertai Shining Golden Team (close group under yat), anda bole chit chat dengan yat ye. Banyak tips dan ilmu yang yat kongsikan bersama anak cucu cicit piut Shaklee ni..

Nak tahu...Nak berjaya macam kami..jangan segan silu hubungi yat ataupun susur galur yat yang serius membuat perniagaan online Shaklee ni.


"kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak anda???"


"kalau yat yang bekerja 8 jam sehari di pejabat boleh generate income tetap 4 angka setiap bulan dengan Shaklee, kenapa tidak anda??"


"kalau suri rumah boleh dapat bantu suami buat down payment rumah teres 2 tingkat hanya dengan Shaklee, kenapa tidak anda??"


"Dan, kalau semua yang mempunya 24jam sehari ini boleh BUAT, kenapa tidak anda?? Anda juga punya 24jam. Bukan 20 jam. Dan kami juga tidak punye lebihan JAM sehari untuk buat Shaklee."

~~ Tepuk dada, tanye hati, tanye diri ~~


Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading