Tuesday, 30 July 2013

Kenali Lecithin Shaklee

Assalam dan selamat pagi.....

Entry kali ni yat macam toing-toing sikit... Dalam hati nak buat entry pasal persiapan raya tapi gambar pula belum ada..huhuhu

So, tengah-tengah sedey tak boleh nak buat entry pasal raya, tiba-tiba ada kawan PM nak order full pack lecithin. Sebelum ni beli sikit-sikit je..katanya nak kurus...

Waaaa..teruja nya yat dengar. baru lepas 3 bulan bersalin, da semangat nak kurus. tak pe laaa..nampak laa effort dia kan..nak kurus bersama Shaklee..hehehhe

Kalau nak kurus dengan Shaklee kena laa apply 3 konsep mudah ni...BAKAR, BUANG, BINA...heheeheh..apa tu??? next entry nanti yat kongsi ye.... biar jadi teka-teki dulu..hahahah.. hari ni cuma nak cerita pasal LECITHIN SHAKLEE....


Secara detailnya, 1 botol Lecithin ada 180biji yang mana akan cukup untuk satu bulan pengambilan..kena makan 6 biji sehari jika MAU KURUS...okeeeeehhhhh!!!! Sebenarnya lecithin bukan hanya untuk kurus (sebab rata-rata yang ambil lecithin ni dok set kt kepala yg lecithin ni hanya utk kurus)....banyak lagi fungsi lain yang anda semua tak sedar (tapi bila dah consume secara konsisten, baru perasan kot..hihih)...


Fungsi & Kebaikkan Lecithin

    • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain - membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini. 
    • Kenapa org yang nak kurus atau slim atau lanasing suka ambil Lecithin? Sebab ia bertindak sebagai agen pengemulsi lemak (memecahkan lemak). Jika anda nak tahu, Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
    • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
    • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
    • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
    • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
    • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
    • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
    • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
    • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.
    • Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
    • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
    • Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak.Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. (credit)

      Siapa yang Perlu Ambil Lechitin

      • Pesakit DIABETES – mereka tak boleh kekurangan lecithin
      • Pesakit BUAH PINGGANG – kolina dalam lecithin meringankan tugas buH pinggang untuk memproses protein
      • Penderita KEGUGURAN RAMBUT – memerlukan lecithin kerana kekurangan inositol (komponen dalam lecithin menyebabkan keguguran rambut).
      • Pesakit STROK.
      • Orang yang banyak mengambil karbohidrat kerana ia boleh membentuk lemak dalam darah.
      • Orang yang mengalami KOLESTEROL TINGGI.
      • Orang yang mengalami masalah fokus, terutama koordinasi anggots badan.
      • Pelupa.
      • Ibu menyusu untuk lancarkan air susu dan merawat bengkak susu.

      ************************************************ 
      yat pun amalkan jugak lecithin ni..6 biji sehari selapas makan. satu yang yat perasan, yat  tak mudah lapar kalau amik lecithin. mgkin lecithin ni jugak membantu mengawal nafsu makan yat yang tahap gaban ni kot. ..heheheh
      Anda nak jugak lecithin ni tapi nak harga berbaloi??? Bole jeee...yang penting hubungi yat....xkisah laaa untuk poskan atau untuk COD...sekitar Klang, Shah Alam, dan Putra Height je tau..dan harga..pasti anda TIDAK MENYESAL..malah TAK PERCAYA!!!!!!!


      ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



      yat hayati
      Shaklee Independent Distributor | ID 866665
      Facebook yat hayati
      FB Fan Page HayatiVitaminz
      SMS / Whats App 019-397 9157
      Email: yat_1916@yahoo.com


      Continue Reading

      Thursday, 25 July 2013

      Dasuki Sembelit...Fruit Smoothies Alternatif Mama

      Entry kali ni yat nak share pengalaman menghadapi anak sembelit. Actually, Dasuki tak pernah ada masalah penghadaman sejak kecil. Lately ni je yang timbul. Mgkin sebab die da besar dan berkawan ramai, so dia nak try something new which is tak sesuai dengan perut dia..Agaknya laaa..sebab, masa yat kerja (office hour) dia duduk dengan mama BS..so, pemakanan tu yat kasi laa BS pantau..bukan serahkan bolat2 tau..hehehe

      yat pernah share di entry sebelum ni pasal sembelit..tanda-tanda atau gejala-gejal sembelit kepada kanak-kanak dan juga supplement Shaklee yang sesuai untuk mereka. 

      Macam Dasuki, yat memang menjadikan Mealshake sebagai makanan tambahan wajib untuk dia selain Chewable Vit C 100mg dan Omega Guard. Sebenarnya, vitamin-vitamin ni semua bukan ubat yang mana akan tidak memungkinkan Dasuki kena sembelit or demam. Vitamin-Vitamin ini hanyalah makanan tambahan yang mengisi lompong keperluan nutrisi yang sepatutnya diterima oleh badan.

      Jadi, bila teruna manja yat ni kena masalah sembelit, memang merisaukan. Perut kembung and macam membengkak. Najis cuma keluar sikit-sikit, itupun bersama dengan angin. Dan yang paling kesian, dia tak boleh tidur malam, tak nak makan, tak boleh membuang dan nampak tidak sihat. Tiap-tiap malam akan merengek. Nasib baik en.suami membantu. Di bulan puasa ni kan, yat as a mom nak jaga Dasuki lagi and nak bangun masak sahur lagi..memang meletihkan. But, yat bertuah..en.suami yang jagakan Dasuki..Sapukan minyak angin..tukar pampers..heheheh

      Hari ni, yat bawa dasuki jumpa doctor kat Klinik Panel papa dia. And doctor cakap, perut die banyak angin dan memang mengeras. So doc ada kasi 2 jenis ubat.. (later yat upload gambar ye). Satu untuk angin dan satu untuk tujuan membuang (mcm julap kot..hihihi)...ANDDDDD...cuba teka?? yat nak bagi ke tak nak??? As a mom yat berbelah bagi nak kasi dia..tapi doc pesan, its ok..just bagi ikut sukatan yang diberi dan kalau dia dah ok penghadaman, STOP it.. ubat ni cuma nak membantu dia. Lagi elok kalau dia membuang naturally..kan?? Lega laa mama ni...heheheh

      So, sejak pagi tadi dalam kepala dok fikir apa laaa alternatif yang yat boleh bagi kat dasuki selain Shaklee. Bukan yat kata Shaklee tak membantu tau, tapi ini alternatif dalam memberi dia diet yang seimbang. Then, I decided to make him fruit smoothies with Mealshake. Hopefully he like it. Dan acara menggodek Mr.Google pun bermula...heheheh..Finally, I got it....(credit SINI)


      Manfaat Kesihatan daripada Smoothie

      Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda lebih banyak serat dan nutrien daripada jus yang dibeli di dalam kotak.Penuh dengan vitamin, anti-oksidan, dan fiber.


      Buat Setiap Hari

      Menjadikan minuman smoothie rutin harian. Sediakan 10-20 minit setiap pagi sebelum ke kelas. Apabila anda menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicadangkan, anda akan mendapat tenaga secukupnya sehingga makan tengah hari. Seterusnya, kandungan air yang tinggi dan kandungan nutrien akan memastikan anda terhidrat dan menyediakan anda dalam keadaan segar sepanjang hari.


      Lebih Baik Daripada Multi-Vitamin

      Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir, "multi-vitamin" sudah cukup dan tidak memerlukan buah-buahan atau sayuran segar. Tetapi jika anda membaca melalui laporan yang diterbitkan oleh American College of Physicians dalam Annals Internal Medicine, apa-apa jenis tablet pelbagai vitamin masih belum ditunjukkan dan meyakinkan berkesan. Dasarnya, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan nutrisi daripada makanan, dan dengan meminum smoothie setiap hari anda!


      Mencapai Prestasi Optimum

      Memakan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran dalam smoothie setiap hari akan melakukan beberapa perkara untuk anda:
      • Jimat wang anda dan masa
      • Pastikan anda benar-benar terhidrat pada awal hari
      • Menyediakan anda dengan spektrum penuh vitamin semulajadi nutrien, bioavailable, dan antioksidan
      • Beri anda banyak serat semula jadi untuk memastikan penghadaman yang bagus
      • Membantu memperkasakan sistem imun anda untuk melindungi anda daripada penyakit
      Jadi yat decide nak mulakan dengan  Smoothie vanila kurma bersama Mealshake.. sebabnya..ni kan bulan Ramadhan..banyak sangat kurma kt umah..xtahu nak buat apa..May b mama n papa boleh try  Smoothie vanila kurma with ESP... sounds menyelerakan..eheheheh
       Contoh resepi Smoothies Vanila Kurma (sumber mr.google)

      Nak resepi smoothies, bole tengok kat SINI dan SINI...yat tengok gambar pon da kecur air liur..heheheh...
      *************************************
      Selamat mencuba kawan-kawan.. Seorang mama akan buat apa saja untuk kesihatan anak kan??? So, hargailah ibu anda selagi anda memiliki WANITA yang bergelar IBU...

      notakaki: gambar smoothies yat akan kongsikan ye bila da buatnye..hehehhe
      Continue Reading

      Wednesday, 24 July 2013

      Mudahnya Minum 3 Liter Air Kosong di Bulan Puasa

      Assalamualaikum.. waktu tengahari yang panjang...kesakitan ulser menggangu kosentrasi yat kerja hari ni..bukan sebijik tau..3 biji naiknye..yang paling tak tahan kt lidah laaa..uihhhh, nak bercakap punye laaaa sakit...huhuhu

      Tapi tak pe, sebenarnya kesakitan mcm ni adalah salah satu ujian Allah pada kita di bulan yang suci ni kan? Penghapus dosa-dosa kecil. Kesakitan ini laa yang membuatkan kita muhasabah diri..merenung kembali apa yang telah kita buat dalam bulan baik ni...hehhehe


      Disebabkan itu laa..selalu muhasabah diri sekiranya menghadapi kesulitan... yat suka baca doa pendek ini disaat di uju dengan 'ulser' ni or demam... :-)


      Done citer pasal ulser tu..meh kita kongsi plak macamana nak minum air kosong dengan cukup (3 liter) di bulan puasa ni. Maklum laaa, bila da pekena ais masa berbukak tu, konpem laa kenyang kan??? Rasa mcm puas je..padahal badan x cukup lagi air kosong..dah laa siang hari x boleh minum kan??? So, jom kongsi tips dengan yat... bermanfaat untuk semua..anda dan yat juga...(serik..x mau kena ulser lagi..huhuhu)

        1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
        2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
        3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktuk, minumlah sedikit.
        4. Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih. 
      Kalau minum air dengan cukup tapi tak tertib pun tak bagus juga. Jadi, minumlah air kosong dengan tertib. Macamna nak tertib tu??? Kan dahaga sangat masa berbuka tu.. yang ni pun yat kongsi juga tau...

      # Sila laaa duduk time nak minum tu. Pendek kata, jangan minum sambil berdiri. Tak elok. Orang tua-tua pun selalu pesan kan?

      # Baca Bismillah dan teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula. Jangan diminum terus sehingga habis segelas dulu baru nak bernafas. In sha allah, anda pasti merasa nikmat air kosong tersebut.

      **************************************************
      Da habis bebelan...heheheh... jom amalkan sama2... baik untuk kesihatan..dan bagus jugak untuk anda yang nak kurus secara semulajadi..heheeh
      Love: yat mama dasuki....




      Continue Reading

      Tuesday, 23 July 2013

      Masa yang Sesuai untuk Minum Air Kosong

      Adooiiii..ulser...2biji plak tu...sungguh-sungguh menguji diri di bulan puasa ni...heheheh.. anyway..assalam semua...Sihat ke?? hari ni da 13 Ramadhan..masih berpuasa penuh lagi x? jeng..jeng..jeng..heheheh (oly utk kaum hawa je k)... :-)

      Sebabkan ulser menyerang, so yat nak share pasal air kosong..sebenarnya, ulser ni jadi pun sebab kurang minum air kosng kot masa bulan puasa ni..dok pulun ais je time berbuka..heheheh.tapi xpe laa..ujian kecil penghapus dosa di bulan baik ni kan? heheheh

       

      Waktu sesuai untuk minum air kosong

      1) Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR : Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

      2) Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN : Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

      3) Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI : Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

      4) Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR : Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


      Sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.

      1. 60% badan manusia adalah air
      Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

      2. Sifar Kalori
      Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

      3. Sumber Alkaline termurah
      Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

      4. Memantapkan metabolisma
      Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

      5. Pelarut nutrien

      Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

      6. Mengurangkan risiko penyakit jantung

      Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

      7. Mengurangkan risiko kanser
      Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

      8. Melembutkan kulit secara semulajadi
      Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

      9. Menyeimbangkan suhu badan
      Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

      10. Mencegah keletihan dan pening kepala
      Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

      ****************************************************
      Cukupkah pengambilan air kosong dalam diet harian anda??? Sebaik-baiknya pengambilan air kosang anda perlu laa 3 liter sehari..sekurang-kurangnya..heheh...lagi-lagi kalau anda mengamalkan pengambilan supplements / makanan tambahan / vitamin kerana badan perlu memproses semua vitamin tersebut dan memudahkan penyerapan vitamin pada kadar optimum.

      Agak-agak cukup tak anda minum air kosong sehari?? Lagi-lagi di bulan PUASA ni??? next entry yat share ye mcmn nak cukupkan pengambilan air kosng di bulan puasa... ada sikit keja nk buat wpun lunch hour...

      Babaiiiiiii.....
      Continue Reading

      Saturday, 20 July 2013

      Kenapa Saya Pilih Shaklee???

      Genap setahun bersama Shaklee..Alhamdulillah..dan setakat ini income pasif bersama Shaklee sudah menunjukkan 4 angka.. Walapun bermula hanya dengan bonus 2 angka, tapi yat tidak berputus asa. Perjalanan diteruskan. Terima kasih jugak kepada "anak-anak" Shaklee yat yang banyak membantu..samada dari segi ilmu dan juga perkongsian lain. Dan yat doakan serta berharap yang mereka dapat merasai apa yang yat rasa sekarang.

      Kenapa shaklee menjadi pilihan??

      Sebelum yat 'menjebakkan' diri dengan Shaklee ni, sebenarnya yat telah consume Vit C dan B Complex masa belajar Uni dulu tapi masa tu belum pandai lagi mecuri peluang bisnes..heheheh.. Dan sebelum serius ber'Shaklee' kali ini, ramai juga kawan-kawan yang ajak berbisnes. Mungkin nampak minat yat dalam perniagaan kot. Tapi modal yang besar "sangat-sangat" buat yat tak mampu..heheheh..

      Jadi pilihan yat ialah Shaklee laaa setelah melihat yuran pendaftaran yang sangat-sangat MAMPU..cuma RM65 sahaja seumur hidup. Jadi berdaftarlah yat di bawah Group Jutawan naungan Presidential Master Cery dan mentor yat adalah Master Nadiah Suhaidi. Anak-anak Shaklee yat bukan semua niat untuk menjana pendapatan (bisness), tapi ada juga yang untuk makan sendiri.

      Apa keistimewaan bila menjadi Ahli Shaklee???

      Bila telah mendaftar sebagai ahli Shaklee, ini secara automatik anda adalah Shaklee Independent Distributor (SID) yang mana anda layak untuk mendapatkan produk Shaklee dengan Harga Ahli yang jauh lebih murah daripada Harga Runcit. Selain daripada membeli Shaklee untuk kesihatan sendiri, anda juga boleh menjual Shaklee (menjana pendapatan) selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee dan mendapat lain-lain KEISTIMEWAAN yang ditawarkan.

      Apa yang istimewa sekiranya memilih untuk menjana pendapatan dengan Shaklee??

      Yat sangat-sangat tertarik dengan pelan yang Shaklee sediakan. Sungguh mudah dan ADIL.

      • Program Ganjaran Tunai
      Bonus Kumpulan Peribadi (21%)
      Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.

      Bonus Kempimpinan (21%) (sehingga 6 paras ke atas)

      Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.

      Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.

      Insentif Coordinator (sehingga 1.5%)

      Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.

      •  Program Kereta (Car Bonus)


      Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan. 
      Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum.

      • Program Convention / Intensif

       Trip penuh kemewahan pada tahun 2013 ke Kota Kinabalu

      Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.


      Bagaimana untuk layak ke semua 3C (Cash, Car Bonus, Convention)??

      Untuk kelayakan 3C, setelah menjadi SUPERVISOR point anda adalah dikira berdasarkan perkiraan yang telah Shaklee tetapkan dan kelayakan anda adalah dikira daripada point tersebut.

      Selebihnya, yat akan bagitahu anda selepas anda berdaftar sebagai ahli dan minat untuk bersama-sama Shaklee. Jika anda berminat untuk bersama yat menjana pendapatan pasif bersama Shaklee, boleh tengok sini.

      Hubungi yat sekiranya anda berminat untuk ubah kehidupan anda bersama Shaklee.. yat sedia bersama anda melangkah bersama Shaklee..

       xoxo:-
      yat hayati
      Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
      FB Fan Page HayatiVitamiz
      Facebook yat hayati
      SMS / Whats App 019-397 9157
      Email: yat_1916@yahoo.com
      Continue Reading

      Friday, 19 July 2013

      Khasiat Kacang Bendi

      Kacang bendi ataupun kalau nak lagi international..sebutanya, Lady Fingers...heheheh..kalo kelantaness, sebutanya "kace miow"...ntah betul ke tak ejaan tu..heheheh

      Itu adalah antara kekacang hijau yang menjadi peberet yat..padahal yat ni sebenarnya memilih dalam memakan sayur-sayuran. Bukan semua boleh masuk tekak..heheeh..itu sebabnya yat kena amik makanan tambahan lain dan alhamdulillah, diketemukan dengan Shaklee..so, orang yang tak makan sayur sangat macam yat ni pun tetap boleh ada cukup nutrisi..heheeh

      Jom cerita pasal sayur kesukaan yat ni..tapi bukan laa kegemaran hubby..nak buat mcmana kan?? Sebab yat kan chef kat umah..so, hubby kena laa terima n telan jugak..hihihi
      Bulan puasa ni da banyak kali jugak laaa masak bendi ni..singgang tongkol masuk bendi, masak asam pedas ayam pun masukkan bendi...apa lagi kalau goreng kicap bendi dengan ikan bilissss..aduhhhhh..sodaaaaappppp!!!!

      Sebenarnya, disebalik kenapa yat suka bendi ni pun ada laa sebabnya. Mestilah khasiatnya yang membuatkan yat tertarik tu. 

      Kenali kandungan bendi

      Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.

      Dari daun hingga ke biji penuh fungsinya

      • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. 
      • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. 
      • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
      • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
      • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. 
      • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

      Lagi Khasiat Bendi

      1. Mencuci hati.
      2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
      3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
      4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
      5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
      6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
      7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
      8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
      9. Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
      10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
      Banyak kan khasiatnya..pada yang tak berapa suka bendi ni, boleh laa cuba2 makan..bukan sebab suka-suka yat suruh cuba, tapi more kepada khasiat bendi tu sendiri. tak salah kan untuk makan sesuatu yang memberi impak yang baik pada kita. Betul tak???

      Kalau tak nak makan bendi, apa kata makan laa makanan tambahan a.k.a vitamins a.k.a supplements..heheheh.. 

      Sesuatu yang bermanfaat pastinya menjadi kesuakaan dan rebuatan ramai..betul kan???
      Continue Reading

      Wednesday, 17 July 2013

      Dhuha : Rahsia Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat

      Selamat tengahari.... hari ke lapan berpuasa di tahun 1434H.. sesungguhnya Ramadhan kali ini rasa lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Berpuasa bersama en. suami dan 2 years old son yang makin petah bercakap..terasa nikmatnye berpuasa sebagai isteri dan mama..hehehe

      Sebenarnya, yat nk kongsi satu habit ataupun amalan yang yat rasa makin melekat dan in sha allah akan terus melekat bersama yat sehingga bila-bila. Amalan yang semua orang tahu tetapi jarang sekali yang memilih untuk melaksanakannya walaupun hanya 2 rakaat.

      Alahamdulillah, yat berjaya..dalam erti kata lain setelah berdoa dan memohon semoga Allah tunjukan jalan yang lurus. Dan yat telah rasa nikmatnya. itu sebabnye yat nk kongsi dengan anda semua.. dengan kawan-kawan.. ilmu yang baik, tidak rugi kalau dihebahkan. Sebenarnya, yat ambil masa juga untuk berkongsi ni..takut orang fikir riak..tp niat yat ikhlas..hanya ingin berkongsi...


      Dhuha..Solat Dhuha..itu yag yat cuba kongsikan sebenarnya. Solat dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan saat matahari terbit hingga terasa panas sebelum solat Dzuhur atau solat sunat yang di kerjakan di waktu pagi hari dari sekitar pukul tujuh sampai dengan pukul sebelas.

      Kenali Dhuha

      Sebagai umat islam tentu kita harus tahu cara melaksanakan solat dhuha, cara mengerjakan solat dhuha ini kami ambilkan dari berbagai sumber yang mungkin bermanfaat untuk tatapan anda yang belum mengetahui atau yang belum lengkap mengenai  pelaksanaan solat dhuha, tata cara dibawah ini mungkin boleh membantu anda untuk beristiqomah dalam melaksanakan solat sunnah dhuha :
      • Solat Dhuha waktunya : sejak terbit matahari sampai dengan akan masuknya matahari di titik atau sekitar pukul 07.00 s/d 11.00 bbwi.
      • Solat Dhuha pelaksanaannya : dilaksanakan dua raka’at sekali salam
      • jumlah roka’at Solat Dhuha : paling sedikit 2 raka’at dan paling banyak 12 raka’at
      • niat Solat Dhuha : baca dalam hati usholli sunnatadh dhuha rok’ataini lil laahi ta’aalaa
      • bacaan surat Solat Dhuha : s.asy - syamsu dan. s.adl - dhuha atau surat apapun yang kita pahami
      • hikmah Solat Dhuha : diampuni kesalahan & dosanya, dilapangakan usaha - rezekinya, dimantapkan iman dan takwanya.
      (sumber: DI SINI)

      Antara rahsia jutawan Islam adalah solat Dhuha. Dalam sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:

      "Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha"

      (Riwayat Abu Dzar) 
      Antara nikmat solat sunat Dhuha pula:

      1. Tidak termasuk golongan yang lalai.

      2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.

      3. Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha.

      4. Dimurahkan rezeki.

      5. Dipelihara oleh Allah S.W.T

      6. Dihapuskan dosa.
      p/s: Simpan kalau perlu untuk dijadikan wallpaper laptop anda...hehehe..mcm yat, copy 1 then letak dalam surau ofis dan bilik sembahyang kt rumah..dakwah kecil secara halus kot..heehhe. Semoga Tuhan senantiasa menjaga niat kita semua untuk mendirikan solat dhuha. aamiin... dan, hanya yang mengamalkannya sahaja yang mengetahui NIKMAT dan IMPAKNYA terhadap kehidupan kita..

      *******************************************
      yat mama dasuki..mencari keredhaan Illahi


      Continue Reading