Saturday, 15 December 2012

Apakah Selulit dan Vitamin Shaklee yang Sesuai

Hari Sabtu yang sibuk.. Bersama Dasuki sepanjang hari di samping membuat kerja-kerja suri rumah..Memang tak cukup masa tapi dalam hati tetap gembira. Sambil melayan Dasuki dengan telatah 'gangnam style', masih sempat update blog tersayang ni.. heheheh


Hari ni nak cerita pasal selulit. Kenapa??? Sebab ramai kawan yang tanyakan pasal produk Shaklee yang boleh kurangkan selulit degil. So, sebelum saya menjawab & mencadangkan apa vitamin yang sesuai, jom kita study dulu pasal selulit.

Apa itu selulit?




Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Gabungan kolagen itulah yang memberikan selulit rupa seperti 'cottage cheese' yang tidak diingini. Biasanya laa kan, selulit terbentuk di peha, punggung, dan kadangkala pada lengan, betis dan torso atas.

Selulit adalah perubahan pada topografi kulit yang pastinya tidak menyenangkan sesiapa pun lebih-lebih lagi kaum wanita. Selulit selalunya terjadi kepada wanita yang telah menjejak kedewasaan.

85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kenapa Selulit Banyak Terjadi kepada Wanita?

1. Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung.

2. Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid retention)
kredit: http://anizyn.blogspot.com/2008/06/selulit.html#ixzz2F6UaP14k

Apakah faktor penyebab selulit?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembentukan selulit ditubuh kita:-
  • Faktor hormon

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Terbentuk selulit ketika berlaku perubahan hormon pada wanita dalam masa akil baligh, hamil, dan meopause. Hal-hal lain yang menyebabkan perubahan hormon seperti mengambil pil kb juga boleh menyebabkan selulit.
  • Faktor genetik

  • Diet yang tidak sihat

  • Gaya Hidup

Gaya hidup dan stres yang tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam tahap catecholamines, yang juga telah dikaitkan dengan evolusi selulit.
  • Faktor fizikal

Terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Olah raga dan diet sihat tidak selalu berhasil menghilangkan selulit, hidup tidak sihat dan kurang sumber nutrisi boleh memburukkan lagi keadaan selulit.
Sering duduk

Sering duduk juga boleh menimbulkan selulit ditambah bila dalam kedudukan yang kurang benar pada saat duduk badan agak membongkok, kurang bergerak sehingga sendi - sendi dari tulang tubuh menjadi kaku. Seperti terlalu lama duduk di depan komputer.
Sering berjalan kaki

Berjalan kaki memang menyihatkan selain membuka rongga - rongga dari seluruh rangkaian tubuh sehingga peredaran darah lancar dan mengepam jantung lebih baik lagi sehingga oksigen lancar mengalir keseluruh jaringan tubuh, yang salah adalah ketika duduk setelah berjalan kaki harus dipanjangkan (direntakan lurus) agar urat - urat pada seluruh bahagian kaki tidak menekuk dan urat - urat kaki tidak menengang.
  • Faktor penyakit

Obesiti & Diabetis
Sering mengambil makanan manis, masin dan alkohol.

Apakah cara yang bole dilakukan untuk menghilangkan selulit?

Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, it is almost impossible untuk menghilangkan selulit. Apa yang boleh lakukan adalah mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu obvious. Bila sebut pasal kurangkan lemak, mestilah sama macam niat nak kuruskan badan kan???? heheheheh


Adakah Shaklee mempunya vitamin yang sesuai?

Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan:-

  • Langkah pertama - DETOX
Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Pembersihan dan detox meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam badan.
Vitamin yang di cadangkan: ALFAFA / HERBALAX

  • Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK 
Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN / OMEGA (lecithin dan omega bertindak sebagai pengemulsi lemak..ayat yang paling mudah adalah 'memecahkan lemak')
  • Langkah ketiga - MEMBINA OTOT 
Membina semula otot adalah penting selepas badan kehilangan lemak bagi mengelakan badan menjadi geleber. 
Vitamin yang di cadangkan : ENERGYZING SOY PROTEIN / CHINCH (sumber protein yang membantu membina otot badan dan mengurangkan daripada jadi menggeleber)

**************************************************

So, sekarang ini anda sudah tahu kan apa itu selulit??? Dan macamana nak 'kurangkan' selulit bersama SHAKLEE...hehehe

Jom layan testimonial selulit ni..jom!!!


Sekiranya anda ingin hilangkan selulit dan kurus secara semulajadi, boleh hubungi saya segera. HARGA MENARIK dan BERBALOI-BALOI menanti anda.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019 -397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com


    

Continue Reading

Thursday, 13 December 2012

Rahsia Kulit Muda dan Berseri

Hai semua..selamat malam..12.12.12 masih lagi berbaki 1 jam..tapi ok laa kan sebab saya masih boleh manfaatkan tarikh ini untu menulis entry ini...mesti semua gembira kan bila baca entry ni..Rahsia kulit muda dan cantik berseri... Siapa yang tak nak kan??


"Umur hanya satu angka..kecantikan adalah subjektif..jangan biarkan angka mempengaruhi kecantikan diri.."

betul tak????

Selama ini saya hanya fikir, cukuplah kalau kita sekadar mencalitkan segala jenis foundation, bedak, pelembab untuk kelihatan muda dan berseri tetapi baru-baru ini, saya sedar yang kecantikan adalah perlu dari dalam. Kita perlu cukupkan mana-mana vitamin yang kurang untuk membantu sel-sel kita sentiasa sihat. Bersama Shaklee,terdapat vitamin semulajadi yang dikenali sebagai Set Kecantikan Kulit yang membantu diri kelihatan lebih muda, berseri dan sihat. Jom kita tengok testimonial saya sendiri serta salah seorang pengguna Set Kecantikan Kulit Shaklee ini.

Saya setelah 2 bulan mengamalkan VITAMIN KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Testimoni diri sendiri setelah mengamalkan Shaklee secara konsisten. Sebab itu saya suka dan sangat-sangat 'recommend' kepada anda yang menghadapi masalah kulit atau mereka yang ingikan kulit sihat secra semulajadi.

just nk share testimoni diri sendiri... :-)

"actually muka saya memang tak ada masalah kulit..cuma normal laa kalau ada whitehead kt hidung..jerawat memang susah sangat nak hinggap..alhamdulillah..cuma tone muka saya 2, saya perasan berubah sedikit..gambar sebelah tu selepas make-up lagi..on the way nak keluar bersama family..yang selepas tu pula after 2 month consume Vitamin C dan Vitamin E..after balik kerja and no make-up..cause dah buang masa nak solat..tak ada bedak..tak ada moisterizing.."

**kulit lebih cerah sekata, glowing, flawless...


Ini pula testimoni pengguna Shaklee yang lain...

WAJIHAH RASHID - setelah 2 minggu mengamalkan VITAMIN KECANTIKAN KULIT SHAKLEE



Salam semua :)

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)



Tahukah Anda???

Tahukah anda di Shaklee kami mencadangakan beberapa vitamin yang sangat sesuai untuk diamalkan sebagai penjagaan kulit. Selalunya ia dikenali sebagai Set Skincare, tapi....anda jangan keliru ye. Sebenarnya Shaklee tidak menyediakan "SET" seperti ini. Ini cuma gabungan vitamin yang dicadangkan untuk anda. (ia lebih kepada memudahkan anda)

Vitamin yang dicadangakan untuk kecantikan kulit atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya SET D (Set Kecantikan Kulit) adalah terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, dan B Complex.

  • VITA- E COMPLEX (natural vitamin E & selenium with grape seed extract)

Vitamin E adalah vitamin utama untuk menyegarkan kulit dan menjadikannya lembut. Ia bertindak sebagai antioksidan dan membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan. Dos yang disarankan untuk vitamin E ialah 400IU.pengambilan yg konsisten mampu menghilangkan parut, jeragat & kedut...

  • VITAMIN C (sustained release VITA C 500 mg bioflavonoid complex)

Vitamin C juga glamour sebagai vitamin Cantik. Ia adalah agen detox yang baik, untuk membuang toksin dan juga antioksidan menghapuskan radikal bebas. Dengan terhapusnya radikal bebas ini, maka lebih mudah untuk vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen.

  • VITAMIN B COMPLEX (8 vitamin with Folic Asid)

B is for beauty… vitamin B penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin B juga menjaga kulit dari kekeringan yang boleh menyebabkan kedutan.


Jika di amalkan secara konsisten dengan pengambilan air dengan banyak (lebih kurang 2-3 liter sehari), Insyaallah akan mendapat hasil yang di inginkan. Seperti saya sendiri, sejak mengamalkan vitamin Shaklee, pengambilan air kosong adalah teman akrab saya baik di rumah ataupun di pejabat.


Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses-proses homeostasis di dalam badan.


Anda berminat untuk mendapatkan VITAMIN KECANTIKAN KULIT a.k.a SET SKINCARE a.k.a SET D ini???? Boleh hubungi saya sepertimana butiran di bawah untuk konsultasi percuma, pertanyaan harga, dan lain-lain. HARGA MENARIK dan BERBALOI-BALOI menanti anda.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page: HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com


  


Continue Reading

Monday, 10 December 2012

Jatuh Cinta dengan Peplum

Entry malam ni lari tajuk sikit laaa...hehehe..just nak berlongsi minat dan kegilaan terbaru...

Bila melihat trend gaya sekarang..PEPLUM DRESS..hati jadi tak tentu arah..semua nk beli..semua berkenan..adoyyyyaaaii yat!!!jgn diturutkan sgt rasa hati tuuuu..

last saturday ikut husband pergi Dinner office dia... wowwww...semua bergaya dengan PEPLUM...dan of cause laa me too...

my 1st peplum dress id design and sew by my lovely sister...sooo hot with red and black colour..and I like it very much..

masa first time pakai, ramai yang puji cantik..mestilaaa, kan sekarang ni trend and ada yg nak tempah jugak..i'll ask my sister first... heheheh

what is peplum actually??? Peplum is a flared ruffle attached to the waistline of a dress or jacket or blouse.

Model dress ini telah exist di dunia fashion sejak tahun 1800 – sejak zaman Yunani kuno. Dipopularkan kembali di tahun 30-an dan 40-an. Namun hilang jejaknya di tahun 80-an. Kini sejarah pun kembali berulang! Designer terkenal kembali menggunakan model ini dan kini ia pun kembali digemari oleh artis – artis Hollywood seperti Emma Stone sampai ikon royalty seperti Kate Middleton, Duchess of Cambridge.

Biar gambar berbicara...jom cuci mata bersama PEPLUM..



sangat cantik
Dutches of Cambridge with her peplum..so gojes...
sumber dari en.google..credit to GOOGLE
Bila menyarungkan PEPLUM di badan rasa macam..waaaaa..tak tahu nk kata apa..tp memang bergaya..

Everyone must have this blouse in your wardrobe!
Continue Reading

Vitamin dan Kepentingan untuk Keperluan Tubuh Badan


Duduk sorang-sorang kat rumah bila 'hubby' dan anak bujang keluar 'dating berdua. Jadi, boleh laa saya kongsi bersama anda semua pasal vitamin. Supplement ataupun vitamin ataupun makanan tambahan merupakan satu kaedah untuk mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Jom kita kongsi tentang kepentingan vitamin ini...

Kenapa kita perlukan makanan tambahan atau vitamin?


1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna:
Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.


2. Pemakanan dan peminuman:
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.


3. Pengambilan alkohol:
Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.


4. Merokok:
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.


5. Pengambilan julap:
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.


6. Proses pemasakan: 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


7. Sakit: 
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.


8. Tekanan:
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).






Mengikut Akademi Sains Amerika Syarikat, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan di buat mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA).

Melalui RDA itu keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan.

RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang.


Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  • Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup. 

    • Tambah kalsium setiap hari.
      Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.

      Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup. 
      • Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
      Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

        • Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
          Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.

          Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya. 
          • Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
          Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.

          Itu antara penemuan berhubung cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian. Adakah anda salah seorang dimana-mana kategori di atas??? Jika YA, makanan tambahan atau vitamin yang paling sesuai untuk anda ialah SHAKLEE kerana di Shaklee, kami menawarkan semua vitamin tersebut.

          Hubungi saya untuk free consultation berhubung pengambilan vitamin dan juga TAWARAN MENARIK... Harga??? Pasti MAMPU MILIK laaa..

          yat hayati
          Shaklee Independent Distributor | ID 866665
          Facebook yat hayati
          FB Fan Page HayatiVitaminz
          SMS / Whats App 019-397 9157
          Email: yat_1916@yahoo.com


          Continue Reading

          Friday, 7 December 2012

          Kenapa Kolagen Penting untuk Kecantikan

          Kenapa saya tulis entry ni macam ni??? kita semua tahu kan yang perempuan ni nak nampak cantik je salalu..sama laa macam saya..hehehe

          Betul tak?? Perempuan ni nak nampak cantik dan mantap je setiap masa sebab bagi kami kecantikan itu sumber keyakinan diri.

          Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.




          Apakah yang dikatakan dengan kolagen???

          Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

          Kolagen ni boleh terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

          Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

          • Kolagen I : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
          • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
          • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
          • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
          • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

          Fungsi dan Khasiat Kolagen

          • menghasilkan asid amino penting seperti :

              1. lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
              2. hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
              3. alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
              4. arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
              • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
              • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
              • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
              • menampung air dalam tubuh.
              • meningkatkan penyerapan kalsium.
              • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
              • meningkatkan isyarat induksi
              • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
               

              Kesan kolagen ke atas badan

              Kenapa semua orang lebih-lebih lagi orang perempuan / wanita beria-ia untuk tampil sihat dan awet muda dengan kolagen??? Rupa-rupanya kolagen ini:-
                • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
                • memelihara kelembapan kulit
                • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
                • menguatkan otot dan tulang
                • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
                • memelihara kelenturan sendi
                • mengurangkan keradangan(inflammation)
                • memberi tenaga
                • membantu pola tidur
                • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
                  Perbezaan antara kulit muda dan kulit tua

                    

                  Kesan kekurangan kolagen ke atas badan

                  Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.


                  Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


                  Apakah tanda-tanda penuaan

                  Tanda-tanda kita dah beransur ke alam "veteran" atau "tua", bukan laa semestinya kita dah tak larat untuk berjalan tetapi apabila kita mengalami simptom-simptom berikut:-
                  • kulit kusam
                  • tak bermaya
                  • tiada seri
                  • kulit kedut dan mula kendur
                  • pigmentasi kulit
                  • cepat letih dan lesu
                  • sakit badan dan sendi
                  • mudah lupa
                  • kurang penglihatan
                   

                  Kenapa kolagen daripada ikan selalu dipilih sebagai makanan tambahan atau supplement?

                  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
                  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
                  • Kolagen hidrolisis adalah supplement pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen 1.
                  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
                  • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
                  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
                  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
                  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
                  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
                  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel.
                  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
                  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
                  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
                  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
                  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
                  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
                  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
                  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
                  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
                  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
                  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
                  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
                  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
                  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

                  Best kan kolagen ni..jom amalkan sama-sama. Bulan Disember'12 ni bulan PROMOSI KOLAGEN ni..dapat dengan harga PALING MURAH... Beli 6 Percuma 1..Kalau nak beli satu pun, anda tetap dapat harga promosi. Apa yang anda perlu buat, cuma hubungi saya untuk HARGA MENARIK itu.


                  yat hayati
                  Shaklee Independent Distributor | ID 866665
                  Facebook yat hayati
                  FB Fan Page HayatiVitaminz
                  SMS / Whats App 019-397 9157
                  Email: yat_1916@yahoo.com





                   

                  Continue Reading

                  Perbezaan dan Keistimewaan Collagen Shaklee Powder

                  hai semua reader blog tersayang..salam hari jumaat..penghulu segala hari..hari ni nak share berkaitan keistimewaan dan perbezaan kolagen SHAKLEE..
                   



                  Sekarang ini semua orang bercakap pasal kolagen..pelbagai kolagen yang ada di pasaran dunia..kat malaysia pun..banyak sangat cuma kita perlu memilih dan manggunaka produk yang terbaik..hak sebagai pengguna kan??? :-)

                  SHAKLEE sendiri pun dah ada produk collagen tetapi collagen Shaklee ni istimewa sangat..Kenapa yek??? kerana SHAKLEE menjadikan sisik ikan merah sebagai formula istimewa.. kenapa????
                  • Ikan merah merupakan ikan yang boleh hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5,000 meter. Di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan yg biasa untuk hidup.
                  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak.

                  Ciri-ciri ikan merah juga menjadikan ikan ini sebagai faktor utama untuk collagen ini:-
                  • Sangat lasak dan elastik
                  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
                  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan

                  Jisim molekul yang sangat rendah untuk penyerapan unggul


                  Cuba kita tengaok gambar diatas, bilangan asid amino dalam molekul biasa (300,000 dalton) SANGAT BESAR DAN SUKAR DISERAP oleh tubuh.. bukan tidak diserap langsung tetapi drpd 100% mungkin yang sampai kedlm sistem cuma beberapa %, secara mudahnya kurang dari 100%.


                  Berbeza dengan Shaklee Collagen Powder, bilangan asid amino cuma 1000 dalton dan ini memudahkan penyerapan kedalam sistem badan. (PENYERAPAN UNGGUL) Jadi tiada yang terbazir dan kesannya akan dapat dirasai lebih cepat! Sebab tulah Shaklee Collagen Powder sangat istimewa berbanding kolagen lain dipasaran.


                  Fungsi setiap bahan utama Shaklee Collagen Powder


                  1. Kolagen dari Sisik Ikan Merah
                    • Sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
                      2. Ekstrak biji Camellia japonica
                        • Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas
                          3. Ekstrak Pfaffia
                          • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
                          • Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin
                          4. Elastin dari kolagen ikan
                          • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
                          • Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
                          5. Vitamin C & Vitamin B
                          • Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita
                          • Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
                          6. Ekstrak Kekerang
                            • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
                              7. Lactobacillus acidophilus
                                • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen
                                ******************************************************
                                love: mamadasuki...
                                    
                                   
                                  Continue Reading

                                  Tuesday, 4 December 2012

                                  Shaklee Collagen Powder



                                  Kalau kita tengok sekarang ni bermacam jenis produk kolagen terdapat di pasaran. Tetapi apa yang bessstttnyeeee tentang produk Collagen Powder Shaklee ni selain KEBERKESANANnya.... Jom kita SHARE apa itu....JOMMMMM!!!!!!!!!!!!

                                  Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

                                  Tujuh bahan utamanya termasuk:-
                                   
                                  ♥ RSS Collagen daru Sisik Ikan Merah
                                  Ekstrak biji benih Camellia japonica
                                  Vitamin C dan Vitamin B
                                  Ekstrak Pfaffia
                                  Ekstrak kerang-kerangan
                                  Lactibasilus acidophilus
                                  ♥ 
                                  Elastin dari kolagen ikan

                                  Kalau anda nak tahu, Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


                                  * Berat molekul diukur dalam unit Dalton

                                  Kalau sudah ambil / amalkan / consume, tentu anda semua ingin tahu result / keputusan / kesan-kesan Collagen Powder Shaklee ni.... mari kita kongsi sama-sama yek..

                                  Kesan dan faedah mengambil SCP


                                  ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
                                  MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
                                  MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
                                  MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
                                  MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
                                  MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
                                  MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

                                  Selain itu, terdapat faedah tambahan CPS iaitu menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang serta membantu menguatkan otot didalam mata supaya lembut.
                                  CPS terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan selama 8 minggu, keputusan menunjukan kulit lebih baik secara menyeluruh.

                                  - Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
                                  - Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
                                  - Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
                                  - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
                                  - Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
                                  - Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
                                  - Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
                                  - Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
                                  - Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

                                  Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan COLLAGEN POWDER SHAKLEE, bole hubungi saya:

                                  yat hayati
                                  Shaklee Independent Distributor | ID 866665
                                  Facebook yat hayati
                                  FB Fan Page HayatiVitaminz
                                  SMS / Whats App 019-397 9157
                                  email: abdhayati@gmail.com


                                  Continue Reading