Monday, 30 December 2013

Al-Waqiah ~ Surah Kekayaan Yang Wajib Di amalkan

Sempena tahun baru, azam mestila baru kan??? Sebagai pembuka 2014, pasangkan azam dalam diri kita untuk sentiasa membaca surah ini... Serius yat cakap... tak akan rugi jika baca setiap hari selepas solat... :-)





Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah


Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14x setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41x dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3x selepas Solat Subuh dan 3x selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25x. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita. 
kredit: SINI
Continue Reading

Mengapa Perlu Ambil Omega 3??

Lagi cerita tentang Omega 3... hehehe

Sempena bulan HARGA MURAH ni, meh la yat share dengan anda pembaca semua pasal minyak ikan ni ye...

"Percaya atau tidak, hanya satu hidangan yang mengandungi asid lemak Omega 3 setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda? Mulai sekarang, cuba ambil 4 oz lemak ikan, satu sudu omega 3 atau sedikit kekacang, mungkin mampu menjauhkan anda daripada berjumpa doktor"
Yat rasa anda semua tahu kan apa itu Omega 3? Omega 3 juga dikenali sebagai asid lemak omega 3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, kekacang, telur dan sayuran seperti bayam dan brokoli.


Apa beza Omega 3 daripada ikan dan sayuran serta kekacang??

Omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai EPA dan DHA dan didalam sayuran dikenali sebagai ALA
EPA & DHA ~~~~~ mempunyai lebih manfaat berbanding ALA
ALA ~~~~~ sebahagian ALA akan ditukarkan kepada EPA & ALA

Manfaat Omega 3

yat rasa sebelum ni yat dah pernah kongsi bersama anda di Blog ni tapi yat nak jugak kongsi lagi sekali. Apa manfaat kalau saya ambil Omega 3 ni????
Alolololo....banyak manfaat nye dear...
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan simptom kemurungan
  • Membantu mengurangkan risiko sakit sendi dan tulang
  • Mengurangkan risiko penyakit kanser

Bagaimana Omega ini membantu anda menjauhi simptom-simptom di atas???

  • Mengurangkan inflimasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflimasi yang ada didalam badan.

Omega 3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak didalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab darah tinggi dan penyakit jantung)

Bagi anda yang sedang berdiet, selain Omega 3, asid lemak Omega 6 juga penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan penyelenggaraan fungsi badan. 

Asid lemak Omega 6 dianggap pro-radang atau menggalakkan keradangan, manakala Asid lemak Omega 3 berfungsi mengurangkan keradangan. Sebaik-baiknya, anda perlu mempunyai nisbah 1-1 daripada kedua-dua asid lemak ini.

Pakar pemakanan Amerika Syarikat menyatakan Omega 6 mempunyai lebih banyak kandungan asid lemak berbanding Omega 3. Tapi, pengambilan Omega 6 yang berlebihan akan menyebabkan diet yang menggalakkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. 

Sebab itu laa penyelidik menyarankan agar pengambilan Omega 3 secara semulajadi untuk diet yang sihat.

Info sepintas lalu!!!!!!!!!!!!!!!

Kebaikan Omega 3

>>  Kolestrol rendah
>> Tekanan darah rendah
>>  Mencegah penyakit kardiovaskular
>>  Meningkatkan daya ingatan
>>  Mencegah beberapa jenis kanser
>>  Perlindungan kepada penyakit Alzheimer dan dementia (nyanyuk)
>>  Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Asid Lemak Omega 3

>>  Ikan laut dalam : salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
>>  Biji gandum atau bijirin
>>  Minyak kanola
>>  Kacang soya dan minyak kacang soya
>>  Biji labu dan minyak kacang
>>  Minyak biji Perila
>>  Rumpai laut
>> Udang krill


Sumber Tambahan Asid Lemak Omega 3

>>  Kapsul minyak ikan
>>  Minyak udang krill
>>  Minyak bijirin
>>  Rumpai laut yang diperolehi DHA tambahan


sumber: iSihat Dec 2013
Continue Reading

Wednesday, 25 December 2013

Lecithin atau Omega Guard Untuk Bakar Lemak?

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog ni... heheheh

Sempena bulan promosi Omega Guard ni, yat nak kongsi sesuatu dengan reader semua. Seringkali kalau sebut 'set slimming shaklee' , semua akan terbayangkan Lecithin dan Omega Guard sebagai vitamin yang boleh membantu membakar lemak. Betul tak??

Bakar lemak??? Semua nak bakar lemak tak baik tu kan?? Especially ladies... macam yat jugak ni..hahhaha :-)

Sebenarnya, Shaklee sendiri ada menyediakan pakej khas untuk kekal langsing dan rapi iaitu Program Shape Up Shaklee. Bagi anda yang kurang tahu, meh yat kongsi dengan anda apa yang ada dalam pakej tersebut.

Untuk kekal langsing dan rapi, perlu ada 3 proses yang penting ni: DETOX, BAKAR dan BINA SEMULA OTOT... so, dalam pakej tu ada laa produk HERBALAX (detox), LECITHIN (bakar lemak) dan CINCH (bina semula otot).

Tapi, ada juga cadangan mengatakan Omega 3 juga membantu membakar lemak, malah lebih 'power' daripada Lecithin tu.. Jadi, kat sini, yat nak berkongsi laa dengan anda semua tentang perbezaan antara lecithin dan Omega 3 ni dalam erti kata 'membakar lemak'... hahahha.. (ayat..x boleh tahan tul..hihi)



Lecithin atau Omega Guard?????




Lecithin??? Apa yang lecithin boleh bantu untuk bakar lemak??? Ooooppppssss... kena faham betul-betul ye..BAKAR atau BUANG???

Kalau dalam terms nak hilang berat badan, Lecithin berfungsi sebagai Pengemulsi Lemak. Pengemulsi lemak ni bukan bermaksud "membakar' lemak TAPI bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan dan memastikan lemak tidak termendap di dinding membran.
 
Jadi, boleh ke Lecithin membuang lemak?? Dalam bahasa mudahnya, Lecithin ni hanya boleh membakar lemak 'semasa'..maksudnye, lemak baru..lemak yang kita baru 'masukkan' dalam badan kita. Jelas x??? Kalau lemak yang dah lama "bermastautin" bertahun-tahun lamanya dan telah mendap, lecithin kurang 'power' tau compare dengan Omega Guard. Tapi jika di ambil secara konsisten dan cara yang betul, pasti nya boleh juga.. :-)


Bagaima pula dengan Omega Guard??

Omega Guard ni tidak berfungsi sebagai pengemulsi lemak tau... tetapi fungsi minyak ikan di dalam omega membantu pembakaran lemak termendap
 
So, nampak tak gabungan kalau anda ambil Lecithin dan Omega bersama-sama... Satu akan pecah kecilkan lemak-lemak, tak kira yang baru atau yang lama dan satu lagi akan bakar dengan mudah sekali. Ye tak???

Salah satu fungsi Omega 3 ialah membantu membakar lemak dengan mambantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil leptin. Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk kurangkan selera makan supaya anda boleh kekalkan or kurang berat badan.

Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak >>  menambah metabolism >> bakar lemak

Ia juga berfungsi:

  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.

Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.

Soalan Bonus: Boleh tak Ibu Menyusu Diet Dengan Omega Guard Dan Lecithin??

Jawapannya BOLEH!!!! Sebabnya........................ :-
 
  • Membantu mengurangkan risiko clog duct/ductus susu tersumbat. Ni salah satu punca bengkak susu tau..So, kalau bengkak susu samada dalam pantang atau semasa breastfeeding journey, sanga-sangat di galakkan ambil tau.. :-)
  • Mengurangkan masalah mudah lupa dan short memory selepas bersalin.
  • Menyalurkan inosital dan kolin untuk perkembangan otak bayi melalui susu ibu.
  • Omega Guard ada kandungan EPA & DHA yang bagus untuk perkembangan otak dan memori kanak-kanak
  • Kalau nak tahu juga, DHA ni merupakan nutrien utama untuk retina, sistem saraf dan otak kita tau.
  • Selain tu, DHA ni juga membantu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah Alzheimer, dan meningkatkan fungsi penglihatan dan pendengaran.
Semua tu perlu bermula dari awal tau..seawal dalam kandungan atau semasa bayi.. So, ibu-ibu yang nak kekal cantik dan langsing perlu ambil kira kepentingan bayi anda juga ye.. Jadi, pilihlah Shaklee Omega Guard dan Lechitin ni ye...hehehe

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading

Wednesday, 18 December 2013

Kulit Cantik Dengan Omega Guard Shaklee

Hai semua..Assalamualaikum readers... :-)

Bersawang rasanya blog yat ni..rs rindu nak 'menulis'..nak berkongsi dengan anda semua tapi masa yat agak 'constrain' bulan ni...

Dengan persiapan kenduri kawen adik bongsu..dengan parents datang jenjalan cni..dengan penutupan akaun kerja hakiki.. sungguh-sungguh menuntut masa..

Tapi hari ni jugak kongssi dengan anda pasal item promosi Bulan Disember ni..BUY 6 FREE 1 Omega Guard kan???


Sebenarnya, omega guard ni juga salah satu daripada hot product untuk 'kecantikan kulit' selain glamour sebagai vitamin untuk menbakar lemak.. who cares kalau kulit tak cantik???? aiyyyaaakkk... tu mungkin some ladies kot..kalau yat, i do care with my skin okehhh.. :-)

Pertama sekali, cuba anda tengok or tilik kulit anda sekarang?? Adakah kering, bersisik, kasar??? Tak tahu?? Senang je..sentuh dan cuba garu sikit..kalau ada rasa kasar dan selepas garu ada tinggal kesan calar tu, meaning memang kulit anda bermasalah.. Salah satu mungkin kekurangan Vitamin C tau...

Tapi, sempena bulan promosi Omega Guard ni, mari kita tengok apa yang Omega ni boleh buat dengan masalah kulit anda tu??



Essential Fatty Acid (EFAs)

Kulit kering atau kasar atau bersisik adalah berkaitan dengan kekurangan EFAs dalam diet harian kita. Bukan sahaja kekurangan EFAs ni boleh bagi masalah pada kulit, tapi juga pada kuku dan rambut tau.

EFAs merupakan asid lemak yang hanya boleh diperolehi daripada minyak dan lemak dan tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita secara AUTO. Badan kita x produce okehhhh..!!!!

Mana nak dapatkan EFAs ni?? EFAs boleh didapati daripada makanan harian kita ataupun supplements. Antara asid lemak (EFAs) yang baik untuk kita adalah Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 ada dalam kandungan Omega Guard Shaklee dan omega 6 ada dalam kandungan GLA Complex Shaklee.

Kenapa penting sangat EFAs ni??? Sebabnya, bila EFAs mencukupi dalam badan, sel-sel tubuh kita akan berfungsi dengan normal. EFAs ini akan membentuk lapisan pelindung dalam kulit yang membantu menghalang kehilangan kelembapan kulit. Ini sekaligus melindungi kulit kita daripada dehidrasi dan akan memelihara kelembapan kulit.

So, selamat tinggal kulit bermasalah.. :-)




Secara umumnya, Omega 3 memberikan manfaat kepada kulit dengan:-

  • EPAs dalam Omega 3 membantu melembabkan kulit ~

 Omega 3 membantu membina lapisan pada kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidrasi dan sekaligus akan memelihara kelembapan kulit.

  • Membantu mencegah keradangan / inflimasi pada kulit

Selain menjadikan kulit lembut dan lembab, Omega 3 juga mencegah inflimasi pada kulit bermasalah. Salah satu tanda kukurangan Omega 3 adalah pembentukan ruam / eczema pada kulit. Omega 3 akan mengurangkan simptom-simptom atau kemerahan pada kulit.

  • EPAs membantu melambatkan tanda penuaan akibat sinaran matahari

salah satu kandungan Omega Guard adalah diperkaya dengan EPA dan DHA kan?? So, EPAs ini laa yang membantu melambatkan kesan penuaan. 
Menurut kajian yang dimuatkan dalam Journal of Lipid Research 2005, EPAs boleh menghalang pembentukan enzim yang disebabkan oleh pancaran sinar UV matahari. Enzim ini berupaya memusnahkan kolagen dalam badan yang menyebabkan timbulnya garis-garis halus dan kedut dimuka. Kulit pun akan menjadi kendur bila kolagen semakin berkurangan tau.

***************************************************
Dah tahu kan ape Omega guard bole bantu anda kalau anda nak kulit yang cantik... Apa yang ditunggu lagi, place your order now laa...

Bulan ni harga jatuh giler...giler..gilerrrrr tau...Normal / RETAIL price RM136 tau..tapi, disebabkan bulan ni PROMOSI kaw kaw kaw...harga jatuh pada RM xx.00.. 3 angka kepada 2 angka.. MURAH laaa kan??

Nak place order??? Sila hubungi yat ye... COD also available okehhh :-)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Untuk order dan details:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
Continue Reading